continued from the previous post...
Sakit? Kecewa? Semua kerana kau. Siapa kau? Tapi kenapa lagi sakit dan kecewa bila aku tahu tu bukan kau?
Sakit kepala ni dah lain macam. Kepala ni memang spesies pelik sikit, susah la sangat nak sakit. Tapi sekali dah sakit, macam ni la. Macam kena apit dengan spanar saiz sebesar gergasi je. Kepala tengah sakit ni pun boleh lagi aku main-main dengan anologi luar alam. Ni la akibatnya banyak sangat baca benda-benda tak betul. Jadinya kepala pening sampai tak betul.
"I am a beautiful girl, naneun neomu yeppeo!"
Telefon bimbit yang berbunyi tepi bantal tempat aku landing kepala berbunyi. Sekilas nama pengirim SMS ku baca. Ratu Tarzan. Dia nak apa?
+ Salam. Diba, kau okey ke? Tadi aku telefon rumah, mak kau cakap kau pening.
Aku mengeluh panjang. Tak tau nak dibalas macam mana SMS Basyirah. Aku memang salahkan dia sebagai penyebab kepada sakit yang aku rasa sekarang. Boleh dia selamba tak bagitahu yang cikgu sit-in hari tu pemandangan indah aku. Dia tahu aku suka, tapi kenapa dia diamkan? Atau, Basyirah pun suka Encik Pemandangan Indah? Kepala ni rasa makin sakit !
- Wassalam. Demam.
Ringkas SMS balasan ke telefon bimbit Basyirah. Nak taip apa panjang-panjang, takkan aku nak bagitahu yang aku tengah sakit hati, sakit kepala dan demam sebab dia kot. "I am a beautiful girl, naneun neomu yeppeo!" Telefon berbunyi lagi.
+ Jangan lupa makan ubat ya. Esok kalau tak sihat lagi, tak payah datang sekolah.
Aku mencebik bibir. Kalau betul la Basyirah tu suka Encik Pemandangan Indah, tentu dia lagi suka kalau aku tak datang sekolah. Senang la dia nak mengurat orang tua tu.
- Kenapa kau tak bagitau aku yang semalam Encik P.I sit-in ?
Seminit... Dua minit...
Menagih jawapan tapi tak ada balasan. Sungguh, aku tak puas hati. Dah la aku kurang ajar benar semalam. Cikgu masuk kelas, aku tak bangun. Kalau aku tak bangun tu, maksudnya sama dengan aku tak bagi greeting piawai kat cikgu, tak baca doa sama-sama dengan kawan-kawan yang lain dan secara tidak langsung menunjukkan yang aku langsung tak hormat guru.
Lepas tu pulak aku boleh tidur selamba badak je, sedangkan ada guru dalam kelas. Ustaz Nasir dah banyak kali pesan jangan tidur dalam kelas. Lagi satu kesalahan disiplin, tidur dalam kelas. Bila dengar kelas bising, pandai pulak aku nak marah, menjerit-jerit tegur kawan-kawan bising. Padahal dorang tak cakap apa pun bila aku tidur. Lagi-lagi dorang tahu aku bawa handphone untuk dengar lagu, tak pulak mereka bising lapor kat cikgu. Time Basyirah bagitahu yang cikgu tengah tengok aku tu, lagi la kurang ajar benar aku rasa part tu. Sebab aku buat bodoh je terus tutup mata dan landing kepala atas meja walaupun cikgu tengah tengok aku. Aish ! Satu perkataan je dapat describe, teruk! Kepala dengan badan badan sekali memang nak kena paku, sebab malu. Lepas tu, harusnya kena ketuk dengan tukul besi kuku kambing saiz giant !
Teruknya perangai aku alahai. Sebabnya hanya satu. Sebab aku tak tahu pun siapa guru yang masuk sit-in ganti bonda. Selalunya guru yang akan masuk bab-bab sit-in ni GSTT je, dan semalam aku betul-betul lupa yang Encik P.I pun termasuk dalam golongan GSTT. Aku dah tunjuk perangai buruk aku kat dia. Aku malu ! Semua ni gara-gara Basyirah !
- Kan aku dah bagitahu yang cikgu tengok kau. Tapi kau tu yang nak tidur sangat.
Aik, tu je jawapannya? Bukan patut ke dia bagitahu aku awal-awal sebelum aku landing kepala atas meja lagi. Tapi dia buat diam jugak. SMS Basyirah dibiar, malas nak cakap apa dah. Sakit hati ! Cuba bagitahu tanpa selindung siapa yang sit-in, tak la aku buat perangai buruk tak senonoh. Kalau dia bagitahu awal-awal, gerenti aku tak tidur punyalah. Kalau aku tak tidur, gerenti aku tak malu. Kalau aku tak malu, aku tak akan sakit kepala demam macam ni. Sampai tak terkata apa aku lantaran malu yang teramat sangat hari tu. Dan yang paling teruk, kalau aku tahu awal-awal, aku takkan sakit kepala sekarang. Aku tak akan demam macam ni ! Kepala tengah sakit pusing-pusing lagi dengan food-chain yang main-main dalam kepala. Teringat kembali...
Insan di hadapan pintu berlalu. Seorang guru masuk kelas, kedengaran sayup-sayup suara ketua kelas memberi salam. Tapi aku terasa keadaan sekeliling seakan sunyi sepi.
Pemandangan Indah sit-in kelas?
Aku tak terkata.....
Setengah jam Cikgu Salleh yang terkenal sebagai cikgu paling garang kat sekolah mengajar subjek Matematik kat depan kelas, setengah jam jugak la mata aku ikut je arah mana kapur cikgu tu menulis kat papan hitam. Tiada sebarang kata terluah, masih dalam mode terkejut.
Papp !
Terkejut ! Buku teks Matematik yang sejak tadi dibiar terbuka atas meja aku jatuh ke lantai. Apa lagi ni, siren bala dah berbunyi dalam kepala. Satu... Dua... Tiga...
"Adibah !" Suara itu garang memecah kesunyian. Bala subjek Matematik ! Aku pantas mengangkat muka, namun bibir tidak menjawab. Mata menyoroti wajah Cikgu Salleh di hujung kelas.
"Don't dream in my class ! If you want to sleep, you better get out ! Do you want to get out of my class?" Sekali lagi suara itu bagai halilintar. Aku tunduk, malu kat kawan-kawan. Jarang aku kena marah macam tu sekali. Muka terasa berbahang, malu !
"Why are you not answering me ?" Tegas Cikgu Salleh menyoal. Aku diam tak berkutik. Dalam saat-saat genting macam tu pun otak aku pusing menjawab dalam diam. Macam mana la aku nak jawab soalan dia, padahal dia tak bagi option apa-apa pun kat aku. Kalau ada pun, takkan aku nak menjawab kot? Derhaka tu namanya. Dahlah kat Encik P.I pun aku dah tunjuk lagak kurang matang tadi, kat Cikgu Salleh ni pun aku nak kurang ajar? Memang orang tak mengenang budi tu namanya.
"So you won't answer me. Now I want you, to get out ! Stand there !" Jarinya luris menuding ke tengah-tengah courtyard. Sudah ! Bala besar dah datang. Air liur aku telan, perit. Mata melihat keluar tingkap. Hujan lebat dan aku, mesti keluar.
Time aku berhujan tu la, orang yang tak pernah penat gembirakan aku datang. Daniel. Tapi dia tak boleh buat apa-apa. Siapalah dia, hanya pelajar. Lagipun pengawas macam Daniel takkan la nak kurang ajar dengan guru macam aku. Daniel sangat baik. Dia bagitahu yang aku kena kuat, tahan je. Balik rumah, terus mandi supaya aku tak selesema ataupun demam. Dia pesan suruh aku makan ubat. Dia cakap dia akan hubungi aku guna public phone sekolah. Tapi, aku tak tau. Hati aku, tawar.
Sampai rumah, aku basah kuyup. Sejuk ! Kalau boleh aku rasa nak berselimut dua tiga helai. Agaknya sejuk macam ni la kot yang Jack rasa time berendam dalam air sebab Titanic tenggelam tu. Aku tak nak mati lagi, macam Jack! Dia mati, demi Rose. Dan aku, mati demi Cikgu Salleh? Oh, hell no !
Aku sedih, hanya kerana seorang Encik Pemandangan Indah yang sekadar seorang guru kat sekolah aku tu, aku boleh jadi macam ni? Aku sakit. Aku demam. Aku hampa. Aku kecewa. Aku bodoh. Lunatic !
Dan sekarang... Kenapa aku menangis?
"And if thats you, blow me a kiss, to let me know that you feeling me !"
Telefon bimbit menyanyi-nyanyi. Nombor di skrin ku lihat, unknown. Siapa yang telefon? Aku sakit kepala tengah demam pun ada orang nak ganggu lagi ke, tak habis-habis nak buat onar.
"Helo. Siapa? Nak apa?" Keras aku menyapa talian. Geram, rehat diganggu.
"Awak." Suara di hujung talian yang lagi satu menutur lembut. Orang ni biar betul, nama dia Awak ke? Ke dia panggil aku? Diam...
"Awak." Sekali lagi perkataan yang sama terdengar di corong telefon. Sah, dia panggil aku. Tapi siapa ni? Pasal apa suara dia lembut sangat macam aku ni awek dia je.
"Siapa ni, cakap la ! Kacau la !" Memang tengah sakit-sakit ni aku punya mood tak elok sikit. Segala nilai kemelayuan dan kesopanan serta adab-adab tu semua dah terbang entah ke mana. Tak padan dengan nama. Nur Adibah, maksudnya cahaya yang beradab. Tapi, aku? Langsung tak beradab. Haru !
Hujung talian sebelah sana senyap. Mungkinkah... Fikiran dah tak berapa betul, kepala tak boleh nak pusing ! Mungkinkah... Encik Pemandangan Indah?
Talian masih senyap dan, fikiran aku dah jauh melayang. Mungkin Encik P.I tahu yang aku kena hukum hari ni? Mungkin Encik P.I pun tahu jugak yang penyebab sebenar kepada hukuman berat yang aku terima tu adalah dia. Ah, kalaulah benar itu dia !
"Tak mustahil !" Otak menegur pantas. Talian senyap. Aku meneguk liur.
"Helo?" Suara aku dah lebih lembut. Sakit kepala aku tahan. Siapa tahu tuah aku mendapat panggilan telefon daripada Encik Pemandangan Indah.
"Diba. Daniel ni, guna public phone sekolah."
Pap !
Pipi macam kena tampar sebaik saja kata-kata itu menyapa telinga.
Sakit... Hampa...
to be continued in the next post...
No comments:
Post a Comment