This is what you need to read :)

My photo
Mukah, Sarawak, Malaysia
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Sunday, October 16, 2011

Lelaki yang aku .......

Lelaki yang aku sayangi ,
bersyukur dengan apa yang ada, yang menerima diriku seadanya, yang bersabar dengan apa yang tiada, cinta kepada hidup yang sederhana, yang tidak bermata dunia . .

Lelaki yang aku sukai,
adalah sejuk mata memandang, dek terlihat keluhuran akhlaknya, menjadi sumber ketenangan jiwa, bila hati bergelora . .

Lelaki yang aku idami,
adalah yang mengingatkan hatiku kepada, Ar-Rahman dan Ar-Rahim, bila rohku melupai janji kepada Ilahi, yang mendidikku apa yang tidakku ketahui . .

Lelaki yg ku kasihi,
adalah pencinta Tuhannya, yang mengalir cinta, takut dan harap, yang menguasai perjalanan hidupnya setiap masa, sehingga Dia memanggilnya . .

Lelaki yang ku rindui,
adalah lelaki yang wajahnya terpancar, sinar nur Ilahi, lidahnya basah dengan zikir, disudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah . .

Lelaki yang ku cintai,
yang menutup pandangan dari, melihat benda-benda yang mengghairahkan, kehormatan diri menjadi mahal nilainya, biarpun nama tidak terkenal di bumi, tetapi di langit, ia disanjung tinggi . .

Lelaki yang ku sanjungi,
menjadi dian pada dirinya serta diriku, menjadi pelita kepada putera - puteriku, untuk meneruskan perjuangan di kemudian hari.

Semoga lelaki yang selalu berada dalam doaku, adalah bakal SUAMIKU . . . Amin Ya Rabbal 'alamin . .  

Salam'alaik . Jazakallah khairan kerana membaca di blog ana . Maaf andai ada perkataan ana yang kurang menyelesakan . Ana juga manusia yang sering khilaf . Datang lagi ya . Doakan ana ! ^___^

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Mahabbah Pelangi Ilahi :

Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya dia benci dua perkataan itu.Masa berlalu seperti biasa, seterusnya meninggalkan cerita benci keterbelakang. Tapi, suatu pertemuan itu itu membibitkan rasa yang tak pasti. Suatu perkenalan itu merubah kebencian menjadi satu rasa. Rasa yang indahnya bagai dunia sentiasa dipenuhi rona-rona pelangi yang tak akan pernah pergi biar malam menjenguk siang.
Benarlah kata orang, cinta itu tidak akan suci tanpa redha Ilahi. Di tengah perjalanan menuju redha Pencipta, syaitan berjaya merasuk kononnya cinta Islamik. Pada hakikatnya, ISLAMIK ROMANTIK.
Namun bila cahaya hidayah hadir di jiwa, Allah menggunakan kesakitan setelah beribu dosa itu untuk dia dan dia mencari cinta-Nya. Kerana hati dia dan dia, dekat pada Dia, syaitan akhirnya tewas membuai rasa.

Hawa menuju Pencipta.
Adam mencari Pencipta.
Kerana dengan cinta Pencipta, mereka melahirkan cinta.

Selamat membaca !

This is the link of the first post of Mahabbah Pelangi Ilahi :