Kata-kata sahabat sekelas ana terasa benar-benar menarik ana ke dunia realiti ! Untuk berfikir apa yang sebelum ini mungkin tak pernah ana terfikirkan . Pada permulaannya ana seperti biasa , as normal as I am , sedaya upaya untuk tidak mengeluarkan apa-apa perkataan yang mungkin saja boleh mengguris perasaan sahabat .
Ana betul-betul terlupa apa-apa yang ana bicarakan bersama sahabat ana setelah dia mengeluarkan ayat ini , "Saya cuma nak gembirakan awak" . Subhanallah ! Sahabat ana nak gembirakan ana ? ^__^
Namun ana mula tertanya-tanya , ana ni sedih ke ? Mungkin memang ada perkara yang sememangnya sedikit menyedihkan namun ana tidak ingin terlalu terbuai dengan perasaan dan emosi , tapi ana rasa ana betul-betul dalam keadaan yang sihat dan normal fizikal serta mental . Alhamdulillah !
Kata-kata sahabat buat ana terfikirkan sesuatu ...... Sesuatu yang ana rasa agak menyedihkan !
Siapa lagi sahabat-sahabat ana yang pernah berkata sedemikian kat ana ? Siapa lagi yang pernah timbul niat untuk menggembirakan ana ? Dah berapa lama tak dengar ayat macam tu dari mulut seorang sahabat ?
Allahuakhbar ! Sungguh , sesaknya dada ni .
Ingin sahaja ana jawab sendiri segala persoalan yang timbul di benak !
Allah ! Hamba-MU ini masih sedaya upaya untuk husnuzhon , bersangka baik itu memang susah kerana ganjarannya adalah pahala . Bersangka buruk pula adalah amat mudah kerana akibatnya adalah dosa . Nau'dzubillah !
Sahabat , ana tak pernah menyesal menjalin ukhuwah dengan kalian tapi ana mohon kasih-sayang yang ikhlas . Persahabatan yang ikhlas kerana Allah ! Ana perlukan sahabat di waktu susah ana , di waktu senang ana . Sungguh , ana tak pernah lagi jumpa sahabat yang sentiasa bersama ana sama ada dalam suka dan duka . Ana harap , suatu hari nanti ana ketemu sahabat sejati . Insya-Allah !
Benarlah kata pujangga Hamka , sahabat sejati itu hanya ada satu dalam seribu . Susah untuk dicari ! Hmm , agaknya orang yang ke-1000 itulah sahabat sejati ana . Insya-Allah . I long for true friend , Oh Allah ya Rabbul 'Alamin .
"Saya cuma nak gembirakan awak" terasa menjadi ayat keramat yang ana sentiasa fikirkan sejak hari itu ......
No comments:
Post a Comment