This is what you need to read :)

My photo
Mukah, Sarawak, Malaysia
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Monday, October 17, 2011

Kad untuk Abah .. Abah , adik rindu .....

Al-Fatihah buat abah ..

Ya Allah ..
Sungguh , aku rindu abah .. Aku rindu abah sangat-sangat ..
Moga setiap air mataku mengalir bersama untuk untuk arwah abah ..
Betapa aku rasa aku perlukan abah saat ni .
Semakin hari aku rasa aku makin rindukan kehadiran abah dalam family ..
Ya Allah , hari-hari berlalu semakin meningkatkan kerinduanku buat arwah ..
Aku menangis . Malam ni , aku menangis lagi .
Aku rindu abah ! Aku rindu suara abah ! Aku rindu sangat-sangat !
Aku bukanlah rapat dengan abah sebab abah selalu tak da kat rumah masa dia masih hidup .
Kak odah yang rapat ngan abah .
Mana-mana abah nak pergi mesti abah bawak dia .
Abah baik sangat . Abah , adik rindu ..
Aku menangis , bukan sebab aku tak redha pemergian abah 6 Syawal 1429 yang lepas .
Aku menangis sebab aku rindu , aku sayang .
Masa tu , aku budak nakal . Sangat nakal , selalu nak menang sendiri .
Aku dah besar tapi aku ikut kata hati .
Tapi aku sayang abah walaupun aku macam tu .
Aku sayang abah !!!!!!!! Tanpa abah , siapalah aku .
Dan , aku menangis lagi . Aku terlalu rindukan abah ..
Dan sekarang aku rasa , family aku betul-betul perlukan abah .


Abah , adik sedih ..
Abah , adik mintak maaf atas segala silap dan salah adik kat abah sepanjang adik hidup bersama abah .
Abah , adik mintak maaf sangat-sangat atas apa-apa dosa yang adik pernah lakukan , yang ayah terpaksa tanggung sendiri .
Abah , adik tengah usaha nak tolong abah kat akhirat nanti .
Abah , adik nak tolong abah , adik nak tambahkan amalan kebajikan supaya dapat bantu abah .
Adik sedih , adik selalu buat masalah dulu tapi adik tak pernah fikir siapa yang tanggung dosa yang adik buat masa tu .
Abah , nak abah !

Aku ingat lagi , sempena Hari Bapa 2008 .
Cikgu pendidikan seni suruh satu kelas buat kad untuk bapa masing-masing .
Aku buat 1 kad , cantik kad tu . Bukan aku nak puji diri sendiri , tapi kad tu memang cantik sangat ! Special untuk abah .
Masa tu , aku tinggal rumah nenek , kak odah tinggal rumah mak cik .
Mak kat sibu , kak mit kat sibu , manjul kat sibu , dorang jaga abah kat Hospital Sibu .
Berbulan-bulan abah kena tahan kat wad .
Abang emi sekolah kat Sibu . Kak rah masa tu kat KL , training nurse .
Aku tinggal sorang ngan nenek , sunyinya hanya Allah yang tau .
Bila cuti hujung minggu lepas aku buat kad untuk abah tu , mak telefon suruh pergi jenguk abah kat Hospital Sibu .
Lepas tu , mak cik pun hantar aku pergi Sibu , aku bawak kad untuk abah .
Tapi sampai Sibu , mak cakap abah macam dah tak sedar .
Abah macam tak tau apa-apa kat sekeliling dia .
Abah diserang sawan , badan dia kembang-kembang . Sedihnya aku tengok keadaan abah time tu .
Aku nak bagi kad tu kad abah , tapi bila abah dah sembuh .
Aku tunggu masa nak bagi kat abah .
So , aku balik kampung tanpa bagi kad tu kat abah .

Beberapa bulan kemudian , abah balik rumah .
Doktor suruh balik , dia kata abah dah tak ada harapan untuk sembuh .
Hancur luluh selurah perasaan aku .
Tapi aku tetap doakan abah .

Malam tu , 6 Oktober 2008 bersamaan 6 Syawal 1429 .
Aku , Manjul , Kak Rah , Kak Odah kat dapur lepas Maghrib .
Kitorang makan , pastu gelak-gelak . Kami langsung tak sedar apa yang jadi kat dalam bilik .
Pak Wa aku datang kat kami , "Dbah , Jul , Rah , Odah . Pergi salam abah kat dalam bilik ."
Terus ketawa kami mati kat situ jugak , terus masuk bilik !
Saat aku genggam tangan abah , sejuknya ya Allah ! Abah dah nak pergi ..
Aku tengok dada abah dah tak berombak . Abah dah pergi !
Innalillahiwainnailaihiroji'un ...
Aku menangis . Redha . Abah sakit bertahun-tahun , aku tau bukan sedikit pengorbanan mak nak jaga abah .
Sesungguhnya setiap yang hidup akan mati .
Dalam sedih , dalam redha , aku terkilan .
Aku tak sempat nak bagi kad Hari Bapa aku kat abah , aku tak sempat nak bagi abah tengok !
Aku salahkan diri sendiri , kenapa aku tak bagi je walaupun abah sakit dah tak kenal orang sekeliling ?
Kenapa aku tak bagi ?!
Malam tu aku pergi masuk bilik aku sorang-sorang , carik kad yang aku buat .
Aku menangis sambil baca apa yang aku tulis dalam kad tu .
Aku ada letak gambar abah dan gambar aku dalam tu .
Aku rindu . Aku menyesal tak bagi abah kad tu .
Walaupun dah lama berlalu , sampai sekarang aku masih terkilan sebab tak sempat nak bagi abah kad tu .
Aku terkilan sangat ...
Sungguh ...
Aku tekilan ....

Al-Fatihah .
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang .
Segala puji bagi Allah , Tuhan sekalian alam .
Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang .
Pemilik hari balasan .
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan ,
Tunjukilah kami jalan yang lurus .
Yaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepadanya , bukan jalan mereka yang dimurkai , bukan pula jalan mereka yang sesat .
Ameen .
Salam'alaik . Jazakallah khairan kerana membaca di blog ana . Maaf andai ada perkataan ana yang kurang menyelesakan . Ana juga manusia yang sering khilaf . Datang lagi ya . Doakan ana ! ^___^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Mahabbah Pelangi Ilahi :

Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya dia benci dua perkataan itu.Masa berlalu seperti biasa, seterusnya meninggalkan cerita benci keterbelakang. Tapi, suatu pertemuan itu itu membibitkan rasa yang tak pasti. Suatu perkenalan itu merubah kebencian menjadi satu rasa. Rasa yang indahnya bagai dunia sentiasa dipenuhi rona-rona pelangi yang tak akan pernah pergi biar malam menjenguk siang.
Benarlah kata orang, cinta itu tidak akan suci tanpa redha Ilahi. Di tengah perjalanan menuju redha Pencipta, syaitan berjaya merasuk kononnya cinta Islamik. Pada hakikatnya, ISLAMIK ROMANTIK.
Namun bila cahaya hidayah hadir di jiwa, Allah menggunakan kesakitan setelah beribu dosa itu untuk dia dan dia mencari cinta-Nya. Kerana hati dia dan dia, dekat pada Dia, syaitan akhirnya tewas membuai rasa.

Hawa menuju Pencipta.
Adam mencari Pencipta.
Kerana dengan cinta Pencipta, mereka melahirkan cinta.

Selamat membaca !

This is the link of the first post of Mahabbah Pelangi Ilahi :