continued from the previous post...
Encik Pemandangan Indah, kalau boleh saya nak awak tau yang saya suka awak. Tapi, awak buat saya hilang kata-kata.
There is no such name found. Laju search engine Facebook menjawab. Ah, hampa! Jemari berlari lagi, pantas tidak berputus asa.
Mohd Zulhisyam. Klik butang search.
There is no such name found.
Zulhisyam.
There is no such name found.
Aku dah tak berapa nak waras la. Haru! Kepala ni macam mintak kena ketuk dengan tempurung kelapa je. Yelah, sejak tadi aku terfikir-fikirkan satu nama tu. Search engine kat Facebook memang la menghampakan. Facebook punya search engine kejam tahap dewa. Benci!
I miss you... Miss you so bad... I don't forget you, oh its so sad...
Avril Lavigne - Slipped away dah menyanyi ikut rentak dalam kepala. Betul la tu, aku rindu Encik Pemandangan Indah! Minggu ni dah nak habis, maksudnya dah tiga minggu dia tak masuk kelas. Dah tiga minggu jugak aku tak nampak senyuman dia sejak kes selipar kuning hari tu. Haila... Haila...
Cikgu tu sendiri punya pasal la buat aku jadi macam ni. Kalau dia tak tegur aku dengan Basyirah bercakap dalam kelas hari tu, gerenti dia tak senyum kat aku. Kalau dia tak senyum kat aku, gerenti aku tak fikir pasal dia. Kalau aku tak fikir pasal dia, gerenti aku tak gila bayang macam ni. Macam food chain dalam subjek sains la pulak hal hati aku ni. Ah, tak boleh jadi ni!
Fikiran pusing-pusing fikir satu nama. Semangat yang tadi hilang dibawa kehampaan terasa macam datang balik. Nak cari facebook Encik Pemandangan Indah. Nak dia ! Eh, jap. Nama cikgu tu punya ayah siapa ek?
Syahzulhisyam Azli.
There is no such name found.
Salah lagi! Apa ni, aku nak dia la. Facebook, kenapa kau kejam sangat tak bagi aku kawan dengan dia? Apasal kau lembab bab cari orang ni? Takkan search engine kau nak bagitahu yang Encik Pemandangan Indah aku tak ada facebook?
Kalau nak diungkapkan dengan satu perkataan apa yang aku rasa sekarang ni la, memang satu perkataan je yang mampu describe. Heartache, with a capital letter H. Kenapa satu? Sebab aku betul-betul hampa sampai dah rasa speechless dan hampir-hampir heartless.
Baik aku tidur.... Tapi, macam mana kalau tak lena? Tu benda yang paling aku takut setiap kali nak pergi tidur dalam tiga minggu ni. Kenapa? Bak kata orang, kerana cinta tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah. Aish, aku dah pandai bermadah pujangga dah ke ni? Sah-sah orang tu menipu, sebab bila mandi memang la basah. Haru! Nak kena ketuk dengan tukul kuku kambing free je kepala ni.
Logout. Tidur !
* * * *
The power lines went out
And I am all alone
But I don't really care at all
Not answering my phone
All the games you played
The promises you made
Couldn't finish what you started
Only darkness still remains
Kedebuk !
Aku jatuh kerusi. Ah, pening ! Sakit ! Siapa yang berani buat onar time aku tengah-tengah patah hati ni?
"Cik Diba, bangun la. Apa ni, melamun je dari pagi tadi?" suara Basyirah sayup-sayup kedengaran. Dalam telinga berdengung, jatuh kerusi punya hal. Aku bangkit.
"Yang kau tarik kerusi aku apa hal? Sakit la." soalan Basyirah sengaja tidak dijawab. Malas.
"Kau tu la, melamun je. Cikgu masuk pun tak bangun. Kalau kau sedih pun, hormat sikit la orang tua tu." Dah, Ratu Tarzan dan tukar channel Uztazah Siti Norbahyah. Nasib baik la aku pasang earphone kat telinga kanan ni.
"Habis tu, sekarang nak buat apa?" soalku, malas banyak bicara.
"Tak ada kerja, so kau buat la apa-apa pun kau nak. Bonda tak ada, cikgu sit-in je kat depan." jawab Basyirah.
Aku hanya mengangguk, malas. Landing kepala atas meja. Candles berulang-ulang di telinga. Dan aku tak ingat apa-apa dah......
"Hahaha ! Hahaha ! Hahaha !"
Bising ! Bising ! Satu kelas bising, apa ni? Mentang-mentang la bonda tak ada, dorang boleh sukahati je buat bising. Mana pergi cikgu sit-in tadi, takkan biar je kelas bising. Aku nak tidur sekejap pun tak boleh. Dah la mood aku tak okey.
"Hoi, apa yang korang bising sangat ni?!" Memang tersembur akhirnya aku punya jeritan maut.
Mata yang terkatup-katup ku paksa buka, tapi apalah dayaku. Serius, mengantuk. Tiba-tiba lenganku terasa bagai digamit-gamit. Apa lagi la ni, bala kacau aku punya tidur je. Ingatkan jeritan maut tadi boleh kasi lega sikit bising dorang tu.
"Apa?" soalku. Malas membuka mata, ku biarkan terkatup sambil kepala elok je landing atas meja.
"Cikgu tengok kau." Suara Basyirah berbisik. Tangannya masih menggamit-gamit lenganku.
"Nak apa ni? Aku mengantuk la." Suara Basyirah kurang kedengaran. Berbisik la lagi.
"Cikgu tengah tengok kau." Sepatah-sepatah Basyirah menuturkan. Kali ini, tidak berbisik.
"Biarlah dia nak tengok aku. Kau jangan kacau aku la, Syirah. Aku sakit, aku sedih dan aku nak tidur. Kan tak ada kerja. Cikgu tu biar la, sit-in je pun." Sedikit tegas aku menjawab. Malas! Aku nak tidur, aku layan Candles.
"Kau jangan menyesal kemudian. Aku dah bagitahu yang cikgu tengok kau." Basyirah berhenti menggamit tanganku.
Aku menyesal? Minta maaf la. Aku takkan menyesal ! Tidur....
1 minit... 10 minit... 20 minit... 30 minit... 40 minit...
"Diba, bangun!" Suara Basyirah kedengaran di telinga, separuh berbisik.
"Apa dia?" soalku.
"Bangun, cikgu dah nak keluar. Habis masa." Jawab Basyirah. Kali ini, suaranya jelas di pendengaranku. Mata dah dapat rehat cukup-cukup. Almaklum la, tidur tak lena.
Lantas aku bangkit, pura-pura ceria. Mata masih terasa kelat. Gosok-gosok sikit... Jelas. Wah, dah nampak pemandangan dalam kelas ni. Minda dah rasa fresh sikit.
"Terima kasih cikgu!" Suara ketua kelas mengetuai ucapan terima kasih. Ataupun lebih mudah, ucapan piawai setiap kali guru nak keluar kelas.
"Terima kasih cikgu." Satu kelas menyahut.
Tanpa menunggu cikgu keluar, aku dah duduk. Tiba-tiba....
"Ya Allah!" Aku terjerit. Kuat, dua tiga empat lima oktaf jeritan aku naik. Serius aku terkejut gila-gila-gila. Aku mimpi ke? Ke mata aku still dalam alam mimpi lagi? Ke mata aku mengantuk lagi sampai tengok pun dah tak betul ni? Ke aku angau tahap tertinggi dah ni sampai semua orang nampak macam dia?
Gosok-gosok mata... Mata ku alihkan keluar kelas, ingin melihat insan yang baharu saja berlalu di hadapan meja tempat dudukku. Siapa tahu, mata tersilap lihat dan otak silap mentafsir?
Ah, memang dia! Hilang kata-kata sekejap.
"Kau jangan menyesal kemudian. Aku dah bagitahu yang cikgu tengok kau." Kata-kata Basyirah kembali terngiang-ngiang kat telinga ni. Ya Syirah, aku memang dah menyesal ! Aku menyesal sebab tak dengar cakap kau. Sungguh, aku menyesal!
Insan itu masih berdiri di hadapan pintu, menunggu guru seterusnya la agaknya. Tiba-tiba dia menoleh ke belakang. Eh, dia tengok aku?
"Ya, dia memang tengok kau." Otak pantas menjawab. Harap-harap la otak ni tak silap tafsir !
Eh, bibir dia. Bibir dia, senyum? Dia senyum ke? Dia senyum kat aku?
"Ya, dia memang senyum kat kau." Otak menjawab lagi, tak habis-habis nak menyampuk.
Insan di hadapan pintu berlalu. Seorang guru masuk kelas, kedengaran sayup-sayup suara ketua kelas memberi salam. Tapi aku terasa keadaan sekeliling seakan sunyi sepi.
Pemandangan Indah sit-in kelas?
Aku tak terkata.....
to be continued....
No comments:
Post a Comment