This is what you need to read :)

My photo
Mukah, Sarawak, Malaysia
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Monday, August 29, 2011

Ma'assalama ya Ramadhan !

Assalamu'alaikum .. Nak post citer sad sikit ni malam..(padahal tak sesedih mane pon) .. huu.. :'(
Awal-awal da lepas solat Maghrib, duduk depan tv.. Mak suruh kite tunggu pengumuman bile nak raye.. So duk la depan tv, bile kuar je gambar orang lengkap berpakaian baju melayu tu, mak suruh tinggikan sikit volume.. Dengar gak, senyap je..


Ohh ! "telah menetapkan bahawa hari raya puasa adalah pada hari Selasa bersamaan 1 Syawal 1432 Hijrah" .. Naaaa ! Esok da nak Syawal ? Huhuhuhuhu... Serius, sedih bile Ramadhan nak berangkat pergi ni. Huhu.. Lagi-lagi Ramadhan ni banyak kenangan yang terukir.. Banyak benda baru yang kite belajar.. Entah tahun depan sempat lagi tak bersama Ramadhan yang mulia ni.. Ajal maut di tangan Allah, insya-Allah hayat panjang jumpa lagi tahun depan ye Ramadhan ^___^
Sepanjang Ramadhan ni, banyak je yang sibuk nak beraya. Baru 1 Ramadhan, astaghfirullah ! Ringtone, message tone sume da tukar mode Syawal.. Hmm.. Tapi kan, bagi kite lak, sepanjang Ramadhan 1432 Hijrah ni kan, langsung macam tader semangat nak fikir tentang raye.. Cume malan ni, dah ade rase nak beraye, tu pun lepas dengar penguman kat tv td.. Akak kite senyum lebar tak berenti.. Hmm..
Semoga Ramadhan ni mentarbiyah diri semua orang yang menikmatinya, Allahumma ameen.. Syawal adalah hari kemenangan bagi orang-orang yang berpuasa ! Alhamdulillah, moga ibadah kita sepanjang Ramadhan an-Mubarak diterima dan diredhai Allah Yang Maha Esa ! Ameen Ya Allah !




Salam'alaik . Jazakallah khairan kerana membaca di blog ana . Maaf andai ada perkataan ana yang kurang menyelesakan . Ana juga manusia yang sering khilaf . Datang lagi ya . Doakan ana ! ^___^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Mahabbah Pelangi Ilahi :

Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya dia benci dua perkataan itu.Masa berlalu seperti biasa, seterusnya meninggalkan cerita benci keterbelakang. Tapi, suatu pertemuan itu itu membibitkan rasa yang tak pasti. Suatu perkenalan itu merubah kebencian menjadi satu rasa. Rasa yang indahnya bagai dunia sentiasa dipenuhi rona-rona pelangi yang tak akan pernah pergi biar malam menjenguk siang.
Benarlah kata orang, cinta itu tidak akan suci tanpa redha Ilahi. Di tengah perjalanan menuju redha Pencipta, syaitan berjaya merasuk kononnya cinta Islamik. Pada hakikatnya, ISLAMIK ROMANTIK.
Namun bila cahaya hidayah hadir di jiwa, Allah menggunakan kesakitan setelah beribu dosa itu untuk dia dan dia mencari cinta-Nya. Kerana hati dia dan dia, dekat pada Dia, syaitan akhirnya tewas membuai rasa.

Hawa menuju Pencipta.
Adam mencari Pencipta.
Kerana dengan cinta Pencipta, mereka melahirkan cinta.

Selamat membaca !

This is the link of the first post of Mahabbah Pelangi Ilahi :