Aku terpisat-pisat bangun dari lena dek kerana telefon bimbitku yang berbunyi nyaring. Aku melihat jarum jam di dinding bilik yang menunjukkan pukul 1 malam. "Allah, lamanya aku tidur", bisikku sendirian lalu bangun menuju ke tingkap bilikku yang terbuka luas. Sambil melihat kerdipan bintang-bintang di ruang angkasa aku teringatkan Kak Amirah, insan yang baharu saja ku kenali petang tadi di Masjid At-Taqwa.
"Imanina, untuk berubah perlukan masa, bukannya dalam sekelip mata. Mungkin sekarang ni bagi Iman susah, sakit, perit tapi yakinlah sayang, insya-Allah pada akhirnya nanti Iman akan terasa kemanisannya", tulusnya suara Kak Mirah seperti memujukku. Aku hanya melemparkan senyuman semanis-manisnya sebagai hadiah buat Kak Mirah. Allahuakhbar ! Biarpun aku sudah berkali-kali mendengar kata-kata sedemikian daripada sohibahku yang lain , tapi bagiku mendengarnya dari mulut Kak Mirah terasa begitu menyentuh hatiku . Subhanallah, indahnya sebuah ukhuwwah yang terjalin kerana Allah. Biarpun aku baharu mengenali Kak Mirah, aku dapat merasakan kemanisan ukhuwwah, aku merasakan seperti kami sudah lama bersahabat.
Kak Mirah kemudiannya berlalu kepada para peserta Program Kembara Hijrah meninggalkan aku dan Kak Masyitah, seorang lagi saudara seagamaku yang baharu ku kenali . Aku senang dan tidak kekok untuk berada bersendirian bersamanya walaupun dia baharu kukenali . "Iman, kakak nak tanya sikit boleh tak?", pertanyaan Kak Masyi memecah kesunyian yang membelenggu kami. "Boleh kak, tanyalah apa-apa yang akak nak tahu. Insya-Allah kalau Iman boleh jawab, Iman akan jawab soalan akak.", balasku dengan senyuman yang tak ingin ku lepaskan dari bibirku. Kak Masyi merenung tepat mataku. "Dulu, sebelum Iman berubah ke arah kebaikan, family Iman macam mana?". Subhanallah! Patutlah sebelum aku pergi ke masjid, mindaku asyik-asyik menyatakan perkara yang sama terhadap diriku sendiri. Seolah-olah ingin mengheretku kembali kepada peristiwa tahun yang lepas. Allah, terasa beratnya hatiku untuk menjawab soalan itu.
Aku termenung sendiri, teringat sesuatu pernah dibicarakan oleh seorang sahabat, "bukan untuk mengaibkan diri sendiri atau orang lain, tetapi luahkanlah sekadar ingin berkongsi, luruskan niatmu untuk berkongsi jika pedih untuk disimpan sendiri" . Setiap kali persoalan yang sama disoal kepadaku, seringkali mindaku memutarkan semula kata-kata yang kurasakan cukup bermakna itu. Allah, perlukah aku membuka semula ceritaku pada insan yang baharu kukenali ini? Allah, apakah ini satu ujian yang harus ku tempuhi? Kuatkah aku?
"Ketika dirimu merasakan mehnah Allah tidak putus-putus menimpamu, percayalah Allah sedang berbicara denganmu..." terngiang-ngiang pesanan buat diriku sendiri di telingaku. Aku harus kuat!
Aku mengambil keputusan berkongsi kisahku dengan Kak Masyitah. "Maksud akak masa Iman still a girl without no good ke?", Kak Masyi hanya mengangguk sambil tersenyum kepadaku. Aku menghelakan nafas panjang dan ku teruskan dengan menjawab soalan Kak Masyi. "Hmm. Dulu, Iman selalu sorang-sorang je. Selalu sunyi, macam tak ada orang peduli pun Iman nak buat apa. Adik-beradik Iman, mak, abah Iman time tu tengah sakit. No one seem to care about me, akak." Jantungku tersentap, Allah! Terasa seperti aku membuka lembaran aibku sendiri petang itu. "Maksud Iman, macam mana tu? Hubungan Iman ngan adik-beradik Iman macam mana?", tanya Kak Masyi. "Akak, masa tu Iman tinggal ngan nenek Iman. Abah tengah sakit, berbulan-bulan abah kat hospital tak balik rumah. Kakak sulung Iman masa tu train nursing, abang Iman tolong jaga abah kat hospital. Abang Iman yang nombor dua masa tu sekolah kat bandar, duduk asrama. Kakak Iman tinggal rumah mak cik, belakang rumah nenek Iman. Mak Iman pulak selalu ulang alik dari hospital dan rumah nenek. Jauh kak, sebab hospital yang dekat-dekat sini tak ada kemudahan yang boleh rawat abah. Jadi, Iman selalu kena tinggal sorang-sorang, tak ada pun yang kisah Iman buat apa. Iman masa tu, memberontak sampai Iman betul-betul rasa useless, fed up nak teruskan kehidupan dalam keadaan yang macam tu.", sungguh, saat itu aku terasa mataku mulai ingin merembeskan cecair bening yang jernih. Allah, kuatkan aku! Jangan biarkan air mataku menitis di hadapan insan ini ya Allah.
"Maksudnya, Iman rasa macam Iman ni left out la kan? Akak pun pernah dulu rasa left out macam ni tapi mungkin akak tak rasa apa yang Iman rasa. Sebab kisah akak lain, akak rasa left out sebab akak ni jarang nak kongsi-kongsi masalah, cerita, apa yang happening ke hari tu, kat sapa-sapa pun. Akak bukan rasa left out sebab keluarga tak pedulikan akak.", Aku akui sememangnya Kak Masyi takkan pernah faham kehidupan aku sebelum hijrahku yang pertama kerana aku tau takkan ada orang yang akan faham kisahku kecuali Allah. Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbuku di hatiku. "Iman, akak mungkin tak rasa apa yang Iman rasa sebab akak ni tak banyak pengalaman. Iman try tanya Kak Mirah, dia ada banyak pengalaman.", sambung Kak Masyi. "Insya-Allah.", jawabku pendek sambil melemparkan senyuman untuk Kak Masyi.
Ruang seterusnya antara kami kosong tanpa sebarang perbualan. Allahuakhbar ! Not a good sign, pabila mindaku mula ingin menerawang jauh mengingati kisah laluku . Sejurus setelah itu, Kak Masyitah bersuara memecah kebisuanku, "Iman, mula-mula Iman melakukan perubahan tu bila, masa Iman umur berapa?". Aku tersenyum mendengar soalan itu, "Masa umur Iman 15 tahun kak.". "Oh, Iman sekarang dah 16 tahun. Jadi maknanya tahun lepas la kan, Iman?", balas Kak Masyi sambil membilang-bilang jarinya mengira. Aku hanya mengangguk menjawab soalannya. Aku tidak pasti kenapa susah sekali untuk aku berkomunikasi secara mesra dengan Kak Masyi biarpun aku tidak berasa kekok dengannya. Mungkin, maluku yang memaksa aku untuk diam.
"Iman, macam mana pulak respon family terhadap perubahan Iman mula-mula dulu?". Zapp! Sekali lagi jantungku rasa tersentap! Allah. Sukarnya untukku menjawab soalan Kak Masyi. Pernah seseorang berkata kepadaku, "menceritakan aib diri sendiri itu umpama menceritakan kebodohan diri sendiri". Allah, padaMu ku berserah. Kak Masyi hanya bertanya, mungkin dia ingin aku berkongsi kisahku dengannya. Aku percaya Kak Masyi, dia lebih banyak ilmunya berbandingku, mungkin akan ada nasihat berguna yang akan Kak Masyi bagi kat aku. Dan sekali lagi kuukirkan senyuman buatnya sebelum ku berbicara. "Susah kak. Susah sangat. Semua ahli keluarga Iman tak suka dengan perubahan ni. Kakak sulung Iman pernah bergaduh ngan Iman semata-mata kerana perubahan Iman ke arah kebaikan. Abang Iman cakap Iman macam orang Arab, abang Iman yang lagi sorang cakap Iman ni ustazah la, sakit kak. Mak Iman kadang-kadang memang macam tak boleh terima cara Iman berpakaian, tapi perubahan sikap Iman tentang solat, alhamdulillah. Mak suka. Susahnya Iman rasa waktu tu, sampai Iman menangis-nangis. Family Iman sendiri yang buat Iman macam tu, sepatutnya dorang lah insan-insan yang Iman rasa patut sokong Iman ke arah kebaikan. Iman rasa tersisih. Tersisih sangat-sangat.", air mata yang mengalir di pipi cepat-cepat ku seka sebelum Kak Masyi ataupun sesiapa menyedarinya. Sebaknya ku rasakan hanya Allah yang mengerti.
"Allah, Iman.. Akak tak dapat bayangkan macam mana agaknya kalau akak di tempat Iman. Alhamdulillah, parents akak kuat pegangan agama bagi kemudahan untuk akak adik-beradik . Iman cuba tanya Kak Mirah ye sayang, Kak Mirah mungkin ada pengalaman macam Iman. Sebab dulu mak Kak Mirah menghalang dia tapi akhirnya dia berjaya jadi macam siapa dia sekarang.", kata-kata Kak Masyi terhenti apabila tiba-tiba Kak Mirah datang dan duduk bersama kami. "Kenapa ni Iman, Masyi? Korang berdua borak pasal apa?" tanya Kak Mirah sambil memandang aku dan Kak Masyi silih berganti. Soalan Kak Mirah berlalu tanpa sebarang jawapan daripadaku mahu Kak Masyi sebaliknya Kak Masyi meminta untuk aku bertanya tentang kisah hidup Kak Mirah. Namun, maluku cukup tebal untuk bertanya dan akhirnya, Kak Masyi sendiri yang membuka mulut bertanya kepada Kak Mirah. "Mirah, tadi Masyi ada tanya Iman, macam mana family dia masa mula-mula dia berubah. Macam ada sama sikit ngan kisah Mirah la, try story kisah Mirah pulak kat Iman ni.", kata Kak Masyi. "Oh macam tu, tapi story dulu lah kisah Iman kat Mirah, nanti Mirah story la pulak. Jum Iman, cerita kat Kak Mirah, nak tahu jugak ni.", balas Kak Mirah.
Hatiku rasa sayu. Untuk mengulang kembali apa yang ku ceritakan kepada Kak Masyi? Aku tak sanggup! Aku hanya menundukkan kepalaku tanda aku kurang menyetujui Mirah. Aku meminta Kak Msyi untuk membuka semula kisahku kepada Kak Mirah.
Selesai Kak Masyi bercerita, Kak Mirah diam sambil merenungku. Matanya jelas merah berair. Sekali lagi aku tunduk, tak sanggup rasanya aku menatap mata bening yang menahan tangisnya itu. Sunyi seketika antara kami membuatkan aku berasa masa bergerak semakin perlahan dan perlahan. Allah. Beberapa minit berlalu, baharulah Kak Mirah membuka mulutnya untuk bertanya kepadaku, "Family Iman sekarang pulak macam mana?". "Still macam tu kak, walaupun dorang tak bising sangat, tapi cara dorang layan Iman buat Iman sedar, dorang tak suka dengan perubahan ni.", jawabku lambat-lambat. "Mak Iman?", tanya Kak Mirah lagi. "Alhamdulillah, mak Iman sekarang macam okay cuma kadang-kadang ada jugak dia macam tak suka, cara Iman berpakaian, mungkin pada pandangan mak berlebihan. Hmm.", aku menjawab sambil berdoa berharap moga apa yang ku katakan tidak membuka pekung di dada ibuku. Allahuakhbar!
"Iman, Iman tahu kan? Perjalanan ke syurga itu berliku-liku, lurahnya dalam, mudah untuk kita tergelincir andai tiada iman yang teguh di dada, apatah lagi hasutan syaitan untuk menyesatkan kita. Perjalanan ke neraka pula mudah dan lurus, namun deritanya kelak, merana tau sayang. Jadi, Kak Mirah nak Iman kuat. Hati kita semua ni milik Allah. Hati Iman , hati Kak Masyi, hati Kak Mirah, hati mak Iman dan hati semua manusia di muka bumi ini milik Allah. Allah yang pegang, bolak-balikkan hati kita semua. Allah kurniakan hidayah kepada Iman untuk Iman berubah menuju Allah. Sebab apa sayang? Sebab Allah masih sayangkan Iman, sangat sayangkan Iman."ujar Kak Mirah sambil menggenggam erat tanganku. Aku tersenyum dan tunduk, terharu rasanya apabila sohibahku seperti memahami perasaanku. Suka rasanya hati apabila sohibahku memberi nasihat kepada dengan penuh ketulusan, mengingatkan diriku kepada Allah. Terima kasih Allah untuk insan ini !
Tanganku beralih daripada genggaman Kak Mirah kepada genggaman Kak Masyitah. Dia meletakkan tangannya di bahuku seperti ingin memberi semangat kepadaku. "Iman doalah, mintak kepada Allah untuk lembutkan hati saudara-saudara dan mak Iman. Dia yang miliki hati kita kan Iman, jadi Dia lah yang punya kuasa untuk mengubahnya. Walaupun bagaimanapun Iman menegakkan kebenaran dakwah islamiyah hanya dengan lidah, walau bagaimanapun Iman menegakkan kebenaran dakwah islamiyah dengan akhlak yang baik, ingat sayang, tanpa doa, tanpa Dia yang Maha Mengubah Keadaan, tak akan ada apa-apa hasil, sayang.", kakak-kakakku ini sepertinya ingin mencantumkan kembali hati yang suatu ketika dahulu pernah hancur dan kecewa oleh keluargaku sendiri. Yang sehingga kini, aku masih menyimpan rasa kecewa dan hampaku terhadap mereka.
"Iman, walaupun mak Iman still tak dapat terima sangat keadaan Iman macam ni, muliakanlah mak Iman. Walau seburuk mana pun dia, dia tetap mak Iman. Tak kisahlah mak Iman tak tutup aurat ke, pakai tudung singkat atau apa-apa pun. Sentiasa doakan dia, muliakan dirinya, mencubalah untuk sentiasa menggembirakan hati mak Iman. Hati seorang ibu ni Iman, mudah lembutnya dengan kasih-sayang seorang anak. Siapa tahu biiznillah, Allah detikkan dalam hati mak Iman macam ni, 'Bagusnya anak aku sekarang, nampaknya perubahan dia tak bawa apa-apa kesan buruk kat aku. Anak aku sentiasa gembirakan aku, anak aku macam makin sayang kat aku' . Siapa tahu, kan Iman? Mungkin dengan cara itu, mak Iman mula untuk terima perubahan Iman ni seadanya, dan siapa tahu juga Allah kurniakan mak Iman hidayah untuk turut berubah? Insya-Allah.", ujar Kak Mirah kepadaku, tiba-tiba timbul rasa kasih yang mendalam untuk ibuku.
Ya, mungkin itu silapku ! Tidak cuba untuk sentiasa menggembirakan mak, sebaliknya aku hanya ingin mak memahami diriku. Aku berdosa pada ibuku ya Allah ! Ampuni aku ya Allah ! Kata-kata Kak Mirah benar-benar membuka mataku.
"Allahuakhbar! Allahuakhbar!", aku tersentak daripada lamunan yang panjang oleh deringan telefon bimbitku. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Hampir satu jam lamanya fikiranku melayang mengenang apa yang telah terjadi pada hari ini. Kata-kata Kak Mirah dan Kak Masyitah sungguh aku terasa menyentuh hati ini. Menyedarkan aku akan kekhilafanku, mengingatkan aku kepada Penciptaku. Allah, terima kasih atas persahabatan yang dikurniakan ini, aku bersyukur mengenali mereka ! Mungkin ini petunjuk daripada Allah kepadaku, untuk berhijrah buat kedua kalinya. Menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Menjadi insan yang lebih beragama daripada sebelumnya. Menjadi insan yang lebih berilmu daripada sebelumnya. Aku berjanji kepada diriku sendiri, aku ingin berhijrah untuk kali kedua! Biarlah aku pada hari ini lebih baik daripada siapa aku pada tahun lalu dan biarlah aku pada hari esok lebih baik daripada siapa aku pada hari ini ! Allahumma ameen. Aku ingin menggembirakan ibuku, aku ingin memuliakan ibuku, walaupun bagaimanapun dia, dia ibuku dunia dan akhirat ! Semoga dengan kasih ibu, aku terus kuat. Semoga dengan kasih ibu, lembutlah hati saudara-saudaraku. Semoga dengan kasih ibu, berhijrahlah keluargaku bersamaku. Insya-Allah !
Dan aku terlena.......
assalamualaikum..ukhti sayang..1st of all..alhamdulillah..ukhti sudi tag nama zirah dkt fb..Allah ! rasa sayu tatkala membaca entri ni..teringat balik pengalaman zirah sndiri..Istighfar..:)
ReplyDeleteThese word for you..insyaAllah :)
Teman..
Hiduplah selagi hidup..Jangan mati sebelum mati..Jangan pulang sebelum pergi.. :)
Teman..
Ingatlah ini adalah jalan yg paling benar..
Walaupun jalannya sangat sukar..
Inilah jalan yg paling singkat..
Walaupun ia sangat berat..
Kerana itulah jalan kita b'mujahadah..InsyaAllah..Allah ! :)
Wa'alaikumussalam ya ukhti.. ^^ jazakillah ya ukhti sebab sudi baca entri yang ana tulis ni. syukran atas pesanan ukhti, insya-Allah ukhti. Moga ana dan ukhti sentiasa tetap untuk berjuang di jalan Allah sebagai mujahidah . Allahumma amin ! :')
ReplyDelete