This is what you need to read :)

My photo
Mukah, Sarawak, Malaysia
Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat. ;) Blog saya ni, secara jujurnya bukanlah seratus peratus hasil tulisan saya , tapi adalah kombinasi antara tulisan saya dan juga orang lain . Terima kasih sudi melawat ! ^^ Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah ! ^^ Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harusssslah ! ^^ Menyayangi diri sendiri itu perlu, menyayangi orang lain itu harussssslah ! Saya bertinta dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ! Allahuakbar ! Macam-macam ada. Moga memberi manfaat untuk semua ! ^-^ Allahumma ameen. Teruskan melawat, selamat membaca ! ^-^

Saturday, June 4, 2011

Apabila Hati Ditakhluk Cinta Hamba .

Kamu tidak boleh mencintai orang lain sebelum kamu mencintai diri kamu sendiri .
Kamu tidak boleh mencintai diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai ALLAH SWT .

Ana pernah dengar satu lagu yang liriknya berbunyi ;

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula

Ana dah TERjatuh cinta ngan seorang hamba ALLAH . Memang teruk la ana rasa . Selalu ingat kat dia . Mula-mula ana memang setuju bahawa cinta tu fitrah manusia . Tapi makin hari ana rasa makin teruk , cinta tu makin kuat . Ana macam angau , gila bayang . Tak patut ana macam tu , benda macam ni boleh mendorong kita untuk tidak mengingati Allah . Alangkah lamanya ana terbuai-buai dek perasaan . Memang ana layan perasaan tu sangat-sangat hingga terbawa dalam mimpi . Kadang-kadang ana memang terfikir ana tak patut buat macam tu tapi benda ni macam dah biasa ngan ana . Ana terikat oleh cinta sementara dunia . Ana tak fikirkan ukhrawi waktu tu . Ana pernah terbaca , apabila dua anak Adam sudah saling memendam rasa , nescaya syaitan akan mencari jalan menyesatkan dengan menghalalkan apa yang haram . Memanglah ana jaga pergaulan , tidak berpegangan , tapi tu pergaulan yang manusia boleh nampak . Macam mana dengan pergaulan yang manusia tak boleh nak nampak ? Contohnya , hati kita sentiasa ingat kat dia . Mata kita sentiasa mencari-cari dia , rindu dia . Apabila ada dia , mata sentiasa tengok dia . Macam-macam boleh jadi . Zina hati , zina mata . Astaghfirullahal'azim . Apa ana dah buat ? Mintak dijauhkan , nauzubillah . Ana sedih , ini ujian . Ujian sikit macan ni ana dah kalah , macam mana nanti kalau ada dugaan yang lagi hebat ? Mohon bantuan Allah untuk tetapkan iman dan kuatkan hati .

Kebelakangan ni , ana memang banyak fikir tentang soal cinta ni . Ternyata memang bawa keburukan kat ana . Exam ana rasa tak concentrate sebab masa tu ana ada sikit problem ngan makhluk Allah yang ana suka tu . Sedih tahap dewa ana masa tu , bila keluar result memang teruk ! Ana terfikir , kalau ana cintakan dia , apa yang ana dapat ? Ana takkan dapat apa-apa melainkan keseronokan duniawi , dosa dan kegagalan . Ana pernah baca ayat indah macam ni ;

Allah berkata , Cintai aku , lupakan benda lain dan Aku akan memberi-MU segalanya .

Indah kan ayat tu ? Sebenarnya ada lagi sambungannya di hadapan , tapi maaf ana lupa . Ana nak bagi cinta ana kat Allah , Tu niat ana sekarang . Ana tak nak fikir banyak tentang cinta insani dulu . Cinta ana sekarang ngan Allah tak layak dikongsi dengan lelaki-lelaki . Ana cuma nak cintakan Allah agar hidup ana selamat fi dunia walakhirat , insyaALLAH . Ana akan berubah , ana akan jaga hati . InsyaALLAH ana boleh hadapi ujian ini . Ana cuma perlu berusaha dan bersabar . ^__^
Salam'alaik . Jazakallah khairan kerana membaca di blog ana . Maaf andai ada perkataan ana yang kurang menyelesakan . Ana juga manusia yang sering khilaf . Datang lagi ya . Doakan ana ! ^___^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Mahabbah Pelangi Ilahi :

Pemandangan indah? Hakikat sebelumnya dia benci dua perkataan itu.Masa berlalu seperti biasa, seterusnya meninggalkan cerita benci keterbelakang. Tapi, suatu pertemuan itu itu membibitkan rasa yang tak pasti. Suatu perkenalan itu merubah kebencian menjadi satu rasa. Rasa yang indahnya bagai dunia sentiasa dipenuhi rona-rona pelangi yang tak akan pernah pergi biar malam menjenguk siang.
Benarlah kata orang, cinta itu tidak akan suci tanpa redha Ilahi. Di tengah perjalanan menuju redha Pencipta, syaitan berjaya merasuk kononnya cinta Islamik. Pada hakikatnya, ISLAMIK ROMANTIK.
Namun bila cahaya hidayah hadir di jiwa, Allah menggunakan kesakitan setelah beribu dosa itu untuk dia dan dia mencari cinta-Nya. Kerana hati dia dan dia, dekat pada Dia, syaitan akhirnya tewas membuai rasa.

Hawa menuju Pencipta.
Adam mencari Pencipta.
Kerana dengan cinta Pencipta, mereka melahirkan cinta.

Selamat membaca !

This is the link of the first post of Mahabbah Pelangi Ilahi :