Menjadi orang pertama yang dimaklumkan sesuatu daripada seseorang buat kita rasa dihargai .
Lebih-lebih lagi seseorang itu adalah orang yang dekat dengan hati kita .
Orang yang kita sayang ....
Menjadi orang terakhir pula selalu menyakitkan .Sakit yang mampu membuatkan satu jiwa mengalirkan air mata .
Tapi , aku tak berharap untuk menjadi orang pertama atau terakhir yang dapat tahu , cukuplah sekadar aku mengetahui daripada orangnya sendiri .
Terkadang sememangnya aku berharap untuk selalu menjadi yang pertama untuk seseorang itu berkongsi rasa .
Gembira atau sedih , suka atau duka , ketawa atau tangis ...
Namun , aku tahu . Aku masih waras , aku tahu siapa aku .
Kerana kali pertama menjadi orang terakhir terasa hati terluka , jadi biarlah kali pertama itu menjadi kali yang terakhir .Dan sungguh , lebih sakit sekiranya perkara yang sepatutnya kita tahu daripada orang yang sepatutnya , kita dapat tahu daripada orang lain .
Dan aku tak tahu , kenapa aku tulis benda ni ....
Mungkin sedikit hampa , kerana aku langsung tak tahu apa yang aku patut tahu sepanjang cuti ni . Kalau dia tak beritahu aku , aku takkan tau . Terima kasih sahabat . Dan memang sakit , kalau kita tahu daripada orang yang tak sepatutnya !
Hati aku , sakit ....
No comments:
Post a Comment