Tentang Mahabbah Pelangi Ilahi :
Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya dia benci dua perkataan itu.Masa berlalu seperti biasa, seterusnya meninggalkan cerita benci keterbelakang. Tapi, suatu pertemuan itu itu membibitkan rasa yang tak pasti. Suatu perkenalan itu merubah kebencian menjadi satu rasa. Rasa yang indahnya bagai dunia sentiasa dipenuhi rona-rona pelangi yang tak akan pernah pergi biar malam menjenguk siang.
Benarlah kata orang, cinta itu tidak akan suci tanpa redha Ilahi. Di tengah perjalanan menuju redha Pencipta, syaitan berjaya merasuk kononnya cinta Islamik. Pada hakikatnya, ISLAMIK ROMANTIK.
Namun bila cahaya hidayah hadir di jiwa, Allah menggunakan kesakitan setelah beribu dosa itu untuk dia dan dia mencari cinta-Nya. Kerana hati dia dan dia, dekat pada Dia, syaitan akhirnya tewas membuai rasa.
Hawa menuju Pencipta.
Adam mencari Pencipta.
Kerana dengan cinta Pencipta, mereka melahirkan cinta.
"Nur Dayana, sini la!" suara Basyirah menjerit macam satu dunia boleh dengar. Budak ni la kan, haru. Aku baru je target nak habiskan aku punya nasi lemak.
"Apa ni, jerit-jerit? Aku belum pekak lagi la." malas aku menjawab. Bibir mengulum senyum. Satu, dua, tiga. "Aaa." sedia untuk makan.
"Yana, datang la sini cepat! Ada pemandangan indah tau." Cis! Belum sempat masuk mulut rezeki aku. Basirah tak habis-habis dengan Encik-encik Pemandangan Indah.
"Encik Pemandangan indah yang mana satu?" soalku. Ceh, soalan tu. Macam banyak sangat la Encik Pemandangan Indah tu. Memang banyak pun, kepala ni macam minta ketuk dengan tempurung kelapa la. Hee, aku sengih. Lupa, Encik Pemandangan Indah ada tiga orang. I repeat, tiga orang.
"Sini cepat la! Encik P.I 1. Cepat sebelum dia masuk bilik guru!" jerit Basyirah. P.I short form for Pemandangan Indah.
Encik Pemandangan Indah 1? Aaa! Nasi lemak tadi aku tinggalkan bawah meja. Biarlah, lantaklah tak sempat makan pun. Sabar, masa masih long! Tapi mungkin masa Encik Pemandangan indah kat bawah tu tak long lagi. Tak sempat tengok, lagi haru daripada tak sempat makan. Otak aku pun dah melalut tak tentu pasal dah ni.
Mataku menyoroti arah di mana Basirah menuding jarinya. Hah, tu dia! Wah, hensemnya Encik Pemandangan Indah. Pagar di koridor kelas aku peluk, buat suasana ala-ala Isabella Swan fall in love dengan Edward Cullen la pulak aku. Hehe, haru la bila otak hilang skru sikit ni. Tau dek Encik Aliff, habis la aku! Memang haru.
"Ah, biarlah! Yang penting aku dapat tengok Encik Pemandangan indah yang paling indah yakni berpangkat satu dalam level Encik Pemandangan Indah ni." otakku berdialog. Seronok! Suka! Sebab Encik Pemandangan Indah pakai baju favourite aku la hari ni. Kemeja hitam dengan dia punya necktie merah menyala. Tambah-tambah dengan badan dia yang tinggi melangit tu. Memang idaman juliet-juliet satu Malaya! Macho habis! Tangan dia digawang-gawang, gaya Pak Lah dulu bercakap depan rakyat. Gaya pemimpin la tu. Aku mencebik bibir, padahal bercakap dengan student je pun. Alahai Encik Pemandangan Indah.
Sebaik kelibat Encik P.I 1 itu hilang di sebalik pintu paling depan staffroom, aku pun pergi la masuk kelas. Yelah, dah cermin tingkap bilik guru gelap semacam macam kena tinted je, macam mana la aku nak meneruskan sesi pengskodengan itu. Akhiranya kini tiba juga, melahap time! Harap budak Basyirah tak bising lagi lepas ni.
Satu. Dua. Tiga. Say "aaa." Yummy! Sedap betul la nasi lemak mak kawan aku buat ni, memang power habis. Idaman satu Malaya, cayalah!
"Hah, tu makan tak baca bismillah tu. Makan sama ngan syaitan, baru padan muka kau tu." Papp! Muka macam kena tampar. Adoi, minah mana pulak la yang sibuk je nak jaga tepi kain aku ni. Nak aku carikkan kain dia ke? Hampa, yalah tapi memang salah aku pun. Aish, kejam tak bertempat sungguh!
"Dengan nama Allah dari awal hingga akhir." bibirku melafaz doa perlahan. Wah, hebat Cik Yana! Ingat lagi doa kalau lupa basmallah sebelum makan. Hehehe, memang power la aku punya memori. Naik bangga sikit. Sengih lagi. Aish, otak ni la kan. Warning menyala dalam kepala, suruh makan.
Sesuap.
Dua suap.
Tiga suap. Wah, amannya boleh tahan. Senyum di bibir ku tarik sebelum meneruskan suap.
Suapan keempat.
Suapan kelima.
"Yana! Cepat keluar! Ada Encik Pemandangan Indah ni, Encik Tulip pun ada sekali!" Basirah menjerit lagi, memang Ratu Tarzan. Haru la! Bukan Haru Haru - Bigbang ye.
"Memang bala sungguh la mamat-mamat ni. Aku nak makan la, korang ganggu je ngan muka-muka hensem korang tu." Dalam mebebel-bebel dalam hati tu pun, aku tetap bangkit keluar ke koridor kelas.
Alahai! Ingatkan Encik Pemandangan Indah pangkat satu, senyum di bibirku merudum jatuh. Rupa-rupanya mamat so-called Pemandangan Indah pangkat dua ni lah rupanya. Mamat banyak perasan, bibir dicebik lagi. Tak suka la mamat tu, tapi aku suka dia punya muka and mata je. Macam Lee Mo Ryong dalam drama korea Sassygirl Chun Hyang! Tu yang sampai berapi-api benci pun aku panggil dia pemandangan indah lagi. Ek, aku ke kawan aku yang panggil dia pemandangan indah? Aish, kusut! Aku ingat lagi first time nampak muka mamat perasan tu kat sekolah ni. Ya tidak dinafikan memang ada ciri-ciri lelaki idaman juliet satu Malaya. Tapi yang paling aku tak tahan tu, dia boleh lambai aku dengan kawan-kawan kat kelas. Semata-mata sebab mata kami semua tengok arah dia masa tu. Secara tak sengaja okey! Padahal bukan kenal pun. Menyampah!
Encik Tulip pun ada? Malas cerita. Mamat sombong. Aku mendengus, masuk ke kelas. Dan menyambung sisa-sisa kegembiraan bersama nasi lemak!
Waktu balik dah tiba! Waktu balik ni la yang semua budak sekolah duk tunggu-tunggu sejak start sesi pembelajaran awal pagi lagi. Caya tak? Kalau tak caya tu, macam tak pernah jadi student la tu.
"Balik! Tak sabar nak sampai rumah." Aku bercakap seorang. Sebabnya aku memang selalu cakap seorang-seorang, kawan aku banyak yang bo-layan sikit kalau aku yang bercakap. Aish! Tak tahu la kenapa. Beg yang tersandar di kerusi ku capai, buku-buku di meja aku masukkan semua dalam beg. Gemuk! Lawak la beg, macam perut orang buncit je. Zapp! Pantas aku zip, sekali tarik je.
Aku tunduk melihat jam di tangan, jam tangan Encik Aliff yang bagi. Sepasang lagi tau! Suka! 1.20 tengahari dan... Kringg! Loceng sekolah berbunyi panjang, bawa tanda tu. Tanda semua pelajar boleh balik! Haha, aku sengih jahat.
Aku melangkah ke muka pintu, buat gaya Micheal Jackson sikit berjalan. Bola mata yang terlebih aktif bergerak ke sana dan ke mari. Dan kemudiannya tertancap lama pada muka pintu kelas 6 Atas Efektif. Tu dia, nampak Encik Aliff tepi pintu. Almaklumlah, budak 'excellent' duduk paling depan dalam kelas. Lepas tu, saja pulak nak duduk dekat dengan pintu. Aliff memang saja, nak tengok aku la tu. Aish, kepala memang minta kena ketuk dengan tangan kiri la. Tiap-tiap kali aku tengok dia dari kelas aku, otak ni tak habis-habis fikir yang Aliff sengaja mengada-ngada nak duduk dekat pintu sebab tempat duduk aku straight je boleh tengok dari arah tu. Aish! Otak tak penat lagi nak fikir benda ni. Sengih jahat lagi.
Tiba-tiba muka yang serius tahap keenam yang tengah menulis tu menoleh. Gabra! Aku tarik senyum sedikit ikhlas. Aliff tengok aku, dia senyum. Lepas tu, dia lambai. Aku pun balas lambai la, tak nak dia terasa hati nanti.
Sesaat.
Satu minit.
Dua minit.
Aish! Makhluk ni lah. Tak reti ke nak alih mata tu? Tenung orang macam tak pernah makan setahun dan bila-bila masa je nak makan aku. Padahal cikgu tengah mengajar kat depan. Aku menjegilkan mata pada Aliff. Aku nak balik!
"Syirah, jum balik!" Suara aku dah naik beberapa oktaf. Budak ni la kan, rajin sangat nak salin nota kat papan putih tu.
"Kejap, sikit lagi." balas Basyirah. Tangannya menari laju bersama sebatang ballpen di atas note pad, menyalin nota matematik.
Beberapa minit kemudian... "Jum balik." suara Basyirah ceria. Selesai!
Turun tangga. Aish, lagi satu masalah. Penat la, sekolah ni. Apa pasal buat bangunan sekolah tinggi-tinggi. Tiga tingkat. Kena pulak aku punya kelas kat tingkat paling atas sekali. Mak ai, lagi la penat nak turun naik. Boleh cramp tau kaki kalau turun naik ulang alik. Betapa berkorbannya kami semua yang kat tingkat atas tau. Dah otak penat nak belajar, penat lagi naik turun tangga. Takpalah, kami banyak extra energi. Demi ilmu.
Fuh! Sampai pun ground floor. Tapi masih ada satu seksa menanti di hadapan. Jalan nak keluar gate punyalah panjang berderet. Bila la nak sampai rumah kalau macam ni. Perut dah lama menari ikut irama Pop Yeh Yeh dah.
Tiba-tiba secara automatiknya aku berhenti melangkah. Mencerna nama siapa yang berjalan di hadapan aku dan Basyirah. Orang itu berhenti di deretan motosikal guru-guru yang berbaris bersusun kat tempot letak motosikal. Orang tu pergi kat motosikal Modenas biru, motosikal yang penuh dengan sticker Machester United tu. Otak aku pun tak dapat cerna apa-apa dah sekarang. Kepala tak boleh pusing!
"Eh budak ni, berhenti pulak dah. Jalan la." Basyirah menarik tanganku, memaksa untuk terus berjalan. Tapi aku tetap berdiri, kaku tak bergerak.
"Kenapa ni?" soal Basyirah sambil menolakku ke tepi, memberi laluan untuk pelajar lain.
"Ada pemandangan indah kat depan." jawabku sepatah-sepatah. Mata tetap memandang kehadapan. Lelaki yang dah duduk atas Modenas biru itu tengah masukkan topi keledar kat kepala.
"Laa, kau ni. Takkan kaku macam tu sekali badan kau." Basyirah memaksaku berjalan. Ku turuti langkahnya. Hebat kan penangan Encik Pemandangan Indah? Tu yang hensem pangkat satu, dalam kamus aku la!
"Kerja awak berdua dah siap?" soal Encik Pemandangan Indah. Hari ni dia sit-in kelas aku, boleh pulak aku duduk sopan sambil tarik sengih malu.
"Belum cikgu." jawab aku Basyirah. Aku tunduk. Malu tahap dewa gitu.
"Kalau tak siap lagi kenapa bercakap?" Mata Encik Pemandangan Indah membulat. Aku menikus, dalam kepala mula fikir betul ke dia ni nak marah. Aku menjeling dan...
Kedebuk!
Aku jatuh katil. Aduh sakitnya punggung ni! Rupa-rupanya aku mimpi je? Alahai, betul la buang karan. Haru! Kepala memang nak minta kena ketuk dengan tangan kiri. Jam aku yang sepasang dengan Aliff ku lirik dalam kesuraman malam, pukul tiga pagi. Ah, awal lagi. Nak tidur. Puas aku alih ke sana ke mari, pusing kiri pusing kanan, menelentang, sampai ke sudah mata tak nak lelap.
Mimpi tadi. Aku menarik sengih. Apa dah jadi kat aku ni sebenarnya? Sampai Encik Pemandangan Indah tu pun masuk sekali dalam mimpi. Takkan aku... Aish, takkan la! Kepala ni la kan, memang nak minta kena ketuk dengan tempurung kelapa.
Aku ingat lagi, dulu first time aku nampak dia kat sekolah. Aku betul-betul tak hairan la! Maunya tak hairan. Aku jalan pergi utara, "Eh, cikgu tu hensem sangat la." Dush! Tampar pipi sendiri. Cikgu pun nak usha ke kawan? Aku jalan baru sikit pergi barat, "Aku suka kat dia. Korang jangan bising tau." Dush! Pipi yang sebelah pulak kena tampar. Timur, "Aku nak cari boyfriend yang tinggi lampai, macam cikgu tu." Selatan, "Eh, cikgu tu single lagi kan?". Dan begitulah dengan tempat-tempat yang sewaktu dengannya seperti timur laut, barat daya, barat laut dan juga tenggara.
Semua orang duk sebut pasal dia je. Tak sukalah! Ramai lagi yang hensem, apa pasal mata semua perempuan kat sekolah ni jadi buta tengok cikgu hensem tu. Boring!
Konklusinya, sebab tu la aku tak suka dia. Atau lebih tepat, aku tak suka dia langsung. Aku tak tegur dia langsung. Aku tak pandang dia langsung. Kurang ajar betul la aku time tu. Tu la pasal, semua orang dah pandang dia. Ingat dia hensem sangat la tu sampai semua orang terpikat. Tapi maaf Encik, bukan pada Nur Dayana!
Tapi lama-lama, macam dah sejuk sikit pasal Encik Pemandangan Indah. Macam kurang sikit orang yang duk sebut nama dia siang malam. Ke aku yang tak sedar time tu? Entah, aku pun tak pasti. Yang aku pasti, aku sebenarnya bukanlah benci dan bukannya tak suka cikgu tu. Tapi benda yang paling aku tak dapat tahan is with other girls je pun. Gila kat dia. Padahal cikgu, sibuk je nak bercinta. Dush! Sekali kena kepala sendiri sebab masa tu aku pun bercinta jugak. Correction, sampai sekarang pun aku bercinta. Puppy love gitu. Aish! Kepala ni memang mintak kena ketuk.
Encik Pemandangan indah. Hehe, sengih ditarik lagi. Lebih lebar daripada tadi.
Gelaran tu aku yang bagi kat dia. Aku sendiri pun tak tahu la sebenarnya sejak bila aku ni jadi dia punya one of fan. Tup tup aku sedar yang aku mula selalu perhatikan dia. Senyum seorang tengok dia jalan kat koridor kelas. Gila! Mungkin sejak cerita tentang dia sejuk sikit kot, suam-suam pun takda dah time tu. Kawan aku ada je yang gilakan dia, tak suka!
Hari-hari aku duk tenung motosikal dia time lalu tempat letak motosikal guru. Haru kan? Tu la padahnya. Dulu aku jugak yang tak suka sangat kat dia. Kan dah kena, padan muka aku! Bak kata orang-orang tua dahulu dahulu besi sekarang parang, dahulu benci sekarang sayang. Ai, bukan terbalik ke pantun tu? Haha, tak apalah kalau terbalik pun. Janji dia punya maksud tu boleh faham.
Sampai la satu hari tu aku terkantoi ngan kawan baik aku, Basyirah yang jasanya dikenang selalu.
"Yana, kau tengok apa tu?" Opocot! Apalah Basyirah ni. Orang tengah berimaginasi, kot-kot nanti muncul Encik Pemandangan Indah macam F4 dalam drama Boys Over Flowers tu. Siap ada cahaya terang lagi kat belakang. Mimpi!
"Aku tengok pemandangan indah." aku menjawab. Pemandangan Indah. Dua perkataan itu duk main ulang tayang pulak dalam kepala ni. Padahal Basyirah kat sebelah dah sakan gelakkan aku.
"Kenapa kau gelak?" soalku. Padahal aku punyalah serius, sedap dengar dia gelak pulak dah.
"Yelah, kau cakap tadi kau tengah tengok pemandangan indah. Pemandangan indah apanya kalau dah sekolah ni? Bangunan batu tiga tingkat, bentuk segi empat. Dengan student laki pakai seluar hijau, baju putih. Budak perempuan pakai baju kurung putih ngan tudung ngan skirt biru. Indah ke tu? Alahai Cik Nur Dayana ni, ada apa-apa ke? Aliff datang meminang?" Panjang lebar pulak Ratu Tarzan ni cakap, dah tu sebut nama Encik Aliff pulak. Haru!
"Bukan la. Pemandangan Indah yang tu." Aku menuding jari ke arah bilik guru.
"Pemandangan. Indah. Maksud?" soal Basyirah. Kening kanannya naik. Dush! Aku tercakap kat Syirah ke ni? Alamak, kantoi! Baik aku diam. Sahabat di sebelah masih lagi merenungku.
"Hello? Cik Yana, kaunter pertanyaan tak bukak ke hari ni?" jelas soalan itu menagih jawapan.
"Tu la pemandangan indah." Amboi, panasnya muka aku! Malu ke? Yelah, dulu aku sendiri yang cakap kat Basyirah, aku tak suka cikgu tu. Aku malas nak tegur cikgu tu. Aku paling benci bila ada orang sebut pasal cikgu tu. Tapi, sekarang? Aish, kepala ni memang mintak kena ketuk dengan tempurung kelapa la.
Mulut Basyirah melopong. Terkejut barangkali.
"Kau ni biar benar? Bukan dulu kau cakap cikgu tu sombong ke? Bukan dulu kau ke satu-satunya student girl yang tak suka dia? Tapi, pemandangan indah?" Bertubi-tubi soalan-soalan itu diajukan padaku. Sekali nafas! Aish! Memang terkejut besar benar la agaknya budak Basyirah ni. Maunya tak terkejut, aku sendiri pun. Nasib baik kuat lagi daging-daging aku pegang jantung ni, tak la jantung aku melompat masuk longkang. Syukur!
Aku senyum menjawab soalan Basyirah, bahu aku naikkan.
"Yana!" Basyirah menjerit kuat memanggil namaku.
Itulah cerita tentang kisah aku yang kantoi skodeng Encik Pemandangan Indah.
Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya aku benci dua perkataan itu.
to be continued in the next post...
No comments:
Post a Comment