This is what you need to read :)

My photo
Mukah, Sarawak, Malaysia
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Monday, October 17, 2011

Derai air mata aku mengalir , Allah , aku lemah ...

Allah .
Aku rindu abah . Aku rindu abah . Aku rindu abah !
Aku sayang abah , aku sayang abah sangat-sangat ...
Hari ni , air mata aku jatuh lagi .
Bukan dalam bilik aku , aku boleh menangis sekuat hati selama mana aku mau .
Bukan berseorang dimana aku takkan malu mengeluarkan air mata aku .
Bukan dalam bilik air , bukan tika turunnya hujan dimana tiada siapa dapat membezakan air mata ngan air hujan .
Tapi kat sekolah , aku duduk seorang kat meja .
Terasa dari awal pagi lagi dah lain macam .
Aku tidur lewat semalam , mata aku kembang sebab aku menangis .
Aku mengantuk time baca nota . Aku tak nak tidur .
Dalam otak aku bergema lagi , "Abah , abah , abah , abah !.."
Sedari pagi lagi hatiku berdebar-debar , sakit .
Aku rasa sakit . Dada aku sempit ! Sebak ! Bila-bila masa air mata aku boleh turun mencurah .


Mengantuk .. Mengantuk ..
Aku letak kepala atas meja berlapikkan tudung , mencuba untuk tenang ...
"laa ilaha illa anta ya hayyu ya qayyum
subhanallah wabihamdihi subhanallah hiladzim" .
Mulai sebak . Aku ulang lagi ..

"laa ilaha illa anta ya hayyu ya qayyum
subhanallah wabihamdihi subhanallah hiladzim" 

"laa ilaha illa anta ya hayyu ya qayyum
subhanallah wabihamdihi subhanallah hiladzim" 
.. Saat aku ulang kali ketiga , mataku mula bergenang dengan air mata .
"Tahan Adibah tahan , kamu kuat . Teruskan .."
"astaghfirullah al-azim, al-lazi la ila ha illa hual hayyul qayyum wa atubu ilaik..."
Menitis air mata ku , membasahi hujung tudung yang aku pakai .
"astaghfirullah al-azim, al-lazi la ila ha illa hual hayyul qayyum wa atubu ilaik..."
Air mata kedua menitis . "Tahan Adibah , jangan menangis .."
"astaghfirullah al-azim, al-lazi la ila ha illa hual hayyul qayyum wa atubu ilaik..."
Saat itu aku dah rasa lemah ! Setitis demi setitis , air mata aku membasahi hujung tudung hitam .
Tangisan aku mula kedengaran .
Allah , aku lemah !
Sedaya upaya aku tahankan , agar tiada siapa yang sedar . 
Bila aku dah rasa senang , aku sambung istighfar ..
"astaghfirullah al-azim, al-lazi la ila ha illa hual hayyul qayyum wa atubu ilaik..."
"astaghfirullah al-azim, al-lazi la ila ha illa hual hayyul qayyum wa atubu ilaik..."
"astaghfirullah al-azim, al-lazi la ila ha illa hual hayyul qayyum wa atubu ilaik..."
"astaghfirullah al-azim, al-lazi la ila ha illa hual hayyul qayyum wa atubu ilaik..."
"astaghfirullah al-azim, al-lazi la ila ha illa hual hayyul qayyum wa atubu ilaik..."


Dalam kotak fikiranku mula menari-nari bayangan abah !
Abah senyum , abah sakit ! Muka abah masa makan , muka abah time abah dah tak sedar apa-apa .
Abah sakit . Abah tak tahu bercakap dah . Mata abah tak nampak apa-apa dah .
Abah dah kenal aku dah . Abah tak boleh cium aku dah . Abah tak boleh senyum kat aku dah . Abah tak boleh tengok aku senyum kat dia dah .


Muka P.Ramlee ada iras abah ! Buat aku terasa sangat tiap kali tengok P.Ramlee berlakon .


Aku tak tahan ! Aku menangis . Ya Allah , aku lemah ! Allah , tolong kuatkan aku . Aku rindu abah !
Aku tutup muka , aku menangis sepuas hati aku . 
Aku tak peduli aku kat mana , aku kat kelas dengan ramai kawan-kawan sekeliling .
Aku tak mintak simpati , aku cuma rindu abah aku !
Dalam tangis , aku titipkan Al-Fatihah buat abah , berkali-kali ku baca bersama derai air mataku .
Semoga Allah menempatkan abah dalam kalangan orang-orang yang dicintainya .
Aku terus menangis sambil tutup muka sampailah aku rasa bahuku ditepuk oleh sepasang tangan ,
Kawanku datang menanyakan aku .
Aku tetap menangis sambil menutup muka .
Aku tau , meja aku dah dikerumuni rakan-rakanku .
Kata-kata nasihat dan pujukan kedengaran silih berganti .
Ya Allah , bersyukurnya aku .
Aku kehilangan abah , tapi aku ada rakan-rakan yang baik untuk bersamaku saat duka , saat aku rindukan abah !
Alhamdulillah ....
Al-Fatihah .
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang .
Segala puji bagi Allah , Tuhan sekalian alam .
Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang .
Pemilik hari balasan .
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan ,
Tunjukilah kami jalan yang lurus .
Yaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepadanya , bukan jalan mereka yang dimurkai , bukan pula jalan mereka yang sesat .
Ameen .



Aku sayang abah . Aku sayang abah . Aku sayang abah .
Abah , tunggu adik datang ...........................................







Salam'alaik . Jazakallah khairan kerana membaca di blog ana . Maaf andai ada perkataan ana yang kurang menyelesakan . Ana juga manusia yang sering khilaf . Datang lagi ya . Doakan ana ! ^___^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Mahabbah Pelangi Ilahi :

Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya dia benci dua perkataan itu.Masa berlalu seperti biasa, seterusnya meninggalkan cerita benci keterbelakang. Tapi, suatu pertemuan itu itu membibitkan rasa yang tak pasti. Suatu perkenalan itu merubah kebencian menjadi satu rasa. Rasa yang indahnya bagai dunia sentiasa dipenuhi rona-rona pelangi yang tak akan pernah pergi biar malam menjenguk siang.
Benarlah kata orang, cinta itu tidak akan suci tanpa redha Ilahi. Di tengah perjalanan menuju redha Pencipta, syaitan berjaya merasuk kononnya cinta Islamik. Pada hakikatnya, ISLAMIK ROMANTIK.
Namun bila cahaya hidayah hadir di jiwa, Allah menggunakan kesakitan setelah beribu dosa itu untuk dia dan dia mencari cinta-Nya. Kerana hati dia dan dia, dekat pada Dia, syaitan akhirnya tewas membuai rasa.

Hawa menuju Pencipta.
Adam mencari Pencipta.
Kerana dengan cinta Pencipta, mereka melahirkan cinta.

Selamat membaca !

This is the link of the first post of Mahabbah Pelangi Ilahi :