This is what you need to read :)

My photo
Mukah, Sarawak, Malaysia
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Friday, November 25, 2011

Allah , ana mesti kuat !

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh .
Allah , kuatkan ana ! Allah , kenapa ana rasa lemah sangat ni ? Hari-hari sebelum ni maintain je rasanya . Hmm . It's okay , bak kata Hijjaz , "hidup tidak selalunya indah , langit tidak selalu cerah , suram malam tak berbintang , itulah lukisan alam". Betul la apa Hijjaz kata , kita sebagai hamba Allah must find our way to Jannah semasa kat dunia ni . Memang dunia penuh mehnah , kerana Allah ingin menguji siapa hamba-NYA yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada-NYA .


Ana dah lama tau , tapi mungkin dah lama juga ana tak sedar ataupun buat-buat tak faham . Betul la kata orang , "ikut hati mati , ikut rasa binasa !" maksudnya bukanlah kita  mati seterusnya dikebumikan . BUKAN !!
Sebaliknya peribahasa itu lebih kepada memaksudkan begini , "IKUT HATI , HATI MATI !" . Nak buat benda yang salah memang sangat-sangat lah senang ! Nak buat benda baik memang tidak dinafikan ada kesukaran . Tapi semua orang pun tahu , untuk mendapatkan kejayaan , kita harus berkorban , kan ? Ya ! Ana setuju sangat , jadi ana pun perlu la berkorban demi mendapatkan kemanisan iman ! Insya-Allah ! Allah pun ada berfirman , jalan ke neraka itu mudah , namun jalan ke syurga itu berliku-liku . Jadi , berpeganglah kita kepada tali agama-NYA yang teguh lagi kukuh , yaitu ISLAM ! Jadi , jangan ikut hati ! Biarlah ana melalui jalan berliku-liku di dunia ni agar nanti akan mendapat kenikmatan di syurga Allah . Ameen ya Rabb !


Sekarang , benda yang ana rasa sangat susah tu , ana kena tukar ! Kena tukar jadi perkara yang paling senang bagi ana . Ana harus ! Ana mesti ! Yakin pada diri . Andai niat baik ana ni , dipermudahkan urusan oleh Allah . Sahabat ana cakap , "Setiap niat yang baik itu , Allah akan tolong , dan Allah tidak akan membebankan hamba-NYA melainkan sesuai dengan kesanggupannya" . Seperti ana yang tengah dalam dilemma ni la kan . If ana tak cukup kuat , tak cukup kesabaran , tak cukup kekuatan rohani untuk menghadapi ini semua , Allah takkan membebankan ana dengannya . Insya-Allah ! Ana kuat ! Ana akan terus tersenyum dan tersenyum lagi sebagai jemputan kepada sebuah kebahagiaan .


Allah , Allah , Allah ! Dan Allah adalah cinta utama yang akan sentiasa mendorong ana dalam perjalanan ini . Biarpun hati ana sememangnya akan dipenuhi sebuah rindu buat seorang insan itu , namun ana takkan biarkan rindu kepada jiwa yang satu itu melebihi kerinduan ana untuk berbicara dengan Allah agar Allah takkan pernah jemu berbicara dengan hati ana . Allahumma ameen !


Allah , dekatkan hatiku dengan-MU . Dekatkanlah hati dia dengan-MU . Moga dengan hati-hati yang dekat kepada-MU turut akan mendekatkan hatiku dengan hatinya . Berbicaralah dengan hati hamba-hambaMU ya Allah . Jagalah pergaulan kami dengan batasan syariat-MU agar ikatan ini dimulakan dengan cara yang diredhai-MU . Ameen ya Rabb !
Salam'alaik . Jazakallah khairan kerana membaca di blog ana . Maaf andai ada perkataan ana yang kurang menyelesakan . Ana juga manusia yang sering khilaf . Datang lagi ya . Doakan ana ! ^___^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Mahabbah Pelangi Ilahi :

Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya dia benci dua perkataan itu.Masa berlalu seperti biasa, seterusnya meninggalkan cerita benci keterbelakang. Tapi, suatu pertemuan itu itu membibitkan rasa yang tak pasti. Suatu perkenalan itu merubah kebencian menjadi satu rasa. Rasa yang indahnya bagai dunia sentiasa dipenuhi rona-rona pelangi yang tak akan pernah pergi biar malam menjenguk siang.
Benarlah kata orang, cinta itu tidak akan suci tanpa redha Ilahi. Di tengah perjalanan menuju redha Pencipta, syaitan berjaya merasuk kononnya cinta Islamik. Pada hakikatnya, ISLAMIK ROMANTIK.
Namun bila cahaya hidayah hadir di jiwa, Allah menggunakan kesakitan setelah beribu dosa itu untuk dia dan dia mencari cinta-Nya. Kerana hati dia dan dia, dekat pada Dia, syaitan akhirnya tewas membuai rasa.

Hawa menuju Pencipta.
Adam mencari Pencipta.
Kerana dengan cinta Pencipta, mereka melahirkan cinta.

Selamat membaca !

This is the link of the first post of Mahabbah Pelangi Ilahi :