Assalamu'alaikum warahmatullah .
Aku pernah cakap kat kawan-kawan , waktu cuti macam ni lah paling sesuai untuk seorang pelajar perempuan belajar untuk jadi seorang wanita , isteri dan jadi ibu . Jadi , cuti sekolah ni aku buat keputusan untuk belajar masak , tapi belajar bukan bermakna aku tak tau langsung . Hehe , cuma aku nak belajar yang complicated je , tak la jemu makan yang simple . Boleh gak aku bagi mak aku makan best , ye tak ? Hebat kan aku ? :P Tapi , aku bukan nak story pasal masak-memasak ni . Hehe , aku memang selalu nak ambik kesempatan . Korang selalu ? Tak kan ? Aku ambik kesempatan belajar masak sambil kaitkan ngan konsep fizik .
Nak diikutkan cerita , kakak aku suruh aku keluarkan dada ayam dari freezer pastu potong . Tapi , dia tinggalkan pulak aku sorang-sorang kat dapur . Aku nak bagitau jujur ni , aku pernah la buat kerja potong-memotong ayam ni tapi mesti ada guider . Tapi kali ni akak aku tinggalkan aku ? Adoi , mentang-mentang aku cakap aku nak belajar masak , boleh pulak dia suruh aku buat sorang-sorang . Ok , aku tak peduli ! Aku terus rendam ayam tu dalam besen sebab ayam tu beku lagi . 0C la katakan , jadi kalau aku letak air , gerenti la ais yang buat ayam tu beku pun cair sebab the ice absorbed heat . Aku tunggu dua minit , alahai malasnya jadi aku pun tanya kakak sama ada ayam tu dah boleh potong ataupun tak . Ok on , boleh potong ! Aku pun ambik la pisau , aku dengan sekuat tenaga nak potong ayam tu , tapi tak da apa-apa yang jadi . Laa , patutla . Pisau tu tumpul ! Then , aku tanya mak mana pisau yang tajam lagi berkilat . Mak suruh aku asah sikit pisau tu , jadi aku pun asah . Alahai , bila aku asah pisau kat batu pengasah , ada satu bunyi yang aku sangat la tak tahan mendengarnya ! Friction force between the knife and batu pengasah mata pisau tu . Mengeluarkan bunyi yang menyakitkan telinga , kot-kot geseran yang berlaku tu turut menghasilkan vibration , sebab tu la kot keluar bunyi yang teruk tu . Ni dah perah otak ngan teori fizik ni ! Geseran antara mata pisau yang tumpul ngan batu pengasah tu buat surface are mata pisau tu makin kecik , so gerenti la pisau tu nanti makin tajam . Yes ! Alhamdulillah , senang la kerja aku nak potong ayam . Hehe . Aku pun terus la mengasah mata pisau itu dengan sekuat hatiku walaupun bunyi yang ada sangat membuat aku sakit hati , sebab aku makin tekan pisau tu ke permukaan batu pengasah tu la kot . Haha , makin besar friction force , makin besar la kot vibration , sebab tu sound wave pun makin besar . Hehe , memandai je aku ni .
Dah siap asah mata pisau ! Masa untuk potong dada ayam yang tersayang ! Aku potong ayam , aku tekan mata pisau ! Ni pulak guna konsep tekanan ni . Kan mata pisau tu dah makin kecik and sharper , jadi aku guna sikit je energy pun ayam tu dah siap aku potong . Hehe , terasa hebat pulak aku . Bukan ujub ni , tapi syukur ! Hehe . Ayam aku dah siap potong dengan aplikasi konsep dalam tajuk heat , forces and pressure dalam buku teks Physics form 4 . Yang sound waves ngan vibration tu rasanya bab waves dalam buku teks Physics form 5 la agaknya .
Sampai di sini sahaja . ^__^
No comments:
Post a Comment