This is what you need to read :)

My photo
Mukah, Sarawak, Malaysia
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Tuesday, November 29, 2011

Aku , Mereka dan Aiskrim ! ^^

Assalamu'alaikum warahmatullah .
Aku nak cerita sikit pasal peranan aiskrim dalam hidup aku ni . Aku ni adalah seorang peminat nombor satu benda sejuk yang bernama aiskrim ! Aku panggil benda tu sejuk sebab aiskrim memang la sejuk , kalau kita test guna thermometer , gerenti OC tu . Sebab apa ? Sebab kalau letak dalam freezer kan , aiskrim yang pada mulanya air je tu membebaskan haba sampai la takat beku air tu . Barulah kita tak panggil benda sejuk tu AIR sebab dah jadi ais . Ais tu kan beku . Oleh itu , kita perlu panggil benda tu AIS ! Tambah KRIM sikit sebab benda sejuk tu adalah AIS yang berKRIM , aiskrim ! Haa , hebat tak ? Hehe . Aiskrim ni aku perlu makan 7 kali sehari . Wah , hebat kan ? Opps ! Salah , bukan ! Tapi 7 hari sekali . Sebab aiskrim ni , aku jujur cakap , aku suka sangat-sangat bila terasa ada kesejukan yang mencair dalam mulut ni . Aiseh :P Cukup ! Cukup ! Bukan benda ni yang aku nak story . Hehe . Semalam kakak aku balik rumah mak . Hari ni suami dia pulak yang balik sini. Nak diikutkan cerita , masing-masing tak datang dengan tangan kosong . Alahai , aku rasa memang patut la kakak aku nikah ngan abang tu sebab dua-dua pun suka aiskrim . Tu yang aku suka pasal dorang . Tapi yang paling aku suka is I can eat free ice cream every single time they come home ! Haha , kejam tak aku ? :P
Jadi , tadi aku makan aiskrim ! Macam-macam perisa ada . Ko nak apa , Vanilla ? Coklat ?Strawberi ? Keladi ? Sebut je . Hehe . Jadi disebabkan aku ada tugasan nak kena buat diari fizik , jadi aku pun saja la nak menyelam sambil minum air . Maksud aku , aku makan sambil berfikir tentang fizik masa aku makan tu . Hehehehe . Kenapa ek benda sejuk bernama aiskrim ni cair dalam mulut aku ? Padahal mulut aku bukan ada api pun . Tapi takda maknanya nak makan kalau aiskrim tu tak cair dalam mulut . Hah ! Aku dah dapat jawapan . Kait ngan biologi sikit ye , badan kita kan ada normal temperature iaitu 37C . Ni akak aku yang cakap ek , dia nurse ! Jangan main-main . Hehe . Ok , back to the topic ! Mula-mula tadi aku dah terangkan yang aiskrim tu ais and it temperature is 0C kan ? Eh , ko tau ke tak temperature tu apa ? :P Ok , aku bagitau , temperature tu suhu . Memang la suhu ! Temperture is a measurement for the degree of hotness of an object . Jadi normal body temperature kita kan lagi tinggi daripada suhu ais tu , maksudnya haba kat dalam mulut kita tu lebih tinggi daripada ais . Aku teringat kat konsep fizik pasal Heat ni . If two objects touched each other , akan ada net flow of heat from hotter object to the colder object . Memandangkan suhu dalam mulut kita lagi tinggi , jadi heat will be transferred to the ice cream tu . Then , when the ice cream gain heat , it will melt . Sebab tu kita dapat rasa aiskrim tu mencair dalam mulut kita , best kan ? Hehe .
So kalau nak aplikasi sendiri macam yang aku buat , makan la aiskrim sambil berfikir  tentang fizik yah ? Sedap ba tu . ^___^

Salam'alaik . Jazakallah khairan kerana membaca di blog ana . Maaf andai ada perkataan ana yang kurang menyelesakan . Ana juga manusia yang sering khilaf . Datang lagi ya . Doakan ana ! ^___^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Mahabbah Pelangi Ilahi :

Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya dia benci dua perkataan itu.Masa berlalu seperti biasa, seterusnya meninggalkan cerita benci keterbelakang. Tapi, suatu pertemuan itu itu membibitkan rasa yang tak pasti. Suatu perkenalan itu merubah kebencian menjadi satu rasa. Rasa yang indahnya bagai dunia sentiasa dipenuhi rona-rona pelangi yang tak akan pernah pergi biar malam menjenguk siang.
Benarlah kata orang, cinta itu tidak akan suci tanpa redha Ilahi. Di tengah perjalanan menuju redha Pencipta, syaitan berjaya merasuk kononnya cinta Islamik. Pada hakikatnya, ISLAMIK ROMANTIK.
Namun bila cahaya hidayah hadir di jiwa, Allah menggunakan kesakitan setelah beribu dosa itu untuk dia dan dia mencari cinta-Nya. Kerana hati dia dan dia, dekat pada Dia, syaitan akhirnya tewas membuai rasa.

Hawa menuju Pencipta.
Adam mencari Pencipta.
Kerana dengan cinta Pencipta, mereka melahirkan cinta.

Selamat membaca !

This is the link of the first post of Mahabbah Pelangi Ilahi :