This is what you need to read :)

My photo
Mukah, Sarawak, Malaysia
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Thursday, December 15, 2011

Sang Kancil Si Tukang Helah ataupun Sang Kura-kura Si Kuat Usaha, siapakah kita?

Assalamu'alaikum warahmatullah . Saya yakin, pasti semua pernah dengar dan pernah baca  kisah kanak-kanak 'Sang Kancil dan Sang Buaya' dan kisah 'Perlumbaan Sang Arnab dan Kura-kura' ? Sebelum tu terlebih dahulu kepada insan comel yang sedang membaca, pilih satu karakter dalam kisah tersebut ya, simpan jawapan anda ! Saya bukanlah memaksudkan kita memilih untuk menjadi sang kancil ataupun sang kura-kura, cuma kita teliti sikap haiwan-haiwan ini yang diceritakan dalam kisah untuk kanak-kanak sahaja ya :')
A. Sang Kancil
B. Sang Kura-kura
Baik ! Sebelum mengembara lebih jauh dengan pilihan anda, molek kiranya saya singkap kembali kisah kanak-kanak tersebut untuk anda ya. 


Kisah Sang Kancil dan Sang Buaya
Di pinggir sebuah hutan, tinggallah seekor haiwan comel iaitu sang kancil. Pada suatu hari, sang kancil pergi ke sebatang sungai kerana ingin minum air. Tiba-tiba, sang kancil ternampak sepohon pokok rambutan di seberang sungai. Pokok rambutan itu pula sedang berbuah dan buahnya sedang masak ranum ! Timbul pula keinginan sang kancil untuk merasa kemanisan buah rambutan tersebut. Diikutkan cerita, di sungai tempat sang kancil melepaskan haus, tinggalkan keluarga sang buaya. Melihat sang buaya sekeluarga di sungai itu, maka timbullah satu idea di benak sang kancil. Lalu sang kancil pun berkata kepada sang buaya, "Wahai buaya-buaya sekalian, aku dititahkan oleh raja rimba untuk mengira berapakah jumlah buaya yang tinggal di dalam sungai ini. Maka berbarislah kalian sehingga ke seberang sungai dan aku akan melompat di atas badan kalian sambil mengira.". Mendengarkan kata-kata sang kancil, maka sang buaya pun tanpa berfikir terlebih dahulu pun berbarislah sehingga ke seberang sungai. Sang kancil melompat dia atas badan sang buaya sambil berpura-pura mengira. Apabila tiba di seberang, sang kancil berkata, "Wahai buaya-buaya sekalian! Kamu semua memang bodoh, aku hanyalah memperdayakan kalian kerana aku hanya menginginkan buah rambutan yang masak ranum ini !" Apa boleh dikatakan lagi, nasi sudah menjadi bubur. Maka, dapatlah sang kancil memperoleh buah rambutan yang diinginkannya dengan berbohong kepada sang buaya.


Perlumbaan Sang Arnab dan Sang Kura-kura
Di dalam sebuah hutan, tinggal bermacam-macam jenis haiwan termasuklah sang arnab dan sang kura-kura. Sang arnab sangat terkenal dengan kepantasannya berlari manakala sang kura-kura pula sangatlah terkenal dengan kelambatannya berjalan. Saban hari, ada sahaja ejekkan daripada haiwan-haiwan yang lain terhadap sang kura-kura. Sang arnab pula sebaliknya, sang arnab dipuji dan disanjung kerana kepantasannya berlari. Menyedari bahawa dirinya disukai ramai, maka sang arnab pun bertujuan untuk menunjukkan betapa hebatnya dirinya kepada haiwan-haiwan yang lain. Maka, sang arnab pun mengajak sang kura-kura berlumba lari dengannya. Sang arnab terlalu yakin akan kehebatannya dan mampu untuk menandingi sang kura-kura. Sang kura-kura pula walaupun menyedari kelemahannya, namun dia bukanlah haiwan yan mudah mengalah sebelum berjuang, maka sang kura-kura pun menyetujui ajakan sang arnab. Pada hari perlawanan berlangsung, sang arnab dan sang kura-kura hadir ke tempat perlawanan dengan penuh semangat. Melihat sang kura-kura turut bersemangat, sang arnab pun mengejek sang kura-kura, "Hey lambat ! kau fikir kau boleh kalahkan aku ? Hey, kau tu kura-kura lah, sedar diri tu sikit! Haha!" Ejekan sang arnab terhadap sang kura-kura menyebabkan semua haiwan yang hadir bersorak kerana menyebelahi sang arnab. Perlawanan pun berlangsung. Sepanjang perlawanan, sang arnab dan haiwan yang hadir tak berhenti-henti mengejek sang kura-kura. Tapi, bagi sang kura-kura, apa yang penting adalah usaha ! Akibat terlalu yakin bahawa dirinya akan menang, maka sang arnab pun berhenti berehat seketika lalu tertidur. Tanpa disedari, sang kura-kura yang tidak ingin berputus asa terus berjalan dan berjalan sehinggalah dia mampu meninggalkan sang arnab yang sedang tidur. Apabila hampir sampai ke garisan penamat, sang arnab tersedar apabila mendengar sorakkan haiwan-haiwan lain! Nasi sudah menjadi bubur, sang kura-kura sudah memenangi perlawanan tersebut. Tinggallah sang arnab yang terkulat-kulat kerana berjaya dikalahkan oleh sang arnab.
Alhamdulillah, tamat sudah dua kisah itu. Maka, tiba kita di kembara seterusnya. Kembara di sebalik karakter Sang Kancil dan Sang Kura-kura. Anda masih kekal dengan karakter pilihan anda, bukan ? Saya teruskan kembara kita dengan sepotong hadis Rasulullah SAW. 
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Janganlah kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci membenci, jangan berpaling muka dan jangan berjual-beli di atas jualan orang lain. Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam dengan orang Islam adalah bersaudara. Mereka tidak boleh menzalimi, tidak boleh membiarkannya dalam kehinaan, tidak boleh membohonginya dan menghinanya sesama Islam. Taqwa itu di sini" kata nabi sambil menunjuk ke dadanya tiga kali."Memadai seseorang itu dianggap jahat apabila dia menghina saudaranya. Setiap orang Islam ke atas orang Islam lain haram darah, harta dan kehormatannya." (Hadis Riwayat Muslim)


A. Sang Kancil - Sahabat, daripada kisah 'Sang Kancil dan Sang Buaya, kita tahu yang sang kancil menipu sang buaya semata-mata kerana sang kancil menginginkan buah rambutan di seberang sungai. Jika mengikut akal logik kita, patutkah kita berbuat sedemikian? Sahabat pernah dengar atau terbaca tak benda ni : NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA ? Begitulah juga dengan sang kancil, sang kancil sanggup menipu sang buaya kerana untuk mendapat manfaat untuk dirinya sendiri sahaja. Niat sang kancil untuk mengisi perutnya tidak menghalalkan penipuannya terhadap sekalian buaya tersebut. Semak kembali dalam hadis Rasulullah SAW di atas, "jangan tipu menipu", "tidak boleh menzalimi"dan "tidak boleh membohonginya". Tapi, apakah sikap sang kancil itu menepati kata-kata Rasulullah, ya sahabat? Pasti tidak, kan ? Maka, wajarkah kita berbohong untuk mendapatkan keuntungan sedangkan dalam bergurau pun kita dibataskan untuk mengatakan yang tidak benar sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang iaitu, “Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya !" . Jadi keuntungan yang diperolehi oleh sang kancil itu sebenarnya bukanlah keuntung, sebaliknya adalah musibah kerana sang kancil memperolehinya dengan cara yang salah. Seterusnya pula, setelah sang kancil berjaya menyeberangi sungai, sang kancil pun berkata "Wahai buaya-buaya sekalian! Kamu semua memang bodoh, aku hanyalah memperdayakan kalian kerana aku hanya menginginkan buah rambutan yang masak ranum ini !" Sempat pula sang kancil menhina sang buaya dengan perkataan BODOH biarpun sang kancil sudah hampir berjaya mendapatkan buah rambutan itu. Teliti kembali hadis di atas, "tidak boleh membohonginya dan menghinanya sesama Islam. Taqwa itu di sini" kata nabi sambil menunjuk ke dadanya tiga kali."Memadai seseorang itu dianggap jahat apabila dia menghina saudaranya. Setiap orang Islam ke atas orang Islam lain haram darah, harta dan kehormatannya." Sang kancil senang-senang ikut sedap mulut menghina sang buaya. Maka memadailah sikap sang kancil dianggap jahat kerana menghina sang buaya !


B. Sang Kura-kura - Sang Kura-kura digambarkan sebagai karakter yang agak lemah. Tapi dalam karakter ini terselit sifat-sifat mulia ! Walaupun sering diejek-ejek oleh sang arnab, namun sang kura-kura tetap diam dan tidak melawan sang arnab.“Janganlah kamu bersikap lemah. dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” [Surah Ali-Imran ayat 139] . Sang kura-kura tidak pernah mengeluh kerana diciptakan lambat berjalan, biarpun sering dihina oleh haiwan-haiwan lain. Sang kura-kura tak ingin mengeluh atas kekurangannya, kerana kekurangan itu mengingatkannya untuk terus mencari kekuatan yg ada dalam diri sang kura-kura ! “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,” [Surah Al-Baqarah ayat 286], sifat sang kura-kura ini memberi pengajaran bahawa sesungguhnya kita sebagai hamba harus yakin akan hikmah setiap kejadian kerana Allah tidak akan sekali-kali membebani kita dengan apa yang tidak mampu untuk kita hadapi. Sang kura-kura terus bersabar dan bersabar, kualiti kesabaran seperti sang kura-kura inilah yang harus kita miliki ! Setelah itu, sang arnab mengajak sang kura-kura berlumba lari, dan sang kura-kura pula bersetuju kerana keyakinan yang ada pada dirinya. Biarpun sang arnab terlalu yakin akan memenangi perlumbaan tersebut tetapi sang arnab masih kekurangan sesuatu, iaitu USAHA ! Berlainan dengan sang kura-kura, keyakinan sang kura-kura disulami dengan USAHA ! Firman Allah dalam surah An-Najm ayat 39-41: "dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya, dan bahwasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan paling sempurna,..." Kerana tiadanya usaha tetapi terlalu yakin untuk memenangi perlumbaan, maka sang arnab pun berhenti berlari. Akhirnya, berkat keyakinan dan usaha sang kura-kura, sang kura-kura pun berjaya memenangi perlumbaan tersebut ! Jelas kan, sang kura-kura juga memperoleh keuntungan !


Alhamdulillah, tamat kembara kita dengan huraian karakter-karakter tersebut. Bagaimana sahabat, masih tetapkah anda dengan karakter pilihan ? Ataupun sudah berpaling tadah daripada karakter pilihan sewaktu awal kembara ? Sang Kancil memperoleh keuntungan dengan menipu sedangkan dengan tipu-menipu itu kita mendapat azab ! Na'uzubillah. Sang Kura-kura memperoleh keuntungan dengan berusaha dan dengan berusaha kita memperoleh pahala. Alhamdulillah ! Sesungguhnya Allah menyukai hamba-Nya yang berusaha.
Sang Kancil Si Tukang Helah ataupun Sang Kura-kura Si Kuat Usaha, siapakah kita?
Salam'alaik . Jazakallah khairan kerana membaca di blog ana . Maaf andai ada perkataan ana yang kurang menyelesakan . Ana juga manusia yang sering khilaf . Datang lagi ya . Doakan ana ! ^___^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Mahabbah Pelangi Ilahi :

Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya dia benci dua perkataan itu.Masa berlalu seperti biasa, seterusnya meninggalkan cerita benci keterbelakang. Tapi, suatu pertemuan itu itu membibitkan rasa yang tak pasti. Suatu perkenalan itu merubah kebencian menjadi satu rasa. Rasa yang indahnya bagai dunia sentiasa dipenuhi rona-rona pelangi yang tak akan pernah pergi biar malam menjenguk siang.
Benarlah kata orang, cinta itu tidak akan suci tanpa redha Ilahi. Di tengah perjalanan menuju redha Pencipta, syaitan berjaya merasuk kononnya cinta Islamik. Pada hakikatnya, ISLAMIK ROMANTIK.
Namun bila cahaya hidayah hadir di jiwa, Allah menggunakan kesakitan setelah beribu dosa itu untuk dia dan dia mencari cinta-Nya. Kerana hati dia dan dia, dekat pada Dia, syaitan akhirnya tewas membuai rasa.

Hawa menuju Pencipta.
Adam mencari Pencipta.
Kerana dengan cinta Pencipta, mereka melahirkan cinta.

Selamat membaca !

This is the link of the first post of Mahabbah Pelangi Ilahi :