Aku ingat lagi , masa aku pergi Miri kali yang lepas , jalan punya la bengkang-bengkok . Ya ke ? Aku dah lupa kot sebab sebenarnya aku tidur je sepanjang perjalanan . "Opocot !" Aku terkejut ngan sound effect sekali (dalam hati sekali lagi aku berfikir , betul ke aku ni pandai melatah sebut opocot?) . Dan semua warga yang ada dalam bas tu pun terkejut bersama-sama ngan aku . Rupa-rupanya bas dah mula bergerak . Disebabkan pergerakan bas tu yang sangatlah tiba-tiba , badan aku terasa macam tertolak ke belakang je . Adoyai , bas ni awal-awal dah kejam kat aku , ni yang aku hangin satu badan nih !
Kemudian aku tidur * * * * - zzzzzzzzzz no coverage zzzzzzzzz -
"Opocot , mak !" Sekali lagi aku terkejut sangat-sangat dan yang aku perasan nampaknya seisi bas tu terkejut bersama-sama aku . Rupa-rupanya bas dah tiba ke destinasi . Bas ni memang tak padan ngan badan besar la kan ? Badan besar , tapi gopoh je nak cepat . Bila tekan brek , haru ! Badan semua penumpang pun semua jatuh ke depan . Mengada-ngada , sampai ke sudah nak dengki ngan aku la bas ni !
Haaa ! Baru aku teringat yang aku pernah belajar satu konsep yang ada kaitan ngan perkara ni dalam matapelajaran fizik . Konsep fizik tu adalah INERTIA . Terasa bangga lak sebab teringat konsep ni tengah-tengah seronok nak jemput kakak . Ngehehehe :P BUKAN RIAK ! SYUKUR !
Waduh waduh , takkan tak faham lagi . Ooppps , lupa . ^__^ Orang yang baca ni kan slow sikit . Hehe . Okay , aku teruskan dengan bayangan aku tentang konsep inertia ni .
Tiba-tiba aku terpaku dan terkelu ! Timbul persoalan-persoalan di mindaku . Kenapa ek badan aku macam tertolak ke belakang masa bas mula nak gerak tadi ? Ade orang tolak aku ke ? Huu , sampainya hati tolak aku !!! Emosional ni ! :P Naa , ini pun ada kaitannya dengan konsep inertia . Apabila bas mula bergerak , badan penumpang akan tertolak ke belakang kerana inertia mereka bertindak untuk mengawal badan penumpang dalam keadaan rehat . Eh eh , betul ke ayat aku ? Ish , bab translate translate ni aku memang tak master la ! :P Baik , ni ayat yang betulnya : "When a car start to move, the driver and the pasenggers move backwards because their inertia acting to mantain their position at rest ." Faham sudah ? Waaa , alhamdulillah ! Aku pun faham jugak , bukan kau sorang . Kita faham sama-sama ya , jangan gaduh-gaduh .. ^____^
Persoalan yang seterusnya, hal yang buat aku terkejut daripada tidur , yang badan aku macam tertolak ke depan ! Apa main tolak-tolak ni , tak sopan langsung la . T.T .. Ngengada betul ! Atau takde yang tolak aku ? Atau aku yang tak tau ? Atau yang ni pun ada kaitan ngan inertia ??? "Saya Detektif Conan , bersedia untuk menyiasat !" Hehehe :P .. Hmm , mestilah ada kaitannya dengan konsep inertia tu ! Berapa kali lagi Cikgu Rafie nak cakap, nak terangkan, "Badan penumpang tertolak ke hadapan kerana inertia yang ada cenderung untuk membiarkan badan terus bergerak ke hadapan walaupun bas dah berhenti ." Ahaa , nampak sangat ni bukan ayat Cikgu Rafie . Hmm , ni ayat aku sebenarnya . Korang tak faham aku lagi ke ? Sampai hati korang buat aku macam ni , sepatutnya kita dah saling memahami . Tolonglahhh ! Tolonglah faham yang aku ni FAILED nak translate English ---> Malay . Nak tau ayat bi tu macam mana bunyiknya ? Haa , ni amik la . "When a car stops suddenly, the driver and the passengers surge forwards . This is due to their inertia to keep them moving ."
Faham sudah ? Alhamdulillah ! Excellentnya aku . Ahaha ! BUKAN RIAK !! Tapi syukur alhamdulillah . ^__^ Kata-kata itu doa tau . Jangan lupa tolong amin kan . :)
Banyaknya benda sekeliling ni berkaitan ngan Fizik ! Bagusnya , terbaikk ! ^_^
No comments:
Post a Comment