Ya Allah, ampunkan aku di atas ketelanjuran perkataanku.. Terkadang aku melupakan nikmat yang Engkau kurniakan tiap kali ada cubaan hidup.. Ya Allah, sedarkan bahawa setiap kesulitan daripada-Mu menjanjikan segunung kebahagiaan kepadaku.. Ya Allah, sesungguhnya aku hanyalah hamba-Mu yang maha lemah, sedang Engkau Maha Hebat, Maha Kuasa.. Aku mengeluh, bagaikan tidak bersyukur.. Bagaikan akulah satu-satunya manusia yang menghadapi ujian yang maha hebat menampar-nampar realiti yang terbentang di hadapanku..
Walau sehina apa pun diriku, aku tetap ingin maelabuhkan cintaku pada-Mu sebelum ku labuhkan pada dia yang bergelar suami.. Aku tahu, jalan kebenaran tidak mudah.. Ada saja cobaan hidup, ada sahaja perangkap syaitan durjana yang terbuka sepanjang masa bagi menarik orang yang berada di jalan lurus-Mu..
Semakin aku cuba mendekati-Mu, semakin gah pula cabaran yang datang kepadaku.. Hampir aku tersasar dari laluanku.. Pintu maksiat semakin terbuka lebar, melambaikan tangannya untukku sambut.. Ku hulur tanganku, bergetar tubuhku menyentuh perkara yang jauh daripada redha-Mu.. Bergetar bibirku menyebut nama-Mu ya Rabbi.. Selebar manapun gerbang dosa itu menanti penghuninya, aku tahu pintu taubat-Mu sentiasa terbuka seluas-luasnya bagi hamba-Mu.. Pintu maksiat itu boleh ditutup dengan taqwa, iman wal istiqomah, pintu taubat-Mu hanya Engkaulah yang berkuasa.. Allah Maha Penerima taubat dan aku tahu Ya Allah, Engkau menyukai orang yang bertaubat. Innallahayuhibbutawaabin..
Ya Allah, selamatkan aku daripada fatamorgana dunia.. Ya Allah, aku tahu dengan hanya aku tidak akan mampu menepis segala mehnah ujian dunia-Mu.. Aku harus bersama-Mu ! Aku harus terus mendekatkan diriku dengan-Mu, agar Engkau sentiasa memimpinku dengan mengaburiku daripada pintu maksiat dengan nur-Mu.. Hanya cinta-Mu yang mampu menyelamatkan aku..
No comments:
Post a Comment