This is what you need to read :)

My photo
Mukah, Sarawak, Malaysia
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Sunday, December 11, 2011

Tersenyumlah ! Dengan harapan moga senyuman itu akan mengundang kebahagian pada hati yang lain .

Assalamu'alaikum warahmatullah.
Andai pernah terlintas di hati kita begini :  “Kenapa sejak akhir-akhir ini saya terasa keikhlasan saya teruji? Saya buat satu perkara, saya tidak mengharapkan balasan ganjaran berlipat ganda, cuma sekelumit penghargaan berupa tindakan, tapi saya tak dapat penghargaan tu. Saya mula rasa tak ikhlas nak menolong lagi, nak menghulurkan lagi,terutama apabila menjalinkan persahabatan.”

Sahabat . ♥ Mereka adalah ujian buat kita , mereka juga adalah rahmat Allah bagi kita . :) Jika sahabat kita baik , moga kita mengikuti kebaikannya . Andai sebaliknya ? Jangan pula kita meninggalkannya , bawalah bersama-sama kita . :)
Satu kedukaan mampu untuk mengaburi manisnya seribu kegembiraan .
Hindarilah daripada mempersoalkan ketentuan Allah , kerana setiap apa yang ditentukan oleh Allah ke atas setiap jiwa itu adalah yang terbaik selagi jiwa itu sentiasa berserah pada-NYA .
"Everything is fated , only interchanged by Allah's will , effort and du'a ."
Jadilah insan yang suka belajar untuk menerima apa sahaja yang berada di pundak realiti , teruslah berpegang dengan tali yang kukuh ♥ Islam ♥ dan ingatlah kepada Allah yang Maha Menciptakan .

Everything is fated . Ujian itu tarbiyah . Biiznillah , bersabarlah duhai hati . Allah knows best . Jangan bersedih , jadilah hamba-NYA yang paling bahagia . Insya-Allah . ♥




Moga setiap hati yang ku sayangi semakin subur kecintaannya pada Ilahi . Moga-moga juga sentiasa bahagia di hari ini !
Tersenyumlah ! Dengan harapan moga senyuman itu akan mengundang kebahagian pada hati yang lain .
Allahumma ameen ! 

Salam'alaik . Jazakallah khairan kerana membaca di blog ana . Maaf andai ada perkataan ana yang kurang menyelesakan . Ana juga manusia yang sering khilaf . Datang lagi ya . Doakan ana ! ^___^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Mahabbah Pelangi Ilahi :

Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya dia benci dua perkataan itu.Masa berlalu seperti biasa, seterusnya meninggalkan cerita benci keterbelakang. Tapi, suatu pertemuan itu itu membibitkan rasa yang tak pasti. Suatu perkenalan itu merubah kebencian menjadi satu rasa. Rasa yang indahnya bagai dunia sentiasa dipenuhi rona-rona pelangi yang tak akan pernah pergi biar malam menjenguk siang.
Benarlah kata orang, cinta itu tidak akan suci tanpa redha Ilahi. Di tengah perjalanan menuju redha Pencipta, syaitan berjaya merasuk kononnya cinta Islamik. Pada hakikatnya, ISLAMIK ROMANTIK.
Namun bila cahaya hidayah hadir di jiwa, Allah menggunakan kesakitan setelah beribu dosa itu untuk dia dan dia mencari cinta-Nya. Kerana hati dia dan dia, dekat pada Dia, syaitan akhirnya tewas membuai rasa.

Hawa menuju Pencipta.
Adam mencari Pencipta.
Kerana dengan cinta Pencipta, mereka melahirkan cinta.

Selamat membaca !

This is the link of the first post of Mahabbah Pelangi Ilahi :