Continued from the previous page...
Wahai tuan sepatu kuning, sungguh kau buat hatiku terlupa akan dia.
"I am a beautiful girl, naneun neomu yeppeo!"
Telefon bimbit berbunyi menandakan ada pesanan ringkas diterima. Nama pengirim ku lirik, Aliff.
+ Hai awak! Saya balik kampung hari ni.
Oh? Aku lupa, hari ni hari jumaat. Aliff budak asrama, so patut la dia balik kampung hari ni. Skrin handphone di tangan aku renung. Fikiran dan hati mula berperang. Nak kena reply ke? Or tak payah reply? Akhirnya aku tekan jugak kekunci tu untuk membalas SMS Aliff.
- Hai. Oh ya? Terlupa la minggu ni giliran boys pulak yang stay-out.
Beberapa minit kemudian handphone berbunyi lagi.
+ Buat apa tu? Saya rindu awak la, budak comel.
Alahai, serius aku malas nak reply! Tapi tekan jugak.
- Hehe. Saya pun rindu awak jugak. Tengah baca buku je. Awak?
Dan seterusnya sesi berbalas SMS tu pun berlanjutan sampai la aku betul-betul malas nak layan budak Aliff. Sungguh la, aku malas dan aku jemu nak reply lelaki ni punya SMS. Kejam kan aku. Ah, esok aku cakap la yang aku tertidur!
Aliff, budak Form 6 Atas Efektif kat sekolah aku. Nak tau dia tu siapa? Dia la boyfriend aku! Boyfriend. Hee, mengenangkan perkataan yang satu tu la aku rasa parah. Aku pun tak tahu la macam mana aku boleh 'ter'couple dengan dia. Aku mengeluh panjang. Sungguh la, aku ni kenapa ni. Sekarang sekelumit rasa cinta pun tak ada kat Aliff. Sayang? Yang tu aku tak pasti pulak. Maybe dulu aku setuju nak jadi girlfriend dia sebab 'cinta kilat' la kot. Aku ingat lagi time tu...
"Yana, kulit awak makin cerah la sekarang ni. Dah la cute." Nettaline menegur aku yang baru sampai di kelas.
"Gunalah Safi Rania, rahsia kejelitaan wanita." sengaja aku mengusik.
"Mana ada putih la, jerawat je yang banyak." Aku menyambung lantas mengeluarkan cermin muka dari beg.
"Cantik la tu. Yana, ada budak form 6 suka kat awak." Papp! Pipi macam kena tampar. Siapa? Mamat perasan atau Encik Tulip?
"Net, siapa?" nada suaraku berbaur perasaan ingin tahu, dan teruja?
Sebaik aku mengaju soalan, pantas Nettaline menekup mulut. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Dia berbalas pandangan dengan kembarnya, Natalina. Aku menaikkan kening tanda bertanya.
"Sorry la Yana, nanti kau tahu sendiri la ya. Aku memang tak boleh cakap." Cuak muka Nettaline nyata hingga ke nada suara. Dia pandang muka Natalina lagi, lawak la! Spontan ketawaku pecah di situ.
Biarlah siapa-siapa pun nak suka aku. Padahal dalam hati aku harap sangat la orang tu pemandangan indah mamat perasan ataupun Encik Tulip. Tapi rupanya aku silap! Build a castle in the air, mimpi tak berapa nak indah di siang hari la. Sebab, beberapa hari lepas tu...
"I am a beautiful girl, naneun neomu yeppeo!" telefon bimbit aku berbunyi.
+ Hai Yang Berhormat!
Yang berhormat? Nama pengirim, Aliff. Aik, sejak bila pulak la orang ni tahu yang ni nombor handphone aku ni. Padahal aku kenal dia pun tak, apa lagi dia. Kenal aku pun tak. Cuma hari tu je aku bertegur dengan dia pasal Cikgu Sim sedekah aiskrim kat budak drama. Pelik! Aku simpan nombor budak Aliff ni pun sebab hari tu aku nak pujuk dia supaya reply kawan aku punya SMS, Atiasya. Atiasya tu minat gila kat budak Aliff ni. Dalam kepala perang dah mula. Nak reply ke? Tak payah reply? Nak reply ke, tak? Akhirnya aku tekan jugak kekunci handphone.
+ This is not area perbahasan la. Yes Mr.Aliff?
- Alaa, takpa la saya panggil awak yang berhormat. Saya respect awak sebab pandai berbahas! Saya nak berkenalan, boleh?
Pelik! Ni memang pelik tahap paling tinggi dalam banyak-banyak pelik dah ni. Lantas aku mencari satu nama dalam aku punya contact list. Hah, jumpa pun! Nettaline.
+ Ola! Net, nak tanya. Aliff SMS aku, kau tahu apa-apa ke?
Tak sampai seminit, telefon berbunyi nyaring.
- Ola! Yes dear friend, he likes you.
He what? Oh no! Sangkaanku meleset. Bukan mamat perasan tu yang jatuh hati kat aku. Dan bukan jugak Encik Tulip. Kecewa. SMS Net dibiar bergantung tak bertali, malas dah aku nak reply. Mesej Aliff dicari dalam inbox, dan aku reply.
- Dah memang kenal, buat apa nak kenal lagi?
+ Saya nak kenal yang berhormat lebih rapat lagi la. Boleh tak?
- Hmm. Boleh je, tapi esok la. Sebab sekarang saya nak tidur. Mengantuk la. Goodnight!
Sengaja aku mencari alasan. Kepala betul-betul tak dapat pusing ni. Nak Doraemon! Doraemon kan banyak barang yang luar biasa ni, mana tau ada mesin pengisar ke nak kisar balik apa yang dah beku dalam kepala aku ni.
Esoknya aku sengaja melawat kelas 6 Atas Bestari, nak jumpa Kak Aina. Lama jugak la aku usha-usha Kak Aina, baru la aku dapat jawapan apa sebenarnya jadi kat budak Aliff tu sampai dia boleh terjatuh cinta kat aku ni. Budak form 3 je pun, dan dia... Upper 6?
"Ingat lagi tak malam hari tu, yang Cikgu Sim bagi aiskrim koperasi kat geng drama?" Aku hanya mengangguk.
"Malam tu kawan akak cakap Yana ada pergi masuk bilik sakit kan?" Angguk lagi. Curious ni! Terasa dan bunga-bunga cinta dalam jiwa. Aish! Bunga-bunga cinta? Kepala ni memang la, mintak kena ketuk ngan tangan kiri.
"Malam tu, Aliff ada dalam bilik sakit. Dia bagitahu kawan akak yang Yana ni cute sangat-sangat. First time dia nampak Yana kat sekolah ni, malam tu. Akak rasa macam fall at the first sight la tu." Wah! Fairytale la. Ada jugak rupanya kisah Cinderella-Snow White ni dalam hidup aku. Love at first sight!
"Lepas tu masa kawan akak nak pergi hantar aiskrim pergi bilik tempat korang berlatih, Aliff pun ada sekali kan? Dia sebenarnya sengaja nak pergi, nak tengok muka adik akak ni. Memang dia betul-betul jatuh cinta la kat Yana." Muka terasa merah! Bukan merah marah, tapi merah malu! Haha, haru la kau Nur Dayana!
Buat malu je. Dah la malam tu sakan aku buat-buat kenal kat budak Aliff tu. Padahal tak kenal pun. Sebenarnya saja je nak usik Aliff ngan aiskrim dia yang terlebih sedap malam tu. Ingatkan nak cari jalan satukan dia dengan Atiasya. Tapi, bala pulak dah datang. Aliff sangkut kat aku! Apa aku nak jawab kat Atiasya?
Dan begitulah seterusnya, aku pun berkawan dengan Aliff. Sampai la satu hari...
"Saya, Aliff Omar bernombor kad pengenalan 901905-13-5057 ingin bertanya kepada Cik Nur Dayana, adakah dia sudi untuk menjadi teman wanita saya?" SMS itu dihantar sebelum Aliff berangkat pulang ke asrama. Senyuman di bibirku berbunga. Ya, aku juga sudah jatuh cinta!
"Saya Nur Dayana bernombor kad pengenalan 951205-13-5750 ingin menjawab pertanyaan Encik Aliff Omar, ya sesungguhnya saya sudi."
Aliff Asyraaf dan Nur Dayana pun, couple. Imbas kembali tamat!
Tapi sekarang aku sendiri pun tak tahu. Serius, hati aku tawar habis untuk dia. Mula-mula couple tu ada la jugak aku rasa happy sikit. Tapi lama-kelamaan makin tak ada rasa la kat dia. Macam tu pun, aku layan je. Yelah, orang cakap times can make you fall in love with someone even if you don't love him at the very first. Siapa tahu kan tiba-tiba aku boleh jatuh cinta yang bukan cinta kilat kat Aliff. Dush! Kepala aku ketuk ngan tangan kiri. Sedap je fikir pasal cinta ni. Padahal PMR pun tak duduk lagi.
Hati aku betul-betul tawar. Kenapa?
"Sebab Encik Pemandangan Indah." Hati menjawab pantas.
"Hey, dia tu cikgu aku la!" Otak lagi pantas mencerna tangkisan kepada statement melulu hati.
"Assalamu'alaikum cikgu. Doa." Rizquan mengetuai ucapan salam. Semua yang duduk, terus angkat kepala dan berdiri termasuk aku. Mata aku membulat, terkejut! Haila.. Haila.. Hari ni ada bala apa?
Tepat kat depan meja aku duduk, berdirinya insan itu. Encik Pemandangan Indah. Doa yang Yanaca oleh Rizquan tak terdengar lagi oleh telinga. Sebab seluruh anggota badan aku dah terkaku terkedu. Dia sit-in. Eh, pasal apa aku ni malu sangat. Aku suka dia ke? Aish, ketuk kepala! Kalau 1000 budak perempuan kat sekolah, memang 1000 orang tu semua gilakan dia la kot. Termasuk, guru-guru perempuan? Haha, memang! Dan soalan itu dibiarkan dalam fikiran tanpa jawapan.
Sepanjang kelas tambahan tu aku diam. Tunduk je rajin menjawab soalan Kemahiran Hidup bersepadu dengan Basyirah. Sesekali aku menjeling, Nettaline senyum-senyum. Aku tahu selama ni memang dia suka sangat kat cikgu Pemandangan Indah tu. Aku menarik bibir, mencebik. Gatal la tu, padahal dah ada boyfriend! Aish, bukan aku pun ada boyfriend ke? Terasa nak hantuk kepala kat dinding. Sekurang-kurangnya aku tak la tunjuk yang aku suka tengok dia tu. Otak pantas menjawab. Sebal kat kawan perempuan yang mula tunjuk miang!
Esoknya dia sit-in lagi. Kali ni ganti ustazah yang tak dapat hadir kelas agama pulak. Hehe, aku sengih nakal! Seronoknya kalau tak ada guru kelas tambahan hari-hari. Muka cikgu yang seorang ni je sit-in, aku sanggup!
"Kerja awak berdua dah siap?" Ting! Soalan itu melenyaphabiskan tawa aku dan Basyirah. Aku tunduk, malu.
"Belum cikgu." Basyirah menjawab satu-persatu. Nada suaranya berbunga takut.
"Kalau tak siap lagi kenapa bercakap?" soal Encik P.I. Bibirnya mengukirkan senyuman, yang boleh buat semua orang cair. Serius! Hey, ni bukan kisah dalam mimpi aku ke? Kes mimpi jadi nyata ni.
"Tu Dayana cikgu, gelak-gelak." Aish! Apa pulak ni, Basyirah sebut nama aku. Memang haru. Aku mengangkat muka, cuba untuk melihat riak cikgu di hadapan. Dia tengok aku, kening dinaikkan. Tanda apa tu? Oh, bertanya. Otak ni memang la, boleh pulak tak boleh pusing depan dia. Senyum sikit, Cik Nur Dayana.
"Tak ada apa-apalah cikgu. Buku ni yang lawak." Buku di tanganku dinaikkan. Buku nota Pendidikan Islam Tingkatan 3.
"Apa yang lawaknya?" Dia melangkah ke arah aku. Mencapai buku yang aku pegang. Aku senyap, Basyirah diam tak berkutik. Padahal menahan ketawa.
"Page berapa?" soalan berbunga cuak itu membuatkan tawa aku dan teman sebelah tak tertahan. Automatik tawa kami meletus!
Mata cikgu menjegil kepada aku dan Basyirah. Dah dah, siap!
"Page belakang sekali." ujarku menghentikan tawa serta-merta. Brek ketawa ditahan sekuat tenaga. Umpama lampu isyarat tepi jalan daripada colour hijau terus bertukar merah, tak sempat colour oren nak menunjukkan rupa. Haha, sengih jahat. Kejam la aku punya anologi.
"Page belakang sekali." ujarku menghentikan tawa serta-merta. Brek ketawa ditahan sekuat tenaga. Umpama lampu isyarat tepi jalan daripada colour hijau terus bertukar merah, tak sempat colour oren nak menunjukkan rupa. Haha, sengih jahat. Kejam la aku punya anologi.
"Pesanan Cikgu Nasir time perhimpunan, jangan berdua-duaan time sekolah tak ada orang. Tapi kalau ada orang, dipersilakan. Gangguan seksual, begitu mengancam dan menakutkan ." Encik Pemandangan Indah membaca nota yang aku tertulis kat pade belakang sekali buku tu. Aish! Kantoi. Memang la tadi Cikgu Nasir cakap jangan berdua-duaan time sekolah tak ada orang. Ayat belakang sekali yang Encik P.I cakap tu, aku la yang tambah. Yelah, betul la tu. Sebab Cikgu Nasir cakap time tak ada orang je tak boleh berdua-duaan. Haha, lagi satu ! Gangguan seksual tu memang Cikgu Nasir yang cakap. Tapi.... Yang “begitu mengancam dan menakutkan” tu aku sendiri yang tambah. Sengih busuk.
Muka aku dah merah menahan malu. Try tengok muka cikgu jap! Dia tahan ketawa la. Sukanya aku, dia ketawa dan senyum pun sebab aku.
"Dah, jangan ketawa lagi. Buat kerja, tak siap nanti cikgu report kat ustazah." Eleh! Padahal yang bercakap tu pun dah terlepas ketawa sikit, nak larang orang ketawa konon.
"Dah siap la cikgu. Apa lagi yang nak disiapkan." ujarku sengaja. Dia hanya menoleh dan tersenyum.
Sesi senyap seketika. Tapi aku jugak yang masih berangan, sebab tengok dia senyum kat aku tadi la ni.
"Cikgu, kenapa cikgu pakai selipar kuning? Macam Digi la, bersamamu." terdengar satu suara. Nur Hidayah. Ek, bukan budak perempuan tu ke yang aku dengar ura-ura ada rapat sikit dengan Encik P.I ?
"Sebab tak ada selipar colour lain kat kedai, tinggal kuning ni je." Semua orang gelak dengar jawapan Encik P.I termasuk aku sekali.
"Lawak la. Tak ada lelaki yang pakai selipar macam tu. Cikgu seorang je." Aik?
"Bukan tak ada, awak tu yang tak pernah tengok." Sejurus selepas Encik P.I menjawab, tiba-tiba Ustazah Zarina masuk kelas. Semua senyap. Almaklumlah, Ustazah Zarina tu garang tau. Aku nampak ustazah bercakap dengan Encik P.I , tapi aku tak dengar pulak apa yang dorang cakap tu. Lepas tu, Encik P.I berjalan keluar kelas. Nak balik dah?
"Cikgu!" Aku memberanikan diri, hati dan segala perasaan untuk memanggil Encik P.I .
Dia menoleh. "Ya?" soalnya.
"Esok, pakai selipar pink ya?" ujarku sengaja nak tunjuk nakal. Mata kanan dikenyitkan. Tunjuk cute. Hehe, sengih jahat!
Dia senyum. Suasana sekeliling macam dah bertukar time Rose dengan Jack dalam kapal Titanic je aku rasa time tu. Dan lepas tu aku tak ingat apa-apa. Slow motion...
"Eh Nur Dayana, tak payah nak menggatal!" suara itu melenyapkan segala angan-angan aku tentang Rosa, Jack dan Titanic. Haru! Kepala ni memang nak minta kena ketuk dengan tempurung kelapa la. Aku ni la kan, dah la depan Ustazah Zarina.
Haru!
to be continued in the next post...
No comments:
Post a Comment