This is what you need to read :)

My photo
Mukah, Sarawak, Malaysia
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Thursday, December 15, 2011

Di sebalik kejayaan seorang lelaki , berdirinya seorang wanita !

Di hujung sebuah kampung, tinggal seorang pemuda yang bernama Wildan. Wildan merupakan anak yatim piatu. Semenjak berusia 5 tahun, dia telah kehilangan kedua-dua orang tuanya. Kemudian, Wildan dipelihara oleh datuknya yang bernama Mustafa. Bertahun-tahun Wildan dijaga oleh datuknya, malangnya setelah Wildan berusia 18 tahun, dia ditinggalkan sekali lagi kerana datuknya telah pergi menyahut seruan Ilahi. Setelah itu, Wildan diterima bekerja sebagai  pengarang di sebuah syarikat pencetakkan buku milik seorang ulama terkenal di bandar berdekatan kampung Wildan.Melihat ketekunan Wildan bekerja, ulama itu berkenan untuk menjodohkan Wildan dengan anaknya, Aisyah. Setelah selesai budi bicara ulama dan Wildan, maka Wildan pun bersetuju untuk memperisterikan Aisyah. Setelah beberapa bulan mendirikan rumahtangga, Aisyah disahkan mengandung. Saat itu, betapa gembiranya Wildan dan isterinya. Wildan berasa sangat bahagia kerana mengahwini Aisyah. Walaupun Wildan agak sibuk bekerja memerah otak, Aisyah tidak pernah sekalipun mengeluh atas kesibukkan Wildan.
Beberapa bulan berlalu, maka tibalah saatnya untuk Aisyah melahirkan anak. Tapi malangnya anak yang dikandung Aisyah pergi dijemput Ilahi sebelum sempat melihat dunia . Wildan yang bergegas ke hospital dengan kenderaan yang dipandu oleh bapa mertuanya pula mengalami kemalangan yang menyebabkan ulama meninggal dunia di tempat kejadian. Wildan yang cedera di bahagian kakinya dikejarkan ke hospital oleh ambulan. Dua hari kemudian, Wildan tersedar daripada koma. Sejak peristiwa itu Wildan seperti kehilangan dirinya sendirinya. Hidup Wildan berubah 180 darjah, separuh dirinya seperti pergi bersama anaknya yang tidak sempat melihat dunia dan bapa mertuanya. Namun Aisyah sentiasa berada di sisi Wildan, menemani Wildan. Aisyah sentiasa meniupkan kekuatan buat suaminya. Keadaan Wildan yang sudah tempang sebelah kaki tidak menjadi alasan untuk Aisyah terus melayani suaminya dengan baik. Aisyah sentiasa berusaha untuk menjadi sahabat, kekasih, isteri dan ibu kepada Wildan.
Kini, dua tahun sudah berlalu. Wildan sudah pulih daripada traumanya. Malah Wildan kini masyhur dengan buku-buku tulisannya, buku-buku yang berisi kata-kata motivasi buat remaja. Malah bukunya kini penuh dengan sulaman hadis-hadis Rasulullah SAW dan juga kalam daripada Allah. Wildan bangkit daripada semangatnya yang sudah kosong menjadi seorang Wildan yang baharu, Wildan yang sentiasa ingin belajar menerima takdir ketentuan Allah. Wildan kini tidak lagi menyibukkan dirinya hanya dengan memerah otak untuk menulis buku, tetapi Wildan lebih banyak meluangkan masa untuk isterinya yang tercinta, Aisyah. Syarikat bapa mertua Wildan kini sudah menjadi milik Wildan. Perniagaan itu semakin maju dari hari ke sehari.
 
Tahukah sahabat kenapa Wildan boleh bangkit semula ? 
Jawapannya mudah, kerana isterinya yang solehah, AISYAH .
Selama Wildan berasa lemah, Aisyah sentisa menguatkan suaminya dengan bisikan lembut di telinga, "Wahai suamiku, bersabarlah sayang dalam menghadapi ujian Allah ini. Setiap yang hidup pasti akan menemui ajal, bila masanya kita pergi, tiada siapa yang tahu. Takdir Allah sudah menentukan bayi kita tiada kesempatan untuk melihat dunia. Bersyukurlah sayang kerana bayi kita pergi dalam keadaan suci, tempatnya kelak di syurga. Andaikan bayi kita masih ada, mampukah kita untuk mendidiknya dengan baik dan terus berada di jalan Allah, wahai suamiku? Kita tiada jawapan untuk itu. Bersabarlah, barangkali kita belum mampu menjadi ibubapa yang baik untuk anak kita. Ayuh bangkitlah suamiku ! Setelah kesulitan ini pasti ada kemudahan !"
Selama Wildan berasa kecewa kerana kehilangan sebelah kakinya, Aisyah sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya suaminya, "Wahai suamiku, janganlah engkau menangisi kejadian ini. Kerana boleh jadi sayang bahagia dengan sempurna fizikal dua kaki, tapi sayang tidak tahu apa mungkin dengan kesempurnaan itu akan mendatangkan keburukan buatmu. Seandainya sayang masih ada kedua-dua kaki, yakinkah sayang bahawa kaki itu tidak akan melangkah ke tempat maksiat? Bersyukurlah sayang, mungkin ini caranya Allah memberikan bantuannya kepada sayang. Allah masih menyayangi dirimu. Usah kau bimbang wahai suaminya, aku sebagai isterimu tidak akan sekali-kali meninggalkanmu. Sesungguhnya syurgaku di bawah telapak kakimu. Boleh jadi dengan kehilangan kaki sayang, Allah mendatangkan rezeki berupa kebaikkan untukmu. Bangkitlah suamiku ! Setelah kesulitan ini pasti ada kemudahan !"
Dan sesungguhnya, Aisyah berpegang dengan kata-katanya untuk sentiasa menemani Wildan dalam suka dan duka suaminya, sehinggalah Wildan kini bangkit ! Memperjuangkan agama Allah di mata pena. Wildan menjadi seorang yang berjaya, kerana di sebalik kejayaannya, berdiri teguh seorang annisa di belakangnya, AISYAH ! 


Salam'alaik . Jazakallah khairan kerana membaca di blog ana . Maaf andai ada perkataan ana yang kurang menyelesakan . Ana juga manusia yang sering khilaf . Datang lagi ya . Doakan ana ! ^___^

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Mahabbah Pelangi Ilahi :

Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya dia benci dua perkataan itu.Masa berlalu seperti biasa, seterusnya meninggalkan cerita benci keterbelakang. Tapi, suatu pertemuan itu itu membibitkan rasa yang tak pasti. Suatu perkenalan itu merubah kebencian menjadi satu rasa. Rasa yang indahnya bagai dunia sentiasa dipenuhi rona-rona pelangi yang tak akan pernah pergi biar malam menjenguk siang.
Benarlah kata orang, cinta itu tidak akan suci tanpa redha Ilahi. Di tengah perjalanan menuju redha Pencipta, syaitan berjaya merasuk kononnya cinta Islamik. Pada hakikatnya, ISLAMIK ROMANTIK.
Namun bila cahaya hidayah hadir di jiwa, Allah menggunakan kesakitan setelah beribu dosa itu untuk dia dan dia mencari cinta-Nya. Kerana hati dia dan dia, dekat pada Dia, syaitan akhirnya tewas membuai rasa.

Hawa menuju Pencipta.
Adam mencari Pencipta.
Kerana dengan cinta Pencipta, mereka melahirkan cinta.

Selamat membaca !

This is the link of the first post of Mahabbah Pelangi Ilahi :