This is what you need to read :)

My photo
Mukah, Sarawak, Malaysia
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Tuesday, October 25, 2011

Naaa , kan senang kalau husnuzhon ! :)

Assalamu'alaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh .[ aiseh panjangnya , hehe . takpe , lagi panjang lagi bagus , ye dak ? :) ]

First and foremost , ana nak tanye , ada sapa-sapa yang tak faham lagi apa tu HUSNUZHON ? 
Sapa yang tak tau tu , angkat tangan ye . Boleh jugak ana terangkan . Hehe ^^
Ana pernah terbaca satu entri ni , dalam tu cakap tentang perspektif masyarakat Melayu kita tentang penggunaan-penggunaan perkataan Arab ni . Pada pendapat penulis entri tu , masyarakat Melayu menganggap sapa-sapa yang guna ayat-ayat atau perkataan Arab dalam perbualan harian ni hanyalah golongan ustaz ustazah , mak haji pak haji je . Hmm , salah tu kawan . :)  Semua pun boleh guna perkataan Arab termasuklah sapa ? Termasuklah ana ! :)
Baik !
Apa itu HUSNUZHON ? Mudah je , lagi mudah daripada Quadratic Equation . :)
HUSNUZHON itu maksudnya BERSANGKA BAIK , atau orang putih cakap , THINK POSITIVE .


Ana dah melalut entah ke mana dah ni . Sebenarnya ana nak kongsi satu kisah pendek je tentang husnuzhon ni  .
Hujung minggu lepas ana dan kawan-kawan pergi Politeknik Mukah untuk menyertai satu program that was Program Simposium Sains dan Teknologi .
Ramai gak student sekolah yang ikut program tu , sampai beratus orang .
Ceritanyaaaaaaaa ....

Hari pertama :
 "Kenapalah dorang ni langsung tak senyum , baik je aku senyum kat dorang . Nak balas pun tak . Alahai penatnya ana if terus macam ni ." [ Hari pertama ni boleh tahan lagi , merungut dalam hati .]
Malam pertama :
"Suzi , perasan tak budak-budak tu langsung tak pandai nak senyum kat kita ? Ana senyum banyak kali , balas pun tak . Ana tau la dorang tu budak excellent ."
Suzi pun senyap je , tak cakap pape .
Hari kedua :
 Ana terserempak ngan budak-budak yang sama , ana senyum lagi . Ya Allah , still tak dibalas ! Susah sangat ke  dorang nak bagi curve sikit bibir tu , tak la ana malu sesorang senyum kat dorang kan .
Ana terus masuk bilik sahabiyah ana .
"Za , Nazi , apasal dorang tu langsung tak senyum kat ana ah ? Dah banyak kali dorang buat derk je kat ana . Ana dah senyum , senyum je lah ."
Nazia : "Ana pon tak tau , ada gak ana senyum tapi tak dapat respon . Biarlah ."
Zaza : "Ana ada kawan dari sekolah yang enti cakap tu , hiya je yang ada senyum ngan ana ."
Petang hari kedua :
Ana turun tangga . Lepas tu , ada la sorang student naik tangga . Ana senyum , hiya tengok ana tapi tak balas senyuman ana . Ana nyanyi , "Senyumlah , senyumlah ahaaai Cik Mek molek ." 
Lepas makan petang tu ana terserempak balik ngan budak yang ana terserempak kat tangga tu . Hiya langsung tak senyum . Ya Tuhan ! Ada apa ngan dorang ni semua . Tak friendlynyaaa , tapi budak pandai tu . Takkan la sombong . Tak tahan , tak tahan !
Malam kedua :
 "Suzi , ana dah tak tau . Penat nak senyum ."
Suzi jawab , "Ya , ana tau . dorang memang macam tak balas langsung senyuman kita . Biasalah . Ana pun ada jugak kena macam tu ."

HARI KETIGA :
Hari ni semua orang dah nak balik , lepas kemas barang kitorang pun turun tangga ,
Nampaknya , kitorang adalah group yang paling last keluar dari asrama tu .
Ana merungut lagi , sedihnya bila orang buat tak layan kat kita kan .
"Korang , ana sedih la . Kenapalah dorang tu buat kita macam ni , kalau orang senyum tu , senyum la . Ni tak , balik-balik tunjuk muka takda perasaan tu . Sedihnyaaa ."
Sahabiyah ana yang tiga orang tu pulak ketawan je kat ana . Hehe , lawak ke ana merajuk sebab benda macam ni ? (part perasaaaan) . :P
Ana cakap lagi , "Tak sukaaaa , tak suka !" .
Lepas tu ana tak sangka ada respon dari kawan ana .
Suzi cakap , "Alaaa , mereka semua tu datang bulan . Sebab tu mereka tak boleh nak senyum ."
Hihi . Serentak empat-empat kitorang terlepas ketawa ! Hehe , macam lawak je jawapan Suzi .
Ana balas , " Haaa , betul gak tu . Mungkin dorang uzur , sebab tu moody semacam , sampai tak pandai nak balas senyum orang ."
Kami berlawak sampai ke tingkat paling bawah pun ketawa lagi . Alahaaai memang banyak ketawa la kami tengahari tu . ^^

Pandainye lah kawan ana kan ? Boleh pulak kuar idea pasal datang bulan tu dalam otak dia . :)
Boleh tu , husnuzhon kan ? Untuk melegakan hati sendiri , so mesti la bersangka baik dengan mengatakan dorang tu uzur . Sebab tu tak dapat nak sneyum ,takda mood la katakan . :) Senang kan nak bersangka baik ?????
Macam ni konsepnya .
Premis satu : Students tu semua tak boleh nak senyum .
Premis dua : Students tu semua uzur .
Konklusi : Students tu semua tak boleh nak senyum sebab mereka uzur .
 KAN MUDAH JE ?

Benda ni la buat ana berfikir dua tiga hari ni . :)
Kita patut HUSNUZHON dalam sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara ! ^^
Last but never the least , ana nak kongsi satu ayat Al-Quran yang jadik favourite ana . ^^
Ayat ni sweet , Dia sebut tentang hal bersangka-sangka ni . ^^

    O you who have believed, avoid much [negative] assumption. Indeed, some assumption is sin. And do not spy or backbite each other. Would one of you like to eat the flesh of his brother when dead? You would detest it. And fear Allah ; indeed, Allah is Accepting of repentance and Merciful.  [ Al-Hujurat : 12 ]

  “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” [ Al-Hujuraat : 12 ]      


Tamat di sini . selawat ! :)                      
Salam'alaik . Jazakallah khairan kerana membaca di blog ana . Maaf andai ada perkataan ana yang kurang menyelesakan . Ana juga manusia yang sering khilaf . Datang lagi ya . Doakan ana ! ^___^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Mahabbah Pelangi Ilahi :

Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya dia benci dua perkataan itu.Masa berlalu seperti biasa, seterusnya meninggalkan cerita benci keterbelakang. Tapi, suatu pertemuan itu itu membibitkan rasa yang tak pasti. Suatu perkenalan itu merubah kebencian menjadi satu rasa. Rasa yang indahnya bagai dunia sentiasa dipenuhi rona-rona pelangi yang tak akan pernah pergi biar malam menjenguk siang.
Benarlah kata orang, cinta itu tidak akan suci tanpa redha Ilahi. Di tengah perjalanan menuju redha Pencipta, syaitan berjaya merasuk kononnya cinta Islamik. Pada hakikatnya, ISLAMIK ROMANTIK.
Namun bila cahaya hidayah hadir di jiwa, Allah menggunakan kesakitan setelah beribu dosa itu untuk dia dan dia mencari cinta-Nya. Kerana hati dia dan dia, dekat pada Dia, syaitan akhirnya tewas membuai rasa.

Hawa menuju Pencipta.
Adam mencari Pencipta.
Kerana dengan cinta Pencipta, mereka melahirkan cinta.

Selamat membaca !

This is the link of the first post of Mahabbah Pelangi Ilahi :