This is what you need to read :)

My photo
Mukah, Sarawak, Malaysia
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Saturday, November 19, 2011

Moga membesar sebagai insan beriman ya Sofeatul Husna !


Assalamu'alaikum warahmatullah .. ^^
Ini ana punya anak buah , Sofiatul Husna . 

Wajahnya secantik namanya . Insya-Allah !
Nak story sikit apa yang ana rasa kagum kat dia hari ni . ♥ !
Dulu-dulu masa kitorang tinggal rumah nenek , nenek selalu pesan tiapkali kali nak masuk waktu solat .
Nenek : "Dah nak masuk waktu solat ni , tutup tv tu . Nanti malaikat tak nak naik rumah .
So lepas tu bila dah pindah rumah mak , selalu jugak ana pesan kat budak kecik ni macam tu terutamanya waktu Maghrib .
Ana : "Mia , dah nak Maghrib , usu nak solat kejap lagi . Tutup tv tu ."
Kadang-kadang dia dengar je cakap ana , kadang-kadang bising jugak dia sebab tak nak tutup tv .
Dan hari ni , Mia tinggal sorang ngan ana je kat rumah . Cuti sekolah kan , mak still mengajar lagi .
Masa tu masuk waktu Zuhur , Mia tengah tengok tv .
Khilaf ana hari ni sebab tak tegur Mia suruh tutup tv .
Tak lama lepas tu , ana pergi la solat .
Time ana mengaji lepas solat tu , tiba-tiba ada Mia masuk bilik ana .
Dia tanya , "Usu , tadi solat ke ? Kenapa tak suruh Mia tutup tv ?"
Ana jawab , "Mia sorang-sorang je kat luar tadi , tu yang usu tak suruh . Kenapa ? Tadi Mia tutup tv ke ?"
Dia jawab , "Tak lah ."
Ana terus cakap , "Jadi , lain kali tiap-tiap kali usu atau mak nek solat , Mia kena tutup tv ya ."
Dia angguk je .

Subhanallah ! Budak-budak , kalau kita tunjukkan akhlak yang baik kepada mereka , mereka pasti akan ikut . Insya-Allah !
Syukran kepada nenekku , Hajjah Derma Ta'siah sebab bagi pesanan yang sama kat ana sejak dulu lagi ! ♥

Huz Zul , Nur Raudhah Hussin ♥
Tengoklah , hebat kan anak buah kita ?
Kita bila pulak nak jadik sehebat dia ? :)
Hauled in by: Nur' Adibah As-Safa

Salam'alaik . Jazakallah khairan kerana membaca di blog ana . Maaf andai ada perkataan ana yang kurang menyelesakan . Ana juga manusia yang sering khilaf . Datang lagi ya . Doakan ana ! ^___^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Mahabbah Pelangi Ilahi :

Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya dia benci dua perkataan itu.Masa berlalu seperti biasa, seterusnya meninggalkan cerita benci keterbelakang. Tapi, suatu pertemuan itu itu membibitkan rasa yang tak pasti. Suatu perkenalan itu merubah kebencian menjadi satu rasa. Rasa yang indahnya bagai dunia sentiasa dipenuhi rona-rona pelangi yang tak akan pernah pergi biar malam menjenguk siang.
Benarlah kata orang, cinta itu tidak akan suci tanpa redha Ilahi. Di tengah perjalanan menuju redha Pencipta, syaitan berjaya merasuk kononnya cinta Islamik. Pada hakikatnya, ISLAMIK ROMANTIK.
Namun bila cahaya hidayah hadir di jiwa, Allah menggunakan kesakitan setelah beribu dosa itu untuk dia dan dia mencari cinta-Nya. Kerana hati dia dan dia, dekat pada Dia, syaitan akhirnya tewas membuai rasa.

Hawa menuju Pencipta.
Adam mencari Pencipta.
Kerana dengan cinta Pencipta, mereka melahirkan cinta.

Selamat membaca !

This is the link of the first post of Mahabbah Pelangi Ilahi :