This is what you need to read :)

My photo
Mukah, Sarawak, Malaysia
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Tuesday, October 18, 2011

"BINATANG TAKDE PUN YANG SOLAT?"

‎"SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM. ITU KEWAJIPAN YANG DIPERINTAHKAN."
Lirik lagu time kecik-kecik dulu sampai sekarang ingat lagi.
Kebanyakan umat Islam tahu tentang kewajipan solat, tapi berapa ramai yang solat ?
Berapa ramai pulak yang solat tu menghayati ? Berapa ramai yang menghayati tu beramal ? Berapa ramai yang beramal tu ikhlas ?
WALLAHU'ALAM ♥



"BINATANG TAKDE PUN YANG SOLAT?"
Kadang-kadang ada soalan macam ni keluar dalam minda sesetengah orang.
Kenapa ? Masing-masing tahu yang solat tu WAJIB, siap rukun kedua dalam Rukun Islam lagi. Tapi kenapa ada yang tinggal ?
Binatang kadang-kadang ada yang cakap hina sebab buat benda yang tak masuk dek akal.
Sebenarnya mereka tak hina sebab mereka tak ada akal. Tak dituliskan untuk mereka kewajipan untuk solat.
Tapi kita manusia, manusia adalah sebaik ciptaan Allah SWT .
Sebab apa ? Sebab kita ada akal . ALHAMDULILLAH .

Renungkan....

a.i) Premis satu : Binatang tak solat .
a.ii) Premis dua : Binatang tak ada akal .
a.iii) Konklusi : Binatang tak solat sebab binatang tak ada akal .




b.i) Premis satu : Manusia tak solat .b.ii) Premis dua : Manusia ada akal .
b.iii) Konklusi : Manusia tak solat tapi manusia ada akal .

Naaaah ! Betapa kontranya maksud perkataan 'SEBAB' ngan perkataan 'TAPI' dalam tiap-tiap konklusi di atas .

Kadang-kadang , terdengar orang menjerit , " Awak kejam, macam binatang !! Binatang pun sayangkan anak !" 
Tapi tu dalam konsep 'ibu-anak' , sekarang kita buka mata kat konsep solat pulak .
Binatang yang tak solat, sebab binatang tak ada akal . Kewajipan solat tu tak ada buat mereka . Jadi , binatang yang tak solat tak berdosa . ALHAMDULILLAH .
Manusia yang tak solat, tapi manusia ada akal. Kewajipan solat tu ada buat setiap umat Islam. Jadi, manusia yang tak solat berdosa ! ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM !

SAKIT BUKAN ALASAN . ISLAM ITU FLEKSIBEL DAN MUDAH ! SEMUANYA MUDAH , SIAP ADA CARA MENUNAIKAN SOLAT KETIKA SAKIT . ALLAH TAKKAN MEMBEBANKAN HAMBANYA MELAINKAN SESUAI DENGAN KESANGGUPAN HAMBA-NYA .

Moga kita semua terhindar daripada lalai dalam menjaga solat . Ameen Ya Allah .
INSYA-ALLAH ♥ ♥




Salam'alaik . Jazakallah khairan kerana membaca di blog ana . Maaf andai ada perkataan ana yang kurang menyelesakan . Ana juga manusia yang sering khilaf . Datang lagi ya . Doakan ana ! ^___^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Mahabbah Pelangi Ilahi :

Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya dia benci dua perkataan itu.Masa berlalu seperti biasa, seterusnya meninggalkan cerita benci keterbelakang. Tapi, suatu pertemuan itu itu membibitkan rasa yang tak pasti. Suatu perkenalan itu merubah kebencian menjadi satu rasa. Rasa yang indahnya bagai dunia sentiasa dipenuhi rona-rona pelangi yang tak akan pernah pergi biar malam menjenguk siang.
Benarlah kata orang, cinta itu tidak akan suci tanpa redha Ilahi. Di tengah perjalanan menuju redha Pencipta, syaitan berjaya merasuk kononnya cinta Islamik. Pada hakikatnya, ISLAMIK ROMANTIK.
Namun bila cahaya hidayah hadir di jiwa, Allah menggunakan kesakitan setelah beribu dosa itu untuk dia dan dia mencari cinta-Nya. Kerana hati dia dan dia, dekat pada Dia, syaitan akhirnya tewas membuai rasa.

Hawa menuju Pencipta.
Adam mencari Pencipta.
Kerana dengan cinta Pencipta, mereka melahirkan cinta.

Selamat membaca !

This is the link of the first post of Mahabbah Pelangi Ilahi :