This is what you need to read :)

My photo
Mukah, Sarawak, Malaysia
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Monday, December 19, 2011

Syurga Cinta Hana Munirah

"Akak sayang, story-story ! Story la lagi !"
"Ha'ah kak, nak dengar ni. Kami janji, akan jadi pendengar paling setia yang akak pernah jumpa !"
"Kalau akak tak story, kitorang merajuk tau !"
"Tu aku setuju ! Kalau kak Munirah tak cerita, tak nak teman akak duduk sini lagi !"
Safa, Anis, Imanina dan Aisyah saling berbalas-balas kata untuk memujukku. Desakan demi desakan sepupu-sepupuku itu memaksa aku untuk membuka kembali cerita lama. Begitulah mereka, hampir setiap kali aku mengajak mereka untuk menemaniku menghabiskan waktu petang di tepi pantai, mereka tidak pernah gagal untuk mengorek cerita tentang diriku. Aku merasa senang bersama mereka. Benarlah, mereka pendengar paling setia yang aku pernah jumpa. Pastinya selain Allah SWT yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat diriku.
"Naaa, sayang-sayang akak sekalian. Jangan nak merajuk. Ya, koranglah pendengar akak yang cukup setia. Maaf ya, akak tak boleh la nak labelkan adik-adik ni sebagai pendengar paling setia akak, sebab akak ada dia." usikku pada mereka sambil mengukirkan senyuman.
"Dia? Hah, boyfriend akak la tu. Takda maknanya dia tu pendengar paling setia akak." balas Anis sambil mencebikkan bibirnya.
"Akak Mun tipu ! Lelaki takkan tahan la tengok akak cerita sambil nangis-nangis. Lain la kami ni, supergirl." Safa mencelah. Dia terus menunjukkan kami aksi supergirlnya. Comel ! Serentak tawa kami berempat pecah melihat gelagat Safa yang mencuit hati.
"Amboi Anis, Safa ? Mentang-mentang akak cakap 'dia' terus korang ingat dia tu boyfriend akak ya dik? Hee, memang pun. Dia adalah kekasih agung akak. Innallaha sami'un 'alim. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Maka kesimpulannya, Allah la pendengar akak yang paling setia. Bukan lelaki tau, tapi Allah." ujarku setelah tawa kami reda. Keempat-empat mereka tersipu-sipu memandangku. Mungkin malu kerana tekaan mereka tidak menepati sasaran.
"Eh, yang malu-malu ni kenapa? Tadi cakap nak suruh akak story tu la, story ni la. Hee." ideaku untuk mengusik mereka seakan tak pernah habis bagi memecah kesunyian yang tiba-tiba mencengkam situasi antara kami.
Aisyah tiba-tiba bangkit dan melakukan aksi supergirl sekali lagi. "Aisyah, supergirl !" jeritnya. Budak umur 15 tahun itu memang comel lagaknya. "Petang ni, biar Aisyah pula tanya apa yang Aisyah nak tahu tentang kak Munirah." sambungnya setelah usai aksi supergirl. Masih dengan aksi comelnya, Aisyah merenung ketiga-tiga sepupunya yang lain dan berkata, "Supergirl Safa,  Supergirl Iman dan Supergirl Anis, korang bertiga diam, zipkan mulut !" arahnya tegas. Aku ketawa kecil, entah dari filem mana ditiru budak Aisyah gaya macam tu. Umur dah 15 tahun, perangai masih macam budak tak cukup umur. Eh, Munirah mengata orang? Astaghfirullahal'adzhim. Macam la aku dulu gaya budak dah cukup umur je time baya Aisyah ni.
"Baik sayang Supergirl Aisyah. Aisyah nak tanya apa?" lantasku bertanya kerana tidak ingin menghampakan budak comel dengan muka penuh mengharap tu.
"Akak..." panggil Aisyah sambil menarik sengih. "Tadi kan, akak cakap kekasih agung akak tu, Allah." matanya dibulatkan, tanda bertanya. "Ahaa, jadi?" balasku sambil menaikkan kening kananku. Ah, sudah ! Soalan apa pulak budak Aisyah ni nak tanya aku. Simpang malaikat 44, janganlah dia tanya aku benda luar alam. Amin.
"Aisyah nak tahu pasal kisah cinta akak, boleh tak? Maksud Aisyah, bukan cinta kepada Allah, Rasulullah ataupun ibubapa, sebaliknya cinta kepada insan bernama lelaki. Kaum adam." sepatah demi sepatah Aisyah menuturkan. Dia tunduk, mungkin bimbang dengan tindakbalasku kepada soalannya. Aku mengeluh, panjang. Kata-kata Aisyah berulang kembali dalam mindaku, "Bukan cinta kepada Allah, Rasulullah ataupun ibubapa, sebaliknya cinta kepada insan bernama lelaki. Kaum adam."
"Aisyah, pandang akak." kataku. Matanya ku renung, jelas anak ini terlalu berharap. Suasana tiba-tiba hening. Safa, Iman dan Anis juga membisu. Pasti mereka juga ingin tahu. Usia remaja menuntun jiwa mereka untuk mengetahui apa itu cinta, desis hatiku. Aku mengukirkan senyum. "Akak boleh ceritakan kisah cinta akak, tapi sayang-sayang semua kena jawab soalan akak dulu, boleh?" Pantas keempat-empat mereka mengangguk.
"Alhamdulillah, ni soalan akak. Apa definisi bagi cinta itu sendiri?" ku ajukan soalan itu buat mereka. Biarlah mereka mendefinisikan cinta sebelum aku bersedia membuka lembaran epilog silam.
Anis tersenyum lebar. "Alaah, definisi cinta sangatlah mudah ! Supergirl bergabung ! Supergirl Anis dulu ya. Cinta itu adalah permulaan jodoh. Cinta itu terbahagi kepada tiga. Pertamanya, jodoh dari syaitan. Lelaki dan perempuan itu berkenalan, berpegangan tangan dan terus buat maksiat. Akhirnya wanita tersebut mengandung kemudian baru mereka menikah. Sapa nak sambung?" jawab Anis dengan penuh keyakinan. Wah, hebat gadis ini. Entah dari mana dia dapat definisi cinta itu, aku pun tak tau. Aku tersenyum, menunggu jawapan seterusnya.
"Biar Supergirl Aisyah sambung! Yang keduanya, jodoh dari jin. Lelaki dan wanita itu berkenalan, dan lelaki sukakan wanita tersebut dan wanita itu tidak suka kepada si lelaki. Maka dia bomohkan dan sihirkan wanita itu supaya dia suka kepada si lelaki dan kemudiannya mereka bernikah." sepertinya mereka sudah bersedia lebih awal dengan jawapan masing-masing. Atau, mereka memang sudah merancang untuk bertanyakan aku tentang cinta?
"Supergirl, beraksi ! Giliran Iman pulak ye kak Munirah dan sepupuku sekalian." Iman mencapai ranting kayu di tanah, dia jadikan sebagai mikrofon palsu. "Yang ketiganya, jodoh dari Allah, lelaki dan wanita itu memandang antara satu sama lain, terus menusuk ke kalbu, dan lelaki itu terus meminangnya dan dia terima pinangan lelaki itu. Kemudian mereka bernikah. Insya-Allah berkekalan keakhirnya. Itulah yang dikatakan syurga cinta." Terpaku aku seketika ! Bagaikan menghafal skrip anak-anak ini. Memang hebat !
"Seorang lagi belum bagi jawapan untuk soalan akak tadi kan? Kalau tak bagi definisi cinta, akak tak nak story lah macam ni." kataku sengaja menduga Safa. Hanya dia seorang yang masih belum memberikan jawapan. "Safa?" tegurku. Safa menoleh dan tersenyum.
"Semua nak kena bagi definisi sendiri ke kak?" soalnya dan aku hanya mengangguk sambil tersenyum kepadanya. "Safa tak pandai nak bercakap soal cinta ni. Tapi yang Safa tahu, cinta itu antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Setiap perempuan mempunyai 9 darjah keaiban iaitu malu. Apabila kesemuanya darjah keaiban itu hilang dalam diri seorang wanita, maka rosaklah akhlaknya. Berlakunya maksiat, penzinaan, dan semuanya itu adalah dosa-dosa besar. Bila adanya dosa-dosa besar susah untuk seorang lelaki dan wanita itu mendapatkan ketenangan dalam diri. Sementara itu seorang lelaki itu memiliki 1 darjah keaiban. Sebab itu seorang lelaki itu suka mendesak, suka merayu, menzalimi wanita, memperdayakan wanita dan mempergunakan wanita." Panjang lebar jawapan Safa.
                Nampaknya anak-anak ini sudah banyak terdedah, banyak perkara sudah tidak asing bagi mereka. Anis, Aisyah dan Safa melihat cinta daripada sudut yang negatif, tapi ada positifnya. Sebaliknya cik adik molek Iman menghuraikan cinta daripada perspektif yang mulia, iaitu jodoh daripada Allah. Semasa aku sebaya mereka, apakah aku juga mampu memberi jawapan sebegini. Mungkin tidak? Aku mula-mula berjinak dengan cinta sahaja apabila masuk usia 18 tahun. Tahun pertama aku di matrikulasi, saat itu baharulah aku mengetahui, apa itu cinta.
"Kak Munirah ! Kenapa akak diam? Akak ingat buah hati akak eh?"   lamunanku terhenti lagi dek soalan Iman. "Tak sayang, akak cuma fikir-fikir balik apa yang adik-adik cakap tadi. Kalau boleh, akak nak jodoh dari Allah. Insya-Allah amin." jawabku dan mereka turut mengaminkan doaku.
"Akak, berbalik kepada soalan Aisyah tadi. Sekarang akak story la kat kitorang. Nak dengar. Cepatlah kak, nanti nenek panggil pulak. Dah nak lewat ni" desak Aisyah sambil bermain-main dengan jari-jemariku.
Aku melepaskan keluhan panjang sebelum menyusun bicara. "Sekarang, akak tak bercinta dengan mana-mana kaum adam. Tapi akak pernah, sekali. Itulah cinta pertama akak. Dua tahun lepas, dik. Mungkin susah untuk akak kongsikan dengan adik-adik semua. Sangat sakit, sayang. Even a mere memory of it is painful. Tapi akak tak nak, adik-adik semua ulang kesilapan yang pernah akak buat dulu." Aku berhenti seketika, mataku panas ! Sudah begitu lama aku tidak menyingkap kenangan-kenangan itu. Kenangan-kenangan yang membawa aku berhijrah kepada siapa Hana Munirah pada hari ini. Dan hari ini, kenangan-kenangan itu kembali berputar bagai tidak mahu pergi dari mindaku. Suasana hening, angin bertiup sepoi-sepoi menyapa tubuh kami. Empat pasang mata merenungku dengan penuh perhatian, penuh kesabaran.
                Lantas aku tarik nafas panjang-panjang dan meneruskan bicara. "Akak tak nak adik-adik akak ni bermain-main dengan api cinta. Akak tak nak korang semua menyesal kerana cinta kepada yang tidak berhak. Allah ada berfirman, janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu termasuk dosa-dosa besar. Hukum zina adalah haram, maka apa-apa sahaja perbuatan yang menjurus kepada zina adalah berdosa besar. Cinta, cinta ni orang cakap buta. Cinta yang tidak disandarkan pada landasan Allah SWT mudah terperangkap ke lembah dosa. Begitu juga dengan cinta yang pernah suatu ketika menjadi milik akak dan seorang kaum Adam." Mereka diam, merenungku. Mungkin hairan, kenapa aku menyebut soal zina. Apakah mereka berfikir bahawa aku.... "Ah, tak boleh dibiarkan !" desis hatiku.
"Adik, akak tidak memaksudkan bahawa akak telah melakukan perkara sedemikian. Cuma maksud akak tadi, cinta boleh menjerumuskan kita ke lembah yang hina iaitu zina. Tapi cinta juga boleh membawa kita ke syurga, jika ianya berada di landasan yang benar." kataku sambil tersenyum meyakinkan mereka sungguhpun mataku basah berkaca dek air mata yang mula merembes.
"Jadi, kisah cinta akak macam mana? Ceritalah dari mula kak. Kitorang nak tahu. Sangat-sangat nak tahu !" Iman sudah seperti tidak sabar lagi. Dia menggengam tanganku. Erat. Genggaman itu bagaikan menyalurkan kekuatan padaku bagi meneruskan bicara. Bismillahirrahmanirrahim.
"Cinta pertama akak masa akak mula-mula masuk matrikulasi. Akak jumpa seorang kaum Adam ni. Nama dia, Nur Aiman. Mula-mula akak kenal dia time akak sesat kat matriks. Dia tolong akak tunjuk jalan pergi kelas. Masa tu akak tak da kawan perempuan lagi. Tambahan pula, akak jenis yang mudah lupa sikit. Lepas tu time jalan, buku-buku kat tangan akak jatuh. Dia tolong kutipkan. Lepas dia hantar pergi kelas, akak cakaplah terima kasih. Time dalam kelas, akak belek-belek buku akak. Tiba-tiba ada kertas jatuh. Kat kertas tu ada tulis nama dan nombor telefon. Nur Aiman Afifi, 011-19362149. Akak rasa pelik la, macam mana la dia boleh selitkan kertas tu dalam buku akak. Malam tu, masa kat bilik baru akak ingat yang buku-buka akak jatuh siang tu, then dia yang tolong kutipkan. Lepas tu akak try la sms dia, nak mulakan persahabatan. Akak pun tak tahu kenapa, tapi rasa macam terdetik je nak kenal dia. Mungkin hasutan syaitan malam tu, dan syaitan berjaya dengan misinya. Bermula daripada saat tu, malam tu akak berkawan ngan Aiman. Memang pada mulanya kami hanya berkawan sebab akak ingat pesan abah, jangan nak bercinta selagi belum habis belajar. Tapi, lama-lama hati akak ni rasa makin dekat ngan Aiman. Akak selalu keluar ngan dia, akak lagi suka habiskan masa ngan dia daripada akak duduk menghadap buku. Kalau akak belajar pun, dia yang temankan akak. Tapi akak tak pernah bagitahu kat kawan-kawan akak kat kampung, apatah lagi family akak. Akak simpan rahsia tu betul-betul. Masa tu, akak bahagia sangat, dik. Bahagia sangat." Aku tersenyum, tapi sakit. Hati aku sakit, sangat. Memang aku bahagia saat tu, tapi bahagia yang sementara itu la yang hampir membunuh aku saat aku rasakan cinta itu tidak lagi bermakna buatku.
"Then akak? Macam mana akak boleh clash ngan Aiman?" bagaikan tidak sabar-sabar Anis pula bertanya.
Aku menghela nafas buat yang kesekian kalinya. Dadaku terasa perit.
"Anis, macam yang akak cakap tadi. Akak menyesal serahkan cinta kepada yang tidak berhak. Allah ada berfirman, janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu termasuk dosa-dosa besar. Hukum zina adalah haram, maka apa-apa sahaja perbuatan yang menjurus kepada zina adalah berdosa besar." Aku pejamkan mataku rapat, mencari kekuatkan untuk membuka sebuah lembaran terburuk dalam kisah cinta itu.
                "Satu hari Aiman ngan akak pergi duduk kat taman kampus. Bawak buku, niat hendak belajar. Time tengah seronok belajar tu, tiba-tiba datang pasangan kekasih cina duduk kat bangku berhampiran kami. Akak ngan Aiman dok perhatikan dorang berdua. Mereka berbual, ketawa sama-sama. Tiba-tiba si lelaki tu pegang tangan kekasih dia. Perempuan cina tu senyum, suka. Langsung tak nampak macam malu dan bersalah. Aiman diam, akak pun diam. Aiman toleh tengok muka akak, lain macam muka dia time tu. Serius, akak tak tahu kenapa ngan dia. Lepas tu, Aiman renung mata akak. Akak dah kelam-kabut dah. Dalam masa tu jugak, telefon akak berbunyi, abah telefon. Lepas tu, akak ajak Aiman balik. Sebab abah suruh akak tengokkan emel dia masa tu." Aku berhenti lagi. Terasa tak sanggup aku meneruskan cerita itu. Terasa diriku amat kotor, terasa hatiku bagai dipanah-panah untuk berhenti. Air mata ku tahan. "Tak ! Mun, kau kuat ! Kau tak boleh berhenti separuh jalan macam ni. Teruskan cerita tu, atau kau nak tengok adik sepupu kau buat kesilapan yang sama?" batinku menjerit lantang, bagai bergema di seluruh pelosok mindaku, menggetarkan tubuhku !
                "Malam tu, Aiman sms akak. Dia sms macam ni 'Munirah, awak sayang Aiman tak?'. Pastu akak jawab la ya, mestilah akak sayang dia. Kalau tak, tak mungkinlah akak couple ngan dia kan. Then dia reply 'Munirah bagi tak kalau Aiman nak pegang tangan Munirah?'. Sentap jiwa akak masa tu, teringat kat pasangan cina yang kami perhatikan kat taman petang tu. Akak tanya dia balik, kenapa dia nak pegang tangan akak. Dia jawab 'Sebab Aiman nak tunjukkan kat Munirah yang Aiman sayang Munirah sangat-sangat. Aiman tak nak lepas dah Munirah. Kalau Munirah benarkan Aiman pegang tangan Munirah, tu tandanya yang Munirah pun sayangkan Aiman.'. Akak fikir macam betul jugak apa yang dia cakap tu. Lepas tu akak reply, yang Aiman boleh pegang tangan akak je. Jangan merayap tempat lain, ataupun mintak lebih-lebih. Dia janji nak pegang tangan je. Jadi kami plan untuk jumpa, hanya kerana kami hendak berpegangan tangan, hanya kerana hencak menunjukkan perasaan sayang, perasaan cinta masing-masing. Plan kami nak jumpa kat library waktu petang. Duduk kat meja, pegang tangan bawah meja yang berlapik labuh. Terasa bodohnya akak masa tu, dik. Diperbodohkan oleh cinta." Air mataku mengalir. Mengenang kisah itu. Sakit. Allah, sakit. Terasa jijik kepada diriku sendiri.
"Alhamdulillah. Saat akak hampir melakukan maksiat itulah, Allah tunjukkan cinta-Nya kepada akak. Saat akak berlari menghampiri zina, saat akak berpaling kepada dosa besar itulah, Allah menghulurkan kasih-sayangnya kepada akak." Allah, aku bersyukur. Cinta itu walaupun cinta yang aku anggap kotor, Allah menggunakannya untuk membawa aku kembali ke siraathalmustaqeem.
"Maksud akak yang Allah tunjukkan cintanya kepada akak tu macam mana?" soal Safa kepadaku. Suaranya syahdu, bagaikan turut mengerti hatiku saat itu.
"Malam tu akak bermimpi. Dalam mimpi akak, ada abah dan ibu. Dorang senyum tengok akak. Dalam mimpi tu akak nikah. Tapi akak tak ingat siapa suami akak tu, tapi yang pasti dia bukan Aiman. Lepas tu tiba-tiba tinggal akak ngan suami akak je. Kami berdiri depan cermin, dia berdiri belah belakang akak. Dia pegang perut akak. Dia cakap 'Suatu hari nanti, dalam perut sayang, ada benih abang. Kita akan besarkan cahaya hati kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Moga saja seindah akhlak sayang.'. Lepas tu tangan dia beralih ke tangan akak. Dia genggam tangan akak erat.  Dia cakap 'Alhamdulillah, abang bersyukur. Abang gembira kerana sepasang tangan sayang yang tidak pernah disentuh lelaki lain ini akhirnya menjadi milik abang. Milik abang yang halal, abang boleh menyentuh tangan sayang, tidak seperti lelaki lain. Abang sentuh isteri abang, abang dapat pahala. Tapi kalau abang sentuh sayang sebelum sayang menjadi isteri abang, abang berdosa. Begitu juga dengan sayang.'. Kemudian akak menangis. Tiba-tiba, akak terbangun daripada tidur. Mata akak basah, akak betul-betul menangis." Dan saat ini, air mataku sudah mengalir deras. Tidak mampu menghalang memori-memori daripada semakin mengasak-asak minda. Bagai ditoreh dengan benda taham, hatiku seperti mengganas, mengepam darah dengan pantas, jantungku berdegup kencang. Dan akhirnya, tangisan ku pecah. Kuat, dan lebat seperti hujan di kala tengkujuh. Safa, Anis, Aisyah dan Imanina memelukku, erat.
                Dalam tangisan itu, aku meneruskan cerita. "Akak ingat balik mimpi akak. Akak cuba ingat siapa lelaki yang jadi suami akak tu. Akak ingat kata-kata dia. 'Moga saja seindah akhlak sayang. Abang gembira kerana sepasang tangan sayang yang tidak pernah disentuh lelaki lain ini akhirnya menjadi milik abang.  Tapi kalau abang sentuh sayang sebelum sayang menjadi isteri abang, abang berdosa.' Adik, kata-kata suami akak dalam mimpi tu bagai menusuk-nusuk hati akak. Hati akak terusik, benar-benar terusik. Mula timbul soalan dalam minda akak, betulkah apa yang aku nak buat ni. Aku tahu benda ni semua dosa. Ya Allah, tunjukkanlah aku dengan apa yang terbaik buatku. Bantulah aku. Akak berdoa malam tu, akak menangis di sejadah. Solat malam yang dah lama akak tinggalkan, akak dirikan buat kali pertama di matrikulasi malam tu. Akak mula rasa takut, keliru antara nak teruskan rencana maksiat berpegangan tangan itu ataupun tidak. Masa sujud tu, akak berdoa kat Allah. Ya Allah, kalau Kau sayangkan aku, Kau halangilah aku daripada meneruskan perkara maksiat ini Ya Allah. Kau kuatkanlah aku. Kau bantulah aku Ya Allah. Kalau Kau benar-benar masih sayangkan aku Ya Allah, Engkau turunlah hujan selebat-lebatnya pada petang esok. Dengan hujan itu, aku takkan dapat berjumpa dengan Aiman dan aku tidak akan melakukan maksiat. Kalau Kau turunkan hujan pada petang esok Ya Allah, aku tahu tu tandanya Kau masih sayangkan aku, benar-benar sayangkan aku. Tolonglah tunjukkan apa yang terbaik bagiku Ya Allah. Badan akak masa tu, menggigil. Akak takut. Akak duduk dengan Al-Quran kat tangan, akak baca perlahan-lahan. Akak betul-betul tak dapat tidur. Sampai pagi !" Aku menarik nafas, lama. Air mataku masih tidak berhenti mengalir bagai empang pecah. Empat pasang mata di hadapanku juga merah, merah menangis.
"Dahlah tu kak, kesian akak. Sabar ya kak. Dahlah, jangan sambung lagi. Maafkan kami kalau buat akak ingat perkara lama." ujar Aisyah lembut. Dia tunduk, mungkin terasa bersalah kerana dialah yang mengajukan soalan tentang cinta aku.
"Tak sayang, biarlah akak teruskan. Kita tengok kekuasaan Allah. Kita tengoklah bagaimana Allah masih tetap menyayangi dan mengasihi hamba-Nya biarpun kita mengingkari perintah-Nya. Dengan izin Allah, turunlah hujan petang tu selebat-lebatnya. Jadi akak tak dapat keluar ke library. Akak bersyukur, itulah petunjuk daripada Allah untuk akak. Lepas hujan turun tu, akak terus sms Aiman macam ni, 'Aiman, maafkan Munirah. Munirah telah banyak melakukan kesilapan, mungkin ini masanya Munirah kembali ke jalan Allah. Allah dah tunjuk kekuasaan-Nya pada Munirah. Terima kasih Aiman, hubungan kita sampai di sini.'. Sampai sekarang pun, akak tak dapat apa-apa balasan daripada Aiman. Yang akak tahu, sebulan selepas tu, Aiman dah ada girlfriend baru. Sejujurnya masa tu hati akak memang masih ada pada Aiman. Cuma akak masih ingin mendidik hati akak, untuk mencintai Allah. Akak bertaubat, akak tinggalkan hal cinta kepada kaum Adam. Dan akak bersyukur, sebab cinta yang pada mulanya membawa akak tersesat, tetapi Allah gunakan kesesatan akak dengan hanyut cinta dunia itu untuk merasai betapa manisnya jika cinta itu berada di landasan redha-Nya. Akak bersyukur. Kalau bukan kerana cinta pertama itu, akak takkan berdiri di sini sekarang. Akak takkan jadi seperti Hana Munirah pada hari ini. Alhamdulillah. Innallaha yuhibbu tawwabin. Sesungguhnya Allah menyukai hambanya yang bertaubat." Aku menyudahkan kisah itu dengan senyuman. Biarpun sakitnya ku tanggung sendiri setelah memutuskan hubunganku dengan Aiman, tapi Allah selalu ada untukku. Aku cinta Allah !
"Akak ada hati lagi dengan Aiman? Kalaulah kan, Aiman tu datang kat akak, dan dia pinang akak, akak nak terima tak?" soal Safa. Aku tersenyum mendengar soalan itu. "Safa, akak kena istikharah dulu. Kalau Allah jawab ya, insya-Allah akak terima. Kalau Allah jawab tidak, maka tidak. Macam yang Safa jawab tadi 'Jodoh dari Allah, lelaki dan wanita itu memandang antara satu sama lain, terus menusuk ke kalbu, dan lelaki itu terus meminangnya dan dia terima pinangan lelaki itu. Kemudian mereka bernikah. Insya-Allah berkekalan keakhirnya. Itulah yang dikatakan syurga cinta.'. Tapi tengok jugak la hati akak macam macam." Aku tersenyum lagi. Di mindaku ada satu nama berputar-putar, berwarna-warni seperti pelangi. Indah, apakah itu cinta dari Allah.
"Kak Hana Munirah?" lamunanku yang baru hendak pergi jauh terhenti lagi oleh teguran Iman. "Ya sayang?" balasku. "Kenapa akak cakap 'tengoklah hati akak macam mana'? Macam ada maksud tersirat je. Ni yang supergirl curious ni !" Iman memandangku sambil tersengih-sengih, begitu juga Anis, Safa dan Aisyah. Nampaknya mood sedih budak-budak ni dah hilang. Tapi comel ! Mata macam kembang, tapi bibir sengih-sengih. Aku ketawa kecil.
"Dalam hati ada taman, insya-Allah taman dari Allah. Doa-doakan ya sayang". jawabku lalu tersenyum sambil menatap wajah-wajah comel supergirl di hadapanku. "Dah, pergi main air tu, kejap lagi kita nak balik, nenek dah jeling sana tu." ujarku seraya memandang ke arah rumah nenek yang tidak jauh pantai tempat kami menghabiskan waktu petang. Sambil melihat mereka bermain, fikiranku melayang jauh. Ya, aku jatuh cinta. Tapi tidak pernah ku luahkan pada sesiapapun kecuali pada kekasih agungku, Allah. Dan sebentar tadi, baharu sahaja aku luahkan pada supergirl-supergirl kesayanganku. Cinta itu ingin aku labuhkan pada jalan-Nya, aku ingin redha Allah. Aku ingin jodoh daripada Allah. Mudah-mudahan insan itu turut merasakan yang sama. Aliff Asyraaf. Allahumma amin !
"Hana ! Hana ! Bawak budak-budak balik. Mandi, kejap lagi Maghrib !" nenek melaung dari rumah menyedarkan aku dari lamunan. "Baik nek !" ku kuatkan suara agar dapat didengari nenek.
                                Malam itu sewaktu duduk di beranda setelah makan malam, Anis menghampiriku. "Kak Munirah, akak dah tengok tak filem Syurga Cinta?" soalnya. "Syurga Cinta? Tak tau pulak, akak tak layan sangat filem-filem. Almaklumlah, akak sibuk study. Masa cuti sem ni pun akak balik kampung kan, layan adik-adik ni semua. Mana ada masa untuk benda tu semua." balasku sambil merenungnya. "Yes ! Anis dah agak dah akak belum tengok lagi. Jomlah kita pergi tengok kak, Safa tengah nak bukak kat dalam. Jangan risau kak, insya-Allah tak lagha." aku hanya mengangguk. Bagus juga sekali-sekala aku layan filem, lagipun Anis cakap tak lagha. Insya-Allah. Kami pun duduk depan televisyen tengok filem Syurga Cinta.
"Adam, cinta itu adalah permulaan jodoh. Cinta itu terbahagi kepada tiga. Pertamanya, jodoh dari syaitan. Lelaki dan perempuan itu berkenalan, berpegangan tangan dan terus buat maksiat. Akhirnya wanita tersebut mengandung kemudian baru mereka menikah. Yang keduanya, jodoh dari jin. Lelaki dan wanita itu berkenalan, dan lelaki sukakan wanita tersebut dan wanita itu tidak suka kepada si lelaki. Maka dia bomohkan dan sihirkan wanita itu supaya dia suka kepada si lelaki dan kemudiannya mereka bernikah. Yang ketiganya, jodoh dari Allah, lelaki dan wanita itu memandang antara satu sama lain, terus menusuk ke kalbu, dan lelaki itu terus meminangnya dan dia terima pinangan lelaki itu. Kemudian mereka bernikah. Insya-Allah berkekalan keakhirnya. Itulah yang dikatakan syurga cinta." ayat-ayat lelaki tua dalam filem itu menarik perhatianku. Macam pernah dengar, tapi di mana? Allah ! Terasa geram hatiku.
"Anis, Iman, Safa dan Aisyah ! Korang ye ! Memang nak kena ngan akak. Akak ingat betul la tadi korang definisikan cinta tu sendiri-sendiri punya idea. Rupa-rupanya korang ambik dari filem ye? Aaa, ni yang akak geram ! Safa ambik dari filem mana pulak?" soalku. Aku bangkit, bercekak pinggang sambil membulatkan mataku. Aku sebenarnya tidaklah marah kepada sepupu-sepupuku, cuma aku ingin sekali melihat aksi supergirl mereka. Comel !
"Hee, janganlah marah mak cik Hana Munirah. Safa ambik dari filem Aku Masih Dara." jawab Safa sambil tersengih-sengih.
"Ooo, patutlah korang saja nak ajak akak tengok Syurga Cinta ya? Korang ni, malunya akak." aku menekup mukaku dengan tangan. Saja nak buat action merajuk sikit.
"Supergirls, menyelamatkan nyawa !!!" jerit mereka serentak lantas memelukku. Aku apalagi, terus menggeletek mereka dengan sepuas-puas hatiku melepas geram. Anak-anak ini memang comel !
"Hana ! Hana ! Abah telefon ni." suara nenek dari arah dapur menghentikan aksi-aksi supergirls yang sedang menyelamatkan nyawa seorang Hana Munirah. Aku menghadiahkan sebuah jelingan tajam buah sepupu-sepupuku sebelum berlalu ke dapur.
"Assalamu'alaikum warahmatullah abah. Abah sihat?" aku memulakan perbualan bersama abah.
"Wa'alaikumussalam warahmatullah angah. Alhamdulillah, abah sihat. Ni haa, abah nak cakap sikit ngan angah ni." jawab abah. Mendengarkan kata abah, hatiku mula berdebar. "Apa yang abah nak cakap kat aku?" bisik hatiku kecil.
"Boleh tak kalau abah nak mintak angah balik awal sikit dari kampung? Balik tiga hari lagi, kalau boleh." sambung abah. Pelik !
"Kenapa bah? Kan angah cakap nak duduk kampung ni 2 minggu lagi. Seronok ngan adik-adik yang lain." jawabku sedikit kehairanan. Ada apa ya ?
"Angah balik la kejap tiga hari lagi, lepas tu angah boleh balik kampung nenek lagi. Ya angah?" tanya abah, seperti benar-benar menginginkan aku untuk pulang.
"Boleh abah, insya-Allah. Tapi ada apa ni abah?" aku tak sabar nak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
"Ada orang nak datang rumah. Nak petik bunga yang bernama Hana Munirah. Soal terima atau tidak, kita uruskan kemudian. Yang penting, angah kena balik ya sayang?" jawab abah.
"Petik bunga? Siapa orangnya, abah?" aku semakin tidak sabar. Allah, ada orang pinang aku. Serta-merta satu nama menjelma di fikiranku. Ah, mungkinkah?
Aku bagaikan tidak mendengar jawapan abah. Dunia tiba-tiba terasa bertukar, berubah menjadi dunia yang lebih indah !
"Ya angah, angah kenal kan? Dah, nanti balik ya. Bagi handphone kat nenek, abah nak cakap ngan nenek."
"Ya abah, angah balik". jawabku pantas. Aku berlalu menuju kepada sepupu-sepupuku di ruang tamu. Mereka leka menonton Syurga Cinta sehingga tidak sedar akan kehadiranku di situ. Aku berdehem. Dan tiba-tiba kegembiraanku memuncak ! "Alhamdulillah ! Syukurillah ! Allahuakbar !" jeritku lantas bersujud syukur di situ juga. Allah, air mataku mengalir. Aku bahagia, terima kasih Ya Allah !
"Akak, kenapa ni? Akak menangis sebab ketawa? Ke akak ketawa sampai menangis?" Tegur Iman sambil memegang bahuku. Aku senyum dan aku peluk mereka seorang demi seorang.
"Sayang, doakan kebahagiaan akak. Akak akan menikah, insya-Allah. Tadi abah telefon, abah cakap ada orang nak datang meminang akak." jawabku lembut. Air mata kegembiraan masih mengalir di pipi. Allah, bahagia.
"Alhamdulillah ! Siapa orangnya kak?" Keempat-empat sepupuku bersuara serentak.
Aku tersenyum. Mencuba untuk mengukirkan senyuman paling manis buat mereka. "Taman pilihan Allah." jawabku. Hatiku mengulang-ulang nama itu, Alif Asyraaf. Subhanallah !

"Mungkin inilah yang dikatakan SYURGA CINTA." bisikku...

Salam'alaik . Jazakallah khairan kerana membaca di blog ana . Maaf andai ada perkataan ana yang kurang menyelesakan . Ana juga manusia yang sering khilaf . Datang lagi ya . Doakan ana ! ^___^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Mahabbah Pelangi Ilahi :

Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya dia benci dua perkataan itu.Masa berlalu seperti biasa, seterusnya meninggalkan cerita benci keterbelakang. Tapi, suatu pertemuan itu itu membibitkan rasa yang tak pasti. Suatu perkenalan itu merubah kebencian menjadi satu rasa. Rasa yang indahnya bagai dunia sentiasa dipenuhi rona-rona pelangi yang tak akan pernah pergi biar malam menjenguk siang.
Benarlah kata orang, cinta itu tidak akan suci tanpa redha Ilahi. Di tengah perjalanan menuju redha Pencipta, syaitan berjaya merasuk kononnya cinta Islamik. Pada hakikatnya, ISLAMIK ROMANTIK.
Namun bila cahaya hidayah hadir di jiwa, Allah menggunakan kesakitan setelah beribu dosa itu untuk dia dan dia mencari cinta-Nya. Kerana hati dia dan dia, dekat pada Dia, syaitan akhirnya tewas membuai rasa.

Hawa menuju Pencipta.
Adam mencari Pencipta.
Kerana dengan cinta Pencipta, mereka melahirkan cinta.

Selamat membaca !

This is the link of the first post of Mahabbah Pelangi Ilahi :