Satu ketika kau bertanya..
Sudikah kau menjadi Makmum disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna dan terjaga hendaknya..
Sudikah kau menjadi Penjaga diri dan maruahku agar hidupku lebih tenang dan bahagia,
Sudikah kau menjadi Pendidik hati dan jiwaku agar rohaniku terisi hikmahNya dan akhlakku terjaga hendaknya ,
Sudikah kau menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkahku agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku,
Sudikah kau menjadi Peneman di kala suka dan duka ku agar satu hari, jika ujian itu datang air mataku ada yg menghapuskan,
Sudikah kau menjadi Pembela diriku dan agamaku agar aku terus berada di atas jalan yang benar ,
Sudikah kau menjadi Penggerak semangatku.. agar bila aku kelesuan kau mampu memberi bantuan walau hanya sekadar senyuman,
Sudikah kau menjadi Sahabat buat diriku.. mendengar luahan hatiku agar aku boleh berbicara apa saja dgn mu tanpa rasa ragu,
Sudikah kau menjadi Penghibur ketika ku kesunyian agar aku boleh ketawa riang,
Satu ketika aku menjawab..."Ya, Aku sudi.. Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"
Tetapi, aku kembalikan soalan ini kepadamu..
Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU? jika aku sudah tidak seperti dulu?
Sudikah kau pula menjadi Imam, Penjaga, Pendidik, Pemerhati, Peneman, Pembela, Penggerak, Sahabat dan Penghiburku,
Jika suatu ketika nanti aku sudah tidak mampu lagi menjadi Makmum di setiap solatmu,
Jika aku sudah tidak mampu lagi menjagamu, menemanimu, memerhatikanmu, mendidikmu, membelamu, menggerakkanmu menjadi sahabatmu dan menghiburkanmu,
Sudikah kamu wahai .....................?
Aku percaya..kau masih sudi.."Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"
Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah
wallahua'lam..
p/s : ini titipan buat kamu.... Moga cinta hingga ke syurga...
Subhanallah .. terharu ana baca entry ni .. suka sangat ! moga kamu juga mendapat cinta abadi yang kekal hingga ke syurga ye sayang .. =)
ReplyDelete