This is what you need to read :)

My photo
Mukah, Sarawak, Malaysia
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Sunday, December 11, 2011

Bicara tentang muka buku :') *MAHMUDAH versus MAZMUMAH*

Assalamu'alaikum warahmatullah ya sohabat . Mari kita renungkan sifat-sifat mahmudah dan mazmumah di bawah. Dan seiring dengan itu, sebaiknya kita muhasabah diri kita kembali, sama ada kita telah melakukan perkara mahmudah ataupun mazmumah, semenjak kita sama-sama berjumpa tetapi tidak bersama di laman muka buku .


MAHMUDAH !
Jika status kita banyak orang like, apa kata kita?
--> Alhamdulillah, banyak yang like status saya. Mungkin semua yang like ni suka apa yang saya post. Moga semua yang membacanya dan mengambil iktibar daripadanya mendapat manfaat. Allahumma amin ! :')


MAZMUMAH !
Jika status kita banyak orang like, apa kata kita?
--> Wah, banyaknya orang like status aku ! Bangganya aku, rasa macam famous pulak. Lepas ni aku nak buat banyak-banyak status best-best la . Biar banyak orang like ! :)



MAHMUDAH !
Jika gambar kita banyak orang like, apa kata kita?
--> Astaghfirullahal'adzhim. Banyaknya orang like gambar saya ! Ya Allah, takutnya saya kalau banyak orang like ni, mesti sebab dorang cakap gambar saya ni cantik. Ya Allah, takutnya saya. Benda-benda macam ni boleh mendatangkan fitnah kepada diri saya sendiri. Astaghfirullah, fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh, tak naklah saya menjerumuskan orang lain ke lembah dosa. Baik saya delete gambar ni !


MAZMUMAH !
Jika gambar kita banyak orang like, apa kata kita?
--> Weeee ! Aku suka, hepinya banyak orang like gambar aku. Hehe, dorang suka la tu, tengok muka aku yang comel ni. Biasa ba tu ! Tengok orang la. Lepas ni aku nak upload banyak-banyak la gambar cantik. Makin popular, aku ! Sukanya ! Makin bertambah la friends aku lepas ni, mesti ada lelaki handsome jugak. Yelah, takkan lelaki handsome nak kawan ngan perempuan yang tak cantik . Hehe, banggalah aku ada muka cantik !


MAHMUDAH !
Jika status kita orang copy and paste, apa kata kita?
--> Masya-Allah ! Banyaknya orang kat facebook ni copy status saya . Ni maksudnya orang-orang setuju la dengan apa yang saya post. Alhamdulillah, semakin banyak orang copy and paste, biiznillah ada juga pahala untuk saya kerana menyebarkan ilmu Allah . Semoga ramai orang yang akan mendapat manfaat dan semoga aku jauh daripada sifat riak wa ujub. Allahumma amin. :)

MAZMUMAH !

Jika status kita copy and paste, apa kata kita?
--> Wo wo wo ! Apa ni main kopipasta status aku ! Ingat senang ka aku nak perah otak buat benda ni. At least, mintak la izin dulu nak copy ke . Ni tak, main lantak suka hati mak bapak dia je ! Nak banyak orang like status tu, pergi la belajar buat ayat best. Apalah manusia zaman sekarang, nak kerja senang je !


MAHMUDAH !
Jika orang yang add kita nampak 'beragama', apa kata kita?
--> Alhamdulillah ! Ada jugak orang macam ni nak kawan dengan saya. Subhanallah, bestnya dapat kawan baru. Mesti seronok nanti, dia boleh ingatkan saya kepada Allah. Baca status dia nanti pun mesti banyak yang berkaitan dengan agama. Selain ukhuwwah, dapat jugak ilmu. Ya , kawan macam ni la yang bermanfaat ! Saya nak approve la ! :)


MAZMUMAH !
Jika orang yang add kita nampak 'beragama', apa kata kita?
--> Eh, ada stok ustazah bajet alim la add aku . Tak nak la aku ! Dengar mak bapak aku membebel dah cukup sakit telinga ni, apa lagi nak dengar mak haji pak haji ni semua dakwah kat aku . Tak kuasa aku nak layan, aku ignore je lagi baik !


MAHMUDAH !
Jika orang yang add kita nampak 'sosial melampau', apa kata kita?
--> Allah, mintak simpang malaikat 44 saya macam ni, na'udzubillah. Tapi tak pa, saya approve. Siapa tahu melalui persahabatan dengan saya, dia akan berubah. Siapa tahu, suatu hari nanti dia menjadi lebih baik daripada saya. Orang macam nilah yang lebih memerlukan sahabat yang sering mengingatkannya kepada Allah berbanding orang-orang yang 'beragama' . Mungkinkah Allah nak tolong dia kembali melalui persahabatan kami di laman muka buku ni ? :)


MAZMUMAH !
Jikan orang yang add kita nampak 'sosial melampau', apa kata kita?
--> Eei, mintak simpang malaikat 44 aku nak kawan ngan orang macam ni. Ee, tak nak la aku ! Dah la pakai sendat, rambut macam la cantik sangat. Cantik lagi aku dengan tudung ni ! Tak nak la approve, nanti virus gedik dia berjangkit pulak kat aku ni, aku ni budak baik . Tak nak la , tak nak ! IGNORE !

Alhamdulillah, sudah tamat membaca segala perkara MAHMUDAH dan MAZMUMAH yang berkaitan dengan laman sosial muka buku ? Jika selama ini kita melakukan amalan mahmudah, maka alhamdulillah. Bersyukurlah kepada Alah kerana diri kita masih lagi terpelihara. Namun, andai kiranya pula kita melakukan yang sebaliknya, istighfarlah memohon keampunan kepada Allah, ubah diri kita untuk melakukan perkara mahmudah ketika melayari laman muka buku.Anda yang membaca dan anda yang bermuhasabah, anda tentukan langkah anda yang seterusnya . Live well or live hell, you choose ! :')

Salam'alaik . Jazakallah khairan kerana membaca di blog ana . Maaf andai ada perkataan ana yang kurang menyelesakan . Ana juga manusia yang sering khilaf . Datang lagi ya . Doakan ana ! ^___^

1 comment:

  1. Mahmudah always..think postve.moga Allah redha :)
    -Ummu Sulaim-

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Mahabbah Pelangi Ilahi :

Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya dia benci dua perkataan itu.Masa berlalu seperti biasa, seterusnya meninggalkan cerita benci keterbelakang. Tapi, suatu pertemuan itu itu membibitkan rasa yang tak pasti. Suatu perkenalan itu merubah kebencian menjadi satu rasa. Rasa yang indahnya bagai dunia sentiasa dipenuhi rona-rona pelangi yang tak akan pernah pergi biar malam menjenguk siang.
Benarlah kata orang, cinta itu tidak akan suci tanpa redha Ilahi. Di tengah perjalanan menuju redha Pencipta, syaitan berjaya merasuk kononnya cinta Islamik. Pada hakikatnya, ISLAMIK ROMANTIK.
Namun bila cahaya hidayah hadir di jiwa, Allah menggunakan kesakitan setelah beribu dosa itu untuk dia dan dia mencari cinta-Nya. Kerana hati dia dan dia, dekat pada Dia, syaitan akhirnya tewas membuai rasa.

Hawa menuju Pencipta.
Adam mencari Pencipta.
Kerana dengan cinta Pencipta, mereka melahirkan cinta.

Selamat membaca !

This is the link of the first post of Mahabbah Pelangi Ilahi :