Continued from the previous post...
Anak kucing boleh keluarkan suara aura naga. Muka tenang. Gadis Misteri, ek? Sebenarnya...aku...
Dua kali mak bawak aku jumpa doktor. Sekali klinik kerajaan, sekali klinik swasta. Macam-macam ubat doktor bagi. Antibiotik, Paracetamol, Magnesium Trisilicate pun ada sebab doktor cakap aku dah kena gastrik. Paling tak tahan lagi, ada satu jenis tablet, bentuk dia macam bola ragbi. Warna pun oren, aku memang tak boleh telan. Ubat tu tahan sakit dada. Dada aku sakit, sebab perut kosong.
Aku bukan seksa demam, aku bukan perang fizikal. Aku rasa aku lebih kepada perang perasaan. Seksa perasaan. Deman perasaan. Ya, perasaan aku memang tengah berperang. demam, seksa ! Ni World War 4 namanya, sebabnya World War 3 dah tercatat dalam filem 3 Idiots. Ah, haru ! Sakit-sakit pun fikir judul filem lagi.
Perang perasaan ni buat aku rasa bertambah teruk, lemah. Fikiran aku bila-bila masa je boleh pergi mana-mana. Sekejap-sekejap aku fikirkan Basyirah, betul ke dia tak suka kalau aku minat Encik Pemandangan Indah? Lepas tu, in a blink of an eye, aku boleh pulak teringatkan si Daniel. Kenapa aku dah rasa tak suka dia? Kenapa aku buat dia macam ni? Kenapa aku rasa tawar hati nak hubungi dia, nak SMS dia? Aku tak ada jawapan.
Satu benda yang buat aku rasa makin sakit. Yang boleh menaikkan suhu badan aku daripada 37 darjah terus naik 40 darjah, ikut termometer aku. Demam perasaan ! Encik Pemandangan Indah. Kenapa aku boleh suka dia? Kenapa aku suka dia bukan macam student lain suka dia? Kenapa dia sangat-sangat mempengaruhi aku, sedangkan aku hanya simpan perasaan ni sorang-sorang, melainkan Basyirah seorang je yang tahu. Kenapa dulu aku tak suka dia, tapi sekarang aku rasa nak dia je masuk kelas aku hari-hari? Kenapa aku rasa mengharap nak kenal betul-betul dengan dia macam kawan, dan bukan macam bukan student dengan guru? Kenapa aku macam ni? Aku nak tahu kenapa aku bodoh sangat macam ni ! Aku tak tahu. Aku nak tahu !
Dan akhirnya, aku jumpa jawapan...
Kerana aku tak meletakkan batasan umur dalam sesebuah perhubungan.
Umur itu apa?
Umur itu hanyalah angka.
Hari ketiga. Hari ini aku bangun awal. Sungguh, badan dan otak dah rasa segar-sesegarnya. Maksudnya, hari ini aku boleh pergi sekolah ! Aku bangkit bersiap, tak sabar rasanya. Tapi, macam mana kalau aku terserempak dengan orang yang aku rasa sungguh-sungguh tak nak tengok? Ah, biarlah ! Kalau terserempak pun, aku pergi la cari tempurung kelapa ke tukul besi kuku kambing ke, ketuk kepala orang yang aku tak nak jumpa tu. Hehe, sengih kejam !
"Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, kebanggaan kita semua"
"Menghimpun anak-anak tempatan, menuntut pelbagai ilmu"
"Kami bertekad di hati, mencapai misi dan visi kami"
"Matlamat menjadi pusat kecemerlangan, lahirkan generasi cemerlang"
Sayup-sayup dari kejauhan aku dengar suara orang menyanyi. Lagu sekolah ? Ah, sudah ! Haru !Aku lewat, padahal aku bangun awal pagi tadi. Lepas ni, kena rekod la nama aku yang cantik ni dalam Buku Rekod Pelajar Lewat. Semangat aku yang tadinya berkobar-kobar nak datang sekolah terus jatuh merudum. Alahai. Nak cari tudung saji, nak tutup muka. Malunya datang lewat...
Aku meneruskan langkah dari gate sekolah. Panjangnya lorong ke tangga, lalu motosikal guru. Aku mengeluh. Kaki dah terasa penat, tak sihat lagi la kaki ni kot. Bahana terbaring dua hari.
"Brrrooom, brrrooom..." Kedengaran bunyi motosikal menderum dari arah belakang. Lagi satu bala, aku paling tak suka kalau kantoi dengan guru-guru lain selain guru disiplin bila aku datang lewat. Kenapa? Sebab aku kan pelajar cemerlang. Kepala nak kena tukul dengan tukul besi ni, sebab level riak ujub naik satu level.
Motosikal tu melepasi aku. Maklumlah, aku ni slow sikit bab jalan kaki ni. Tambah-tambah kaki aku dah rasa sakit. Tapi, siapa ek guru yang kantoi datang lewat jugak tu? Nak tau...Aku mengangkat muka perlahan-lahan. Melihat ke hadapan, rasa ingin tahu siapa semakin membuak-buak di kepala.
Modenas biru? Beg hitam? Helmet silver? Sah !
Encik Pemandangan Indah.
Serta-merta badan dan otak yang tadinya terasa segar-sesegarnya, terasa lemah. Aku meneruskan langkah...
Kringg ! Aku terbangun, pantas tangan mencapai telefon bimbit. Ya Rabbi ! Aku dah lewat nak pergi sekolah ! Habislah kau Hisyam, padan muka ! Itu la, lain kali layan lagi Manchester United lawan Chelsea sampai pagi. Nasib baik la kau ni GSTT je kat SMK Oya tu. Kalau tak, tak lama kena pecat. Bersara awal jadi guru, hisap jari !
Gosok gigi. Cuci muka. Mandi. Pakai kemeja. Necktie. Laptop masukkan dalam beg. Minum susu. Mission complete !
"Mak, Sham pergi dulu." Tangan dihulur untuk menyalami mak. "Aku dah lewat !" ayat tu bergema-gema dalam kepala.
Satu, dua, tiga, go ! Brrrooomm... Brrrooomm...
"Di sini kami sedia berbakti"
"Terus berinovasi"
"Kami harapan gemilang bangsa"
"Teras kemajuan negara"
Throttle digenggam kemas, kemudian dipulas. Brrrooom ! Modenas biru itu menderum kuat. Haru la aku. Dah masuk kawasan sekolah pun nak lagi cepat-cepat ke. Ah, biarlah ! Throttle itu terus dipulas. Masuk lorong tempat letak motosikal guru.
Eh, ada student lewat? Throttle dipulas lagi. Aku melintasi pelajar perempuan itu. Idea jahat dah ada dalam kepala. Habis la kau budak ! Siapa suruh, datang lewat lagi ye. Nasib kau la, bertembung dengan guru lelaki paling hensem kat sekolah ni. Hensem-hensem pun garang tau, lebih garang berbanding Cikgu Salleh.
Kunci motosikal ditarik keluar, dimasukkan ke dalam poket seluar. Helmet silver diletakkan dalam bakul motosikal. Aku menoleh, ingin melihat siapakah gerangannya pelajar perempuan yang datang lewat tadi. Siren dalam kepala dah menyanyi-nyanyi, idea jahat nak takutkan budak perempuan tu.
Alahai, lambatnya dia berjalan. Kaki tu macam sakit je aku tengok. Muka tak pandai angkat ke, tunjuk je? Tiba-tiba kepala yang sedang tunduk itu, terangkat. Mata pelajar perempuan itu menghala pada aku yang tengah berdiri sebelah Modenas biru.
Eh, pelajar perempuan tu...
Bukan dia eh yang budak yang buat lawak time aku sit-in kelas agama tu? Rasanya budak perempuan 3 Bestari. Budak ni la kan? Yang suruh aku pakai selipar pink tu. Sah, memang dia la ! Muka budak tu makin jelas, dia tak lagi tunduk macam tadi. Tapi, muka dia macam pucat je. Kenapa?
Aku menarik senyum. Dia tak membalas. Aik, kenapa dengan dia? Sebelum ni nampak sangat dia happy bagai nak rak kalau aku masuk kelas. Tak macam mula-mula aku datang sekolah ni. Rasanya dulu aku selalu jugak jumpa budak ni. Tapi, dia tak pernah tegur aku pun. Padahal aku ni cikgu dia.
Fikiran laju mengulang tayang cerita. Kaki dibiar tidak melangkah, biarlah... Mata terus menyoroti langkah perlahan gadis itu.
Gadis Misteri, ek? Haru la kau otak ! Nak kena je blend dalam blender besar. Tadi elok je sebut budak perempuan la, pelajar perempuan la. Sekarang boleh pakai bahasa 'gadis' pulak ke? Ah, biarlah !
Mata terus menyoroti gadis itu...
Hari tu time sit-in 3 Bestari. Aku ingat lagi, dia la yang tidur tak ingat dunia. Sedap je landing kepala atas meja, padahal aku sah-sah duduk depan kat meja guru. Nakal budak ni. Tapi, dia budak excellent. Selalu naik pentas. Aku sit-in je pun, sebab tu aku biarkan. Aku terkejut jugak time dia menjerit tiba-tiba dalam kelas hari tu.
"Hoi, apa yang korang bising sangat ni?!"
Serius, aku hampir ketawa. Yelah, lawak sangat. Eh, bukan lawak. Comel kot? Sebab kepala yang sebelum tu elok je landing dengan mata tertutup atas meja, tidur macam anak kucing kesejukan. Tiba-tiba boleh keluarkan suara aura naga, menjerit sebab kelas bising. Macam anak kucing yang bertukar jadi naga lapar. Haru la kau otak, anologi bukan sebarang! Haha, aku menarik sengih.
Lepas tu, aku terus tengok dia. Tengok muka dia yang tengah tidur tu. Budak perempuan tepi dia, macam cuba nak bangunkan dia. Tapi, dia degil kot. Comel, kan? Aku menarik senyum lagi. Aku melangkah meninggalkan motosikal. Gadis tu dah naik tangga, aku tak nampak dia dah.
Sebenarnya, aku suka tengok muka dia. First time aku sit-in kelas dorang lagi.
Tenang...
to be continued in the next post...