This is what you need to read :)

My photo
Mukah, Sarawak, Malaysia
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Monday, July 4, 2011

CERITA PERTAMA - Kisah Mak dan Adik I


Assalamu'alaikum .. Semoga entri kali ini memberi manfaat kepada semua , Insya-Allah ameen .. ^^


CERITA PERTAMA 
Mak : "Adik , lepas mandi nanti pergi beli bawang . Lepas tu , sapu rumah , sapu ruang tamu dan sapu dapur terus . Kotor ni , semalam lupe nak sapu ."
Adik : "Hishh , mak ni ! Orang baru lepas mandi terus suruh macam-macam , macam la takde orang lain nak mintak tolong ."
Mak : "Beli la dulu , nanti nak masak guna ape kalau bawang takde ? Tak banyak kerja mak suruh ni , sikit je . Beli bawang , naik moto tu ha . Lepas tu sapu rumah , sapu dapur sekali ."
Adik : "Orang tau la mak ! Tak payah la nak ulang sampai dua tiga kali , orang belum pekak lagi ni hah ! Dah tu , tak pandai nak suruh orang satu-satu , tiga kerja sekaligus hah ."
Mak : "Adik , helmet jangan lupe pakai tau."
Adik : "Taulah mak ! Orang belum nak mati lagi ni ! Belum puas hidup !"



                                    *       *       *       *      *       *       *

Pengajaran daripada CERITA PERTAMA
Sabda Rasulullah (S.A.W) dalam satu hadith: “Barangsiapa yang suka umurnya dipanjangkan dan bertambah pada rezekinya maka berbaktilah pada kedua ibu dan bapa serta hubungkanlah silaturahim”

Sejak kecil , kita memang takkan pernah terlepas daripada meminta sesuatu daripada ibu kita .
Semasa bayi , kita menangis meminta susu , susu daripada siapa ? Pastinya daripada ibu kita . 
Ingin pergi ke sekolah , pasti berasa malu jika tiada wang saku . Bagaimana nak tunjuk muka dengan kawan-kawan kalau tak bawak duit ? Lepas tu mintak kat siapa ? Ya , mintak kat ibu ! Itu sesuatu yang pasti , setiap anak , takkan terlepas daripada meminta sesuatu daripada ibunya ..
Namun , kenapa begini jadinya apabila sudah dewasa ?
Ibu hanya meminta sedikit , tolong belikan bawang , ibu nak guna untuk masak . Makanan yang ibu masak nanti , siapa yang nak makan ? Fikirlah duhai anak . Dapat jawapan ? Ya , itulah jawapannya ! Kita sebagai anaklah yang akan makan . Nak pergi beli barang untuk sendiri makan pun tak sanggup ? Tapi , herdik menjerit kat mak sanggup pulak ? Astaghfirullahal'azim . 
Keadaannya ibarat sanggup melakukan dosa (meninggikan suara pada ibu) , tetapi tidak sanggup melaksana sesuatu yang diberi ganjaran pahala (membantu ibu) . Nauzubillahminzalik !
Adik dalam cerita pertama ada berkata "Orang belum nak mati lagi ni ! Belum puas hidup !" . Ya Rabb ..
Sedangkan dalam hadis di atas sedia mengatakan bahawa barangsiapa yang ingin umurnya dipanjangkan , berbaktilah pada ibu bapa . Adik siap dengan herdikan kepada ibunya tetapi berani mengatakan bahawa dia belum puas hidup . Mahukah kita begini ? Mohon dijauhkan perkara seperti ini .

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orangtuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun.Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orangtuamu. Hanya kepada Aku kembalimu."

Bacalah kembali cerita di atas , walaupun si anak meninggikan suara padanya tetapi si ibu tetap bersabar . Dia tetap memikirkan keselamatan anaknya . Kerana kebimbangannya , dia  sempat berpesan pada anaknya , Mak : "Adik , helmet jangan lupe pakai tau." . Lihatlah kasih ibu , kasih yang mulia ..
Ibu yang mengandungkan kita .. 
Sembilan bulan dia menjaga kita , membawa kita pergi ke mana sahaja .. 
Menahan kesakitan dan penderitaan apabila kehadiran kita di rahimnya membuatkan dia terkadang lemah ..
Menjaga pemakanannya untuk kesihatan kita .
Mengehadkan aktiviti hariannya demi keselamatan kita .
Apakah kita tidak berfikir ?
Berkata "ahh" sahaja sudah cukup membuatkan kita berdosa ..
Apatah lagi apabila kita meninggikan suara padanya ..
Apatah lagi apabila kita mengherdiknya ..
Sehingga menitis air mata seorang ibu ... Tidak pernah kah kita memikirkan pengorbanannya demi seorang anak ? Pengorbanannya demi SEORANG KITA ?
Duhai anak , sedarlah ....
Hidup di dunia ini hanyalah sementara , tidak selamanya kita ada di dunia ..
Dan setiap yang hidup pasti akan menemui mati .
Ingatlah anak , kalau bukan ibu kita yang pergi dahulu , kita yang akan pergi dahulu ...
Kalau bukan sekarang , bila lagi kita hendak sedar wahai anak ?
Jangan menunggu ke akhir nafas barulah kita hendak merintih merayu , ataupun apabila ibu kita selamat dikebumikan baharulah hendak sedar akan dosa-dosa yang telah kita lakukan ..
Nauzubillahminzalik !
Andai kita yang melangkah terlebih dahulu ke alam barzakh sebelum dia , 
adakah kita yakin apabila maut tiba , kita sudah bertaubat dan memohon ampun daripada ibu kita ?
Wahai anak , maut itu datang tidak kira waktu sayang ..
Bila-bila masa ...
Boleh jadi juga maut menjemputmu ketika kamu sedang mengherdik ibumu .
Nauzubillah !!! 
Maukah perkara ini terjadi ?
Sedarlah anak ....
Kasih sayang ibu tiada galang gantinya biarpun kita mengembara seluruh dunia ..

p/s : Cerita ini adalah rekaan ana semata-mata , namun sekiranya ada kisah sebenar seperti ini , ianya adalah tidak disengajakan . Cerita ini ana tulis demi untuk mengingatkan saudara seIslam sekalian dan juga diri ana sendiri .
Semoga kita semua menjadi seorang anak yang baik . Ameen Ya Rabb .
Sesungguhnya pengorbanan ibu kita sangat besar , sekaranglah masanya bagi kita untuk membahagiakan hidupnya agar kita selamat dunia dan akhirat . Insya-Allah .
Ana mohon maaf jika sekiranya cerita ini ada menyakitkan hati pembaca . Mohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki .
Ana namakan kisah ini "CERITA PERTAMA" kerana Insya-Allah , akan ada sambungan CERITA KEDUA sehinggalah CERITA KELIMA , ana harap kalian semua terus mengikuti perkembangan kisah ini ya . Semoga memberi manfaat , insya-Allah . ^^






Salam'alaik . Jazakallah khairan kerana membaca di blog ana . Maaf andai ada perkataan ana yang kurang menyelesakan . Ana juga manusia yang sering khilaf . Datang lagi ya . Doakan ana ! ^___^

6 comments:

  1. tak sedar kita slalu buat cam tu kat orangtua....heemmmm

    ReplyDelete
  2. Na'am .. ya , ana setuju .. Huu :(
    Apabila kita sudah mengetahui , baiklah kita menjauhinya . Insya-Allah

    ReplyDelete
  3. Akak tunggu citer seterusnye dik ^_^

    ReplyDelete
  4. ^^ akak , hehe . terima kasih kak . insya-Allah , soon . <3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Mahabbah Pelangi Ilahi :

Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya dia benci dua perkataan itu.Masa berlalu seperti biasa, seterusnya meninggalkan cerita benci keterbelakang. Tapi, suatu pertemuan itu itu membibitkan rasa yang tak pasti. Suatu perkenalan itu merubah kebencian menjadi satu rasa. Rasa yang indahnya bagai dunia sentiasa dipenuhi rona-rona pelangi yang tak akan pernah pergi biar malam menjenguk siang.
Benarlah kata orang, cinta itu tidak akan suci tanpa redha Ilahi. Di tengah perjalanan menuju redha Pencipta, syaitan berjaya merasuk kononnya cinta Islamik. Pada hakikatnya, ISLAMIK ROMANTIK.
Namun bila cahaya hidayah hadir di jiwa, Allah menggunakan kesakitan setelah beribu dosa itu untuk dia dan dia mencari cinta-Nya. Kerana hati dia dan dia, dekat pada Dia, syaitan akhirnya tewas membuai rasa.

Hawa menuju Pencipta.
Adam mencari Pencipta.
Kerana dengan cinta Pencipta, mereka melahirkan cinta.

Selamat membaca !

This is the link of the first post of Mahabbah Pelangi Ilahi :