This is what you need to read :)

My photo
Mukah, Sarawak, Malaysia
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Saturday, July 2, 2011

Menahan Cinta Nafsu *defend diri !*


Andaikan ada seorang lelaki yang menaruh hati kepada anda ...
Tetapi anda tidak mengenali dia ..
Dan dia hanya tau kepada anda namun tidak mengetahui apa-apa tentang diri anda ..
Dia pergi menemui anda lalu dia berkata ..

"Wahai jelita ,
Jika awak terjumpa separuh hati di jalanan ,
Itulah hati saya yang terjatuh ..
Minta tolong awak cantumkan kembali hati saya ,
Agar ia kembali bersatu ..
Jika awak tidak menemui separuh hati yang saya katakan tadi ,
Saya mohon awak belahkanlah hati awak ,
Cantumkan separuh hati awak dan separuh hati saya ,
Agar kita berdua boleh menjadi seperti dua insan satu hati ..
Lepas tu , awak janji awak mesti jaga hati kita dengan baik ..
Kawal hati awak betul-betul supaya tak nakal ..
Sebab saya tak suka hati yang nakal ..
Dan awak , tolong jaga hati saya baik-baik ..
Hati saya ni kuat merajuk ..
Jaga hati saya baik-baik .
Saya janji saya akan jaga hati awak baik-baik ..
Supaya , awak tetap sayang saya sampai bila-bila."

ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM !

Wahai lelaki , inikah cara yang betul yang kalian banggakan ?
Cara yang kalian fikir akan membawa kepada bahagia ..
Tidak ada yang akan bahagia tanpa redha Allah SWT !
Apabila sudah berlaku perkara seperti di atas , mungkinkah Allah akan meredhai cinta itu ?
NO ! Itu jawapannya .. Permulaannya sahaja sudah dimulai dengan maksiat melalui kata-kata , apatah lagi sepanjang perhubungan nanti ..
Walaupun kalian berkata "alaa , tu ayat saja jak nak bagi awak happy , bukan betul pun ." ..
Ya Rabb !Rasulullah pernah berkata , hidup seorang muslim sebaiknya serius , tiada dusta biarpun dalam bergurau ..
Andai kalian berkata demikian dengan tujuan bergurau sekalipun , tetap tidak boleh !
Apatah lagi kalian berkata demikian pada yang bukan halal bagi kalian .
Sedarlah , kita hidup bukan hanya di dunia .
Andai kalian berkata demikian pada seorang wanita demi untuk mendapatkan kebahagiaan dunia , bagaimana dengan kehidupan di akhirat nanti ?
Bersediakah kalian ?
Yakinkah kalian bahagia di dunia yang kalian kecapi akan kekal juga di akhirat ?
Wallahu'alam ..
Sedarlah wahai saudaraku ...

Jika sekiranya diri ini menjadi wanita itu ...
Ingin sekali jawapanku begini ,

"Wahai pemuda !
Saya tidak berjanji dan tidak akan pernah berjanji ..
Jika benar awak mahukan saya ,
Awak tak mengharapkan diri saya untuk mencantumkan hati awak kembali .
Pastinya awak akan memohon bantuan Allah agar hati awak tercantum kembali .
Memohon ampun kepada-Nya kerana teralpa .
Saya cadangkan , awak gamkan hati awak yang terjatuh dengan kasih sayang Allah ..
Jika benar awak mahukan saya dan awak merajuk ,
Jauh hati atas apa yang saya bakal katakan ,
Saya tak dapat nak pujuk awak ,
Sebab awak haram bagi saya ..
Saya cadangkan kepada awak ,
Awak pujuk hati awak dengan Surat Cinta daripada Allah ..
Iaitu Al-Quran Ul-Karim ..
Saya takkan mampu menjaga hati awak dengan baik ,
Kerana saya adalah wanita yang tidak sempurna ..
Saya nak awak mengharap Allah untuk menjaga hati awak ,
Kuatkan hati awak dengan redha Allah ..
Insya-Allah awak akan bahagia dunia dan akhirat ..
Saya betul-betul tak boleh jaga hati awak ..
Sebab saya ada misi yang lebih dituntut Rasulullah ..
Saya nak jaga hati Allah SWT !
Saya nak Allah kuatkan hati saya dengan kasih sayang-Nya ,
Dan juga keredhaan-Nya ..
Saya tak boleh ikut cakap awak ..
Sebab saya ada Dia ..
Sebab saya ada "dia" ..
Bakal zauj yang Allah sudah tetapkan untuk saya ..
Berhentilah mengejar cinta dunia kerana ia bukanlah alawiyat kita di usia ini ..
Dakaplah cinta Allah ..
Kelak Dia akan memberi pada awak cinta yang lebih indah ..
Daripada-Nya dan daripada orang yang halal buat kamu ..
Mohon maaflah pada Allah ..
Maaf daripada saya , kerana saya ingin menjadi mawar berduri di bawah lembayung mardhatillah .."


Be a man . Don't approach me , approach my parents !

Semoga setiap muslimah terjaga hati mereka .. Ameen Ya Rabbul Izati .
Salam'alaik . Jazakallah khairan kerana membaca di blog ana . Maaf andai ada perkataan ana yang kurang menyelesakan . Ana juga manusia yang sering khilaf . Datang lagi ya . Doakan ana ! ^___^

8 comments:

  1. Subhanallah.. terharu ana baca kisah ni.. alhamdulillah, syukur pada Allah yg mnghadiahkn ana seorg zauj yg memikat hati ibubapa ana sblm mngenali ana.. Andai lelaki bisa mnghormati hak muslimah, psti tidak akn ada kjadian hubungan yg tidak sah..

    ReplyDelete
  2. astaghfirullah..smoga sy tdk menjadi seperti pemuda yg disebutkan

    ReplyDelete
  3. Kak Naurah Iman , subhanallah , pasti indahnya hubungan akak ngan zauj . Mabruk ya kak ! :) Ana berdoa agar dpt zauj yg baik , perjalanan masih jauh . :) Insya'Allah ameen . :)

    Nas : na'am , ameen . sentiasa mendoakan kebaikan bagi saudara seagama ana . be a man , ok ?

    ReplyDelete
  4. Jaga diri sperti intan permata didalam kaca, bukan intan permata dari kaca... renung2kanlah...kami follow.wasalam.

    ReplyDelete
  5. Nazari vS Masninah : Insya-Allah , mohon Allah permudahkan urusan . Ameen .. wassalam ..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..website terlalu heavy utk loading kalau line slow, kemaskini background suoaya tidak nampak terlalu crowded/berselerak, sesuaikan dgn warna tulisan, try make it simple but beautiful..visit my site : http://www.elthereality.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Mahabbah Pelangi Ilahi :

Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya dia benci dua perkataan itu.Masa berlalu seperti biasa, seterusnya meninggalkan cerita benci keterbelakang. Tapi, suatu pertemuan itu itu membibitkan rasa yang tak pasti. Suatu perkenalan itu merubah kebencian menjadi satu rasa. Rasa yang indahnya bagai dunia sentiasa dipenuhi rona-rona pelangi yang tak akan pernah pergi biar malam menjenguk siang.
Benarlah kata orang, cinta itu tidak akan suci tanpa redha Ilahi. Di tengah perjalanan menuju redha Pencipta, syaitan berjaya merasuk kononnya cinta Islamik. Pada hakikatnya, ISLAMIK ROMANTIK.
Namun bila cahaya hidayah hadir di jiwa, Allah menggunakan kesakitan setelah beribu dosa itu untuk dia dan dia mencari cinta-Nya. Kerana hati dia dan dia, dekat pada Dia, syaitan akhirnya tewas membuai rasa.

Hawa menuju Pencipta.
Adam mencari Pencipta.
Kerana dengan cinta Pencipta, mereka melahirkan cinta.

Selamat membaca !

This is the link of the first post of Mahabbah Pelangi Ilahi :