This is what you need to read :)

My photo
Mukah, Sarawak, Malaysia
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Saturday, June 25, 2011

Ana Sakit ... Tapi Alhamdulillah .. Sungguh hati ini terpujuk ..

Awal pagi 24 Jun 2011

-alhamdulillah , kawan-kawan ana tunggu ana sampai sekolah dekat tangga belakang kelas .. terharunya ana , dua orang kawan ni macam dah rapat ngan ana . sukanya ada kawan macam dorang , nikmat daripada Allah ..
-alhamdulillah , awal pagi lagi ada rezeki untuk ana , cikgu bagi ana buku latihan biologi percuma sebagai hadiah untuk ana dapat markah terbaik untuk 2 kali peperiksaan . Mula-mula tu ingat nak bayar jugak sebab semua kawan-kawan yang lain bayar . Tapi alhamdulillah , rezeki . Allah bagi rezeki melalui guru ana . semoga buku tu memberi manfaat kat ana . Ameen . <3

Jam 8.20 a.m

-kawasan perut , pinggang dan paha ana mula rasa sakit . sakit tapi ana masih boleh tahan , ana sabar .. berdoa mudah-mudahan rasa sakit ni tak lama ..
-ana keluar pergi toilet ngan kawan , tapi ana tak nak masuk toilet , tunggu luar je sebab rasa sakit ni makin mencucuk .. sabar diba , sabar . tu je yang ada dalam otak ana . masa tu ana betul-betul harap yang sakit ni tak lama . ana masih ada beberapa jam lagi kat sekolah .. ana takut ana tak dapat bertahan ..
-sampai kelas , Ya Allah , sakitnya ! ana tak dapat nak bercakap banyak dah . menulis pun lambat , sakit sangat pinggang ana . :'( Ya Allah , apa patut ana buat masa tu . sangat sakit , ana duduk ngan kawan . Ana bagitau dia ana sakit , dia suruh ana doa , zikir .. Ana doa , sakitnya Ya Allah . Bersyukur sebab Allah itu Maha Baik , setiap kesakitan yang ana rasa adalah penghapus dosa . Alhamdulillah .
-kemudian ana pergi toilet sorang-sorang dengan harapan sakit ni boleh pergi jauh-jauh . Ya Allah , bertambah sakit ! Ana menangis dalam toilet tu . Allah Maha Pengasih , ada kawan ana pergi toilet .. Dia nampak ana menangis , dia tanya ana kemudian dia hantar ana balik kelas .

Jam 9.35 a.m
-ana betul-betul dah tak dapat tahan .. ana terus pergi meja kawan , tanya dia macam mana nak dapat kebenaran untuk keluar sekolah , balik rumah .. ana betul-betul bertekad nak balik rumah masa tu , ana menangis kesakitan yang amat sangat kat bahagian pinggang . Ya Allah .
-alhamdulillah , ana dapat keizinan untuk balik , ana telefon mak . tapi mak tak angkat .. terharu lagi , kawan ana bawak duit syiling dari kelas untuk ana telefon kat mak . ana perlu 20 sen je nak telefon mak , tapi dia bagi 60 sen . Ya Allah , baiknya kawan ana . semoga dia diberkahi Allah .
-kemudian datang lagi kawan-kawan ana yang lain . Ya Allah , terharunya ana ! memang sangat terharu . Ada yang bawak botol air ana , ada yang bawak beg ana . Ya Allah , baiknya hati dorang . Ana sayang dorang . Sebab dorang , walaupun ana sakit sangat , tapi ana masih mampu tersenyum sebab dorang . :)

Di rumah
-ana tidur sampailah ibu bangunkan ana untuk pergi hospital ..Alhamdulillah , dah lega sikit sakit ana . Tapi ana kena check kat hospital gak , selali sangat kena macam ni .

Di hospital
-mula-mula doktor lelaki seorang check ana , dia ok , ana tak ada masalah ngan dia . Tapi lepas tu , doktor lelaki tu suruh ana injection kat bilik yang lagi satu untuk tahan sakit .
-masalahnya ana gugup apabila tengok doktor yang nak inject ana tu adalah doktor bernama LELAKI . apa patut ana buat , dia tengok ana atas sampai bawah . mungkin dia tengok penampilan ana kot . huhu ..
-kemudian dia suruh ana selak lengan baju ke atas , Ya Allah , aurat ni . takkan nak tunjuk kat dia . Tapi mak ana suruh jugak , ana tak boleh buat apa-apa , ana rasa terpaksa sangat ! Ana takut , bukan mahram tapi doktor tu dah pegang tangan ana ! AAAAAAAAAAAAAAAAAAA !

Hari ni
-Alhamdulillah , ana dah tanya beberapa orang kakak . Dorang cakap , untuk tujuan perubatan adalah diharuskan . Tapi kalau ada doktor perempuan , sebaiknya dengan doktor perempuan terlebih dahulu . :) Leganya ana rasa . Ketakutan tu dah hilang ! Alhamdulillah ! :)


Moral :
Allah tidak akan membebankan hamba-Nya .
Islam tidak akan membebankan penganutnya .
Alhamdulillah , indahnya islam !
Salam'alaik . Jazakallah khairan kerana membaca di blog ana . Maaf andai ada perkataan ana yang kurang menyelesakan . Ana juga manusia yang sering khilaf . Datang lagi ya . Doakan ana ! ^___^

7 comments:

  1. semangat yg kuat ^^

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah , semuanya daripada Allah SWT . ^^
    Inginkan semangat seperti Sumayyah ! Mempertahankan agama . :)

    ReplyDelete
  3. bercita2lah jadi doktor perempuan..^__^

    ReplyDelete
  4. seputih salju : a'ah .. tu mmg cita2 ana , tp bila fikirkan balik , tugas seorg guru sgt mulia . :)

    Sirrul Ain : Wa'alaikumussalam . :) Alhamdulillah , sebar2kan ye . semoga bermanfaat . Insya-Allah . :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..visit 2 ur site..sy suka blog islamik mcm ni..so truskan blogging..sbb sy akan jd reader yg setia for this blog..wslm..

    ReplyDelete
  6. wa'alaikumussalam . :) insya-Allah ya . syukran jazilan wa jazakillah ya ukhti ! :) semoga bermanfaat . insya-Allahu ameen .. ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Mahabbah Pelangi Ilahi :

Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya dia benci dua perkataan itu.Masa berlalu seperti biasa, seterusnya meninggalkan cerita benci keterbelakang. Tapi, suatu pertemuan itu itu membibitkan rasa yang tak pasti. Suatu perkenalan itu merubah kebencian menjadi satu rasa. Rasa yang indahnya bagai dunia sentiasa dipenuhi rona-rona pelangi yang tak akan pernah pergi biar malam menjenguk siang.
Benarlah kata orang, cinta itu tidak akan suci tanpa redha Ilahi. Di tengah perjalanan menuju redha Pencipta, syaitan berjaya merasuk kononnya cinta Islamik. Pada hakikatnya, ISLAMIK ROMANTIK.
Namun bila cahaya hidayah hadir di jiwa, Allah menggunakan kesakitan setelah beribu dosa itu untuk dia dan dia mencari cinta-Nya. Kerana hati dia dan dia, dekat pada Dia, syaitan akhirnya tewas membuai rasa.

Hawa menuju Pencipta.
Adam mencari Pencipta.
Kerana dengan cinta Pencipta, mereka melahirkan cinta.

Selamat membaca !

This is the link of the first post of Mahabbah Pelangi Ilahi :