This is what you need to read :)

My photo
Mukah, Sarawak, Malaysia
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Monday, September 12, 2011

DENGARLAH SUARA KAMI..


Assalamu'alaikum ^^ Nak post 1 cerita yang sangat la sedih if kita baca dengan sepenuh hati dan perasaan .. Dapat dari kawan ana .. Huu memang best lh ! Fenomena yang sering berlaku pada masyarakat kita sekarang . Masyarakat Islam !!! Adakah kita sibuk sangat mengalahkan kesibukkan Rasulullah yang tugasnya memimpin negara dan umat??




suatu hari di bulan syawal , sedang aku mejemur pakaian di luar rumah kedengaran suara kanak-kanak memberi salam .

"Assalamualaikum!!"
"Waalaikumussalam". jawabku.
"akak , boleh kami beraya?". tanya salah seorang dari mereka.
"boleh-boleh , masuklah. " jawabku dengan riang.

Aku pun masuk kedalam rumah bersama mereka.

"adik-adik duduklah dulu, akak pergi buat air ye". Aku ke dapur untuk membuat air.

.........................................................................................

"Jemput minum adik-adik . Makanlah kuih-kuih ni . " kataku sambil tersenyum. Seronok aku melihat keceriaan kanak-kanak ini . Hidup mereka bagaikan tiada masalah .

"dah berapa buah rumah adik-adik beraya?" tanyaku.
"baru dua akak". jawab salah seorang dari mereka .
"owh , akak ingatkan dah banyak" .
"kami dah pergi banyak rumah , tapi yang buka pintu dua buah rumah je."
"owh , macam tu rupanya ."

tiba-tiba seorang dari mereka yang sejak tadi hanya mendiamkan diri bertanya kepadaku.

"akak , kenapa orang-orang kat sini tak nak buka pintu bila kami beri salam ? kan sekarang ni hari raya?"
"betul , betul , betul !! " yang lain menyampuk tanda setuju.
"mungkin diorang takde kat rumah kot" . jawabku.
"tapi kami nampak diorang ada . Bila kami datang terus tutup langsir." jawabnya kembali tidak puas hati .
"tak apalah dik , mungkin diorang ada kerja lain . Adik-adik raya je kat rumah akak ni." kataku sambil tersenyum untuk menyenangkan mereka . Dalam hati aku rasa sangat kecewa dengan sikap masyarakat sekarang .

selang beberapa minit di rumahku .
"akak !!kami nak balik dulu."
"alaa , cepatnnye nak balik . tunggu kejap ye". aku masuk kedalam untuk mengambil duit.

.................................
"nak duit raya tak?" . tanyaku.
"mestilah nak akak" . mereka ketawa keriangan .
"kalau nak salam akak dulu . " kami pun bersalam-salaman.
"assalamualaikum akak"
"waalaikumussalam , datanglah lagi ye."
"ok , no hal !!". jawab mereka .

.............................................................................

selang beberapa hari selepas itu , di masjid dekat perumahanku , aku melihat beberapa orang kanak-kanak yang beraya di rumahku hari itu mengedarkan risalah . Aku mendekati mereka untuk mengambil risalah tersebut . Sempat juga ku bertegur sapa dengan mereka . Aku terus membaca risalah tersebut .

DENGARLAH SUARA KAMI..

Pakcik , makcik ,
kami ingin bertanya
mengapa ketika kami memberi salam di rumah pak cik makcik ,
tidak ada seorang pun yang menjawab?

adakah pakcik makcik sedang sibuk??
tapi , adakah kesibukan pakcik makcik melebihi kesibukan Rasulullah s.a.w?
yang kerjanya memimpin negara dan umat?

pakcik , makcik ,
adakah pakcik dan makcik tahu
andainya Rasulullah bersama kita
kamilah golongan yang baginda akan muliakan

pakcik , makcik ,
bukankah di hari raya kita dituntut untuk menjalinkan silaturahim??
Itulah yang selalu dilakukan oleh rasul kita Muhammad s.a.w
adakah pakcik dan makcik mencitai Rasulullah??
andai jawapanya ya , ikutilah sunnahya..

suara anak-anakmu..

Walaupun pendek , risalah tersebut membuatkan air mataku mengalir .

Salam'alaik . Jazakallah khairan kerana membaca di blog ana . Maaf andai ada perkataan ana yang kurang menyelesakan . Ana juga manusia yang sering khilaf . Datang lagi ya . Doakan ana ! ^___^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Mahabbah Pelangi Ilahi :

Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya dia benci dua perkataan itu.Masa berlalu seperti biasa, seterusnya meninggalkan cerita benci keterbelakang. Tapi, suatu pertemuan itu itu membibitkan rasa yang tak pasti. Suatu perkenalan itu merubah kebencian menjadi satu rasa. Rasa yang indahnya bagai dunia sentiasa dipenuhi rona-rona pelangi yang tak akan pernah pergi biar malam menjenguk siang.
Benarlah kata orang, cinta itu tidak akan suci tanpa redha Ilahi. Di tengah perjalanan menuju redha Pencipta, syaitan berjaya merasuk kononnya cinta Islamik. Pada hakikatnya, ISLAMIK ROMANTIK.
Namun bila cahaya hidayah hadir di jiwa, Allah menggunakan kesakitan setelah beribu dosa itu untuk dia dan dia mencari cinta-Nya. Kerana hati dia dan dia, dekat pada Dia, syaitan akhirnya tewas membuai rasa.

Hawa menuju Pencipta.
Adam mencari Pencipta.
Kerana dengan cinta Pencipta, mereka melahirkan cinta.

Selamat membaca !

This is the link of the first post of Mahabbah Pelangi Ilahi :