This is what you need to read :)

My photo
Mukah, Sarawak, Malaysia
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Friday, December 30, 2011

Mahabbah Pelangi Ilahi - part iii

continued from the previous post...

Duhai hati... Kenapa kau selalu jatuh pada yang tak pasti? Kenapa harus kau jatuh pada dia, dan bukan pada dia?

"Siapa lagi dalam kelas ni yang bercinta? Cepat bagitahu saya sekarang." Suara Cikgu Hanani memecah kesunyian dalam kelas 3 Bestari. Kelas aku. Satu kelas diam tak berkutik, masa ni pijak semut pun tak mati la kot.

"Tak ada sesiapa mengaku?" Suara itu naik beberapa oktaf. Sudah! Cikgu Hanani ni guru kelas aku. Dia baik sangat! Tapi kalau dah marah tu, siap la. Kalau kerbau tu ada dua tanduk, Cikgu Hanani lagi banyak bertanduk-tanduk. Aish! Kepala ni memang nak kena ketuk ngan tangan kanan. Mengata orang tua jangan sekali.

"Bonda tau siapa yang bercinta dalam kelas ni. Awak semua diam ingat bonda tak tahu? Nettaline dan Nur Adibah. Berapa lama lagi nak PMR?" Nama aku pun kena sebut sekali? Bukan hal aku dan Daniel aku dah simpan ketat-ketat, rapat-rapat, erat-erat ke? Haila..
Soalan dibiarkan tidak berjawab. Nettaline yang duduk di barisan belakang aku jeling dari ekor mata. Dia tunduk. Seram barangkali sebab bonda dah bertukar jadi mommy pulak kat depan kelas. Mommy Monster. Haru!

"Lepas ni, kalau Nettaline fail Math, siap la boyfriend awak. I don't want because of your so-called puppy love tu, rosak masa depan." Aik, Nettaline je? Nama aku tak kena sebut pun. Hehe, sengih jahat. Yes! Aku memang seorang budak yang excellent dalam kelas ni. Naik bangga sikit.

"Dah, do your work. Bonda nak jumpa Pengetua sekejap."
"Take your time, bonda. Not to worry." Kedengaran beberapa suara menjawab, jawapan piawai kelas aku tu. Jawapan piawai yang membawa maksud 'tak apa cikgu, pergilah. Lagi lama lagi bagus'. Lepas tu, satu kelas gelak jahat. Kalah tau gelak jahat Mat Kacau dalam Gerak Geri Gasing kat Astro Ceria tu, sebab kami punya gelak lagi berkali-kali ganda jahatnya.

Mommy Monster tak jadi mengamuk. Kerja aku dah siap. See, kan aku dah cakap yang aku ni budak excellent. Cepat je buat kerja. Naik bangga sikit. Aish, haru! Asyik-asyik nak ujub je aku ni. Kepala ni memang la nak kena ketuk. Bukan tempurung kelapa ke tangan kanan, kali ni pukul dengan tukul besi kuku kambing pulak. Aish!

"Diba, teman aku pergi toilet." Kacau daun betul la Basyirah. Orang baru nak landing kepala kat meja ni. Aku buka mata. Basyirah tengok aku, buat-buat muka pengemis dia tu. Suara terlebih gula la pulak, bertukar mode Ratu Tarzan dia tu jadi gadis Melayu Terakhir yang sopan lagi lemah-lembut. Ah, hati aku tak lut pun dek suara tu! Mata ku tutup kembali. Signal suruh Basyirah pergi ajak orang lain.

"Baik, kalau kau tak nak. Aku pergi cakap kat Daniel pasal Encik Pemandangan Indah yang you-know-who tu." Basyirah tarik muka. Aish! Haru la budak ni. Main ugut-ugut pulak. Mata ku buka, sengaja dibulatkan sekejap. Apa la Basyirah ni.
Malas bercakap, aku berdiri. Berjalan keluar kelas.
"Tu nak pergi mana pulak tu?" soal Basyirah. Kening dinaikkan, tanda bertanya. Haila... Haila... Haila... Am i being friend with a child of 4 years old?
"Pulak dah, tadi cakap nak pergi toilet kan?" Aku menggaru kepala yang tak gatal, tapi sebal. Basyirah menarik sengih lalu berjalan ke arahku. Tanganku dicapai.
"Jum."

Perkara yang paling aku lemah sekali kalau pergi toilet ni ialah aku kena lalu kelas 6 Atas Efektif. Atau dalam bahasa lagi mudah nak faham, kelas Daniel. Kalau lalu kelas 6 Atas Gemilang ataupun 6 Bawah Efektif, aku rasa okey lagi. Kelas mamat perasan dan Encik Tulip. Tapi kelas Daniel, fuh. Aku mengeluh.
Aku rasa mesti budak tu perasan yang aku dah bo-layan dia sangat sekarang ni. Dan aku tak pasti kenapa. Sebab... Aku tak suka dia... Kot?


Dua minggu dah berlalu. Tapi satu hari pun dalam dua minggu tu, Encik Pemandangan Indah tak masuk kelas. Memang la Encik P.I tak ajar aku punya kelas, tapi kenapa sit-in pun guru lain je? Parah aku ni.

Jam dinding kelas menunjukkan tepat 5.00 petang. Yes! Masa untuk balik rumah, hati tersangatlah gembira. 
"Wahai Cik Basyirah Bakar, jum la kemas barang. Cikgu nak keluar dah."
"Aye aye ma'am!" Basyirah bangkit. Tanpa menunggu arahan guru, meja aku dan Basyirah licin. Kosong, tak tinggal satu buku apa pun. Semua dah masuk dalam beg. 

Kringg! Loceng, loceng berbunyi! Maksudnya masa untuk balik, maksudnya masa untuk balik! Dalam kepala aku dah nyanyi-nyanyi lagu guna tune Wonderpets, tapi liriknya aku sendiri yang reka.

"Diba." Suara Basyirah memanggil penuh bunga-bunga cuak. Tangannya menggamit-gamit bahu ku.
"Ada apa?" Pelik la Ratu Tarzan ni. 
"Tu, kat luar." Jari Basyirah menuding ke luar kelas. Aku menoleh.
Kedebuk! Hati aku jatuh kat lantai. Eh bukan. Aku jatuh hati kat insan yang lalu kat depan kelas. Encik Pemandangan Indah. Dia menoleh. Tapi... Aku terus alih pandang.
"Tak nak la aku tengok. Aku merajuk, serius! Dia dah lama tak masuk kelas." Kataku pada Basyirah.
"Laa, sampai macam tu sekali? Tolong la, Cik Diba. Puppy love kau extreme sangat dah ni. Daniel kau nak taruk kat mana?" Aku mencebik bibir. 
"Longkang." Dengan selambanya tanpa berfikir, aku menjawab.
"Budak ni la kan. Dulu bukan main kau benci kat cikgu lelaki yang seorang tu. Nah, sekarang bila dah jatuh suka? Padan muka!" Mendengarkan itu, aku mencebikkan bibir lagi. Kemudian, tawa halus pecah dari bibir.
"Budak lain pun suka dia jugak. Tapi yelah, suka macam tu sebab dia cikgu. Kau ni lain pulak, angan kot-kot dah mencecah langit. Sampai mana dah? Kalah tak tinggi Gunung Kinabalu?" Ujar Basyirah belum puas berkhutbah. Basyirah, are you preaching me? Haru!

Extreme sangat ke kalau aku suka dia pun? Normal la kan, cinta itukan fitrah. Tak mengenal usia! Umur itu angka. Tapi, memang. Aku rasa aku salah. Sebab, aku suka dia? Tak salah aku suka dia. Tapi...
Aku punya perasaan dah melampau-lampau. Betul jugak apa yang Basyirah cakap tadi. Angan-angan aku dah tinggi mencecah langit. Aku mengeluh, panjang. Basyirah yang berjalan di sebelah aku jeling.
Cik Basyirah, angan-angan aku tak ada la sampai tinggi Gunung Kinabalu. Tapi rasanya tinggi Twin Tower tu dah kot. 

"Daniel aku nak taruk kat mana?" Ayat tanya Basyirah main wayang berulang-ulang kat kepala. Macam Mp3 player main loop track yang sama je.

Daniel Asyraaf. Lelaki itu ataupun dalam ayat mudah, boyfriend aku. Aku nak taruk kat mana? Serius, hati ni dah tawar gila-gila kat dia. Kalau letak garam secubit, memang tak berubah rasa. Tawar. Letak dua cubit, tiga empat lima cubit garam pun tak akan berubah rasa. Aku dapat rasa, hati aku memang tawar setawar-tawarnya kat dia. Aish! Kepala ni la kan. Tengah jiwang-jiwang tak berkarat ni pun nak berlawak dengan diri sendiri ke? Kepala memang nak mintak kena ketuk dengan tempurung kelapa.

Daniel Asyraaf. Aku minta maaf. 
Sebelum ini aku menyukai Daniel bukan kerana aku mencintai dia.
Tetapi...
Aku menyukai Daniel kerana dia mencintai aku.



to be continued in next post...

Salam'alaik . Jazakallah khairan kerana membaca di blog ana . Maaf andai ada perkataan ana yang kurang menyelesakan . Ana juga manusia yang sering khilaf . Datang lagi ya . Doakan ana ! ^___^

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Mahabbah Pelangi Ilahi :

Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya dia benci dua perkataan itu.Masa berlalu seperti biasa, seterusnya meninggalkan cerita benci keterbelakang. Tapi, suatu pertemuan itu itu membibitkan rasa yang tak pasti. Suatu perkenalan itu merubah kebencian menjadi satu rasa. Rasa yang indahnya bagai dunia sentiasa dipenuhi rona-rona pelangi yang tak akan pernah pergi biar malam menjenguk siang.
Benarlah kata orang, cinta itu tidak akan suci tanpa redha Ilahi. Di tengah perjalanan menuju redha Pencipta, syaitan berjaya merasuk kononnya cinta Islamik. Pada hakikatnya, ISLAMIK ROMANTIK.
Namun bila cahaya hidayah hadir di jiwa, Allah menggunakan kesakitan setelah beribu dosa itu untuk dia dan dia mencari cinta-Nya. Kerana hati dia dan dia, dekat pada Dia, syaitan akhirnya tewas membuai rasa.

Hawa menuju Pencipta.
Adam mencari Pencipta.
Kerana dengan cinta Pencipta, mereka melahirkan cinta.

Selamat membaca !

This is the link of the first post of Mahabbah Pelangi Ilahi :