This is what you need to read :)

My photo
Mukah, Sarawak, Malaysia
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Saturday, June 4, 2011

Pemilik Cintaku Selepas ALLAH dan RASUL .

Buat Adik-adik remaja yang baru nak mengenali cinta, ketahuilah bingkisan ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja, dengarilah pesanku, cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki. Buat bakal-bakal pengantin baru, ketahuilah bingkisan ini ingin memberikan gambaran kepadamu tentang hari-hari awal pernikahan supaya kau lebih bersedia membuat persiapan. Buat pengantin baru, ketahuilah bingkisan ini ingin membuktikan padamu bahawa kebahagiaan itu bermula apabila kau menjaga keberkatan pertunanganmu. Buat para suami,ketahuilah bingkisan ini menyingkap tip untuk memenangi hati isterimu. Buat para isteri, ketahuilah bingkisan ini akan memotivasikan suamimu untuk lebih kreatif dalam membahagiakanmu dan mencuit kebijaksanaanmu untuk membahagiakannya. Buat ibubapa, ketahuilah bingkisan ini berguna untuk menyemarakkan cintamu di alam rumah tangga dan berguna untuk anak-anakmu membina paradigma baru agar tak tertipu mengejar cinta sebelum kahwin.

Indahnya kata-kata dalam buku ni ..
Disulami dengan hadis Rasulullah dan ayat Al-Quran ..
Ana suka buku ni .
Syukran to Kak Nuraini As-Safwah kerana meminjamkan ana buku ni ..
^__^ uhibbukifillah ya ukhti .

Buku ni menarik , sangat menarik ..
Novel ringkas yang menceritakan tentang Qani'ah seorang muslimah yang sangat berhati-hati memilih pasangan hidup ,
Melakarkan bagaimana indahnya cinta yang halal di sisi Allah SWT .
Bercinta hanya selepas diijabkabul .
Hanya dengan mengenali agama tanpa mengenali orangnya , Qani'ah jatuh cinta dengan pribadi suaminya .
Dilengkapi dengan hadis , bagaimana hidup bersunnnah . Masya-Allah , indahnya andai ana diberi rezeki untuk menjalani hidup seperti Qani'ah .
Insya-Allah , aku mohon dikurniakan rezeki itu daripada ALLAH Yang Maha Kuasa .

Apabila membaca buku ini , terlakar sejuta impian dalam hatiku .
Berazam menjaga diri sebagaimana Qani'ah menjaga dirinya .
Menjaga hati , menjaga mata , menjaga iman .
Menjaga pergaulan . sekalipun bergelar tunangan , syariat tetap membataskan .
Ana ingin suami ana , kuat pegangan agamanya , tidak mudah goyah oleh arus duniawi .
Insya-Allah , mohon rezeki dari Allah .
Ingin ku buang cinta dusta .
Tak ingin ku kongsi cintaku untuk Allah dan Rasul dengan mereka yang tidak berhak !
Salam'alaik . Jazakallah khairan kerana membaca di blog ana . Maaf andai ada perkataan ana yang kurang menyelesakan . Ana juga manusia yang sering khilaf . Datang lagi ya . Doakan ana ! ^___^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Mahabbah Pelangi Ilahi :

Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya dia benci dua perkataan itu.Masa berlalu seperti biasa, seterusnya meninggalkan cerita benci keterbelakang. Tapi, suatu pertemuan itu itu membibitkan rasa yang tak pasti. Suatu perkenalan itu merubah kebencian menjadi satu rasa. Rasa yang indahnya bagai dunia sentiasa dipenuhi rona-rona pelangi yang tak akan pernah pergi biar malam menjenguk siang.
Benarlah kata orang, cinta itu tidak akan suci tanpa redha Ilahi. Di tengah perjalanan menuju redha Pencipta, syaitan berjaya merasuk kononnya cinta Islamik. Pada hakikatnya, ISLAMIK ROMANTIK.
Namun bila cahaya hidayah hadir di jiwa, Allah menggunakan kesakitan setelah beribu dosa itu untuk dia dan dia mencari cinta-Nya. Kerana hati dia dan dia, dekat pada Dia, syaitan akhirnya tewas membuai rasa.

Hawa menuju Pencipta.
Adam mencari Pencipta.
Kerana dengan cinta Pencipta, mereka melahirkan cinta.

Selamat membaca !

This is the link of the first post of Mahabbah Pelangi Ilahi :